Aku melihat jam di dinding. Hemm dah pukul 4 petang. Cepatnya masa berlalu. Esok nak kerja dah. Bosannya. Tiba-tiba telefon rumah berdering. Mummy(Bkn ibu kandungku) mengangkat telefon tersebut.
"Siapa call Mummy?"tanyaku selepas Mummy meletakkan telefon. "Makcik Murni ko. Diorang anak beranak nak dtg petang ni" jawab Mummy.
Arhh Makcik Murni ke? Malasnya aku nak layan orang tua berlagak tu. Hehe. Serius malas nak dengar bila dia bercerita. Semua yang hebat-hebat datang dari diorang sekeluarga. Yang buruk2 hina dina smua dari kami je. Menyampah betul.
“Nak masak nasi ke Mummy?Diorang biasa datang nak makan”;tanya aku pada Mummy. Kalau ikut hati aku nak buat air untuk diorang pun malas. Biar diorang balik cepat2 kalau kitorang tak hidang pape nnti.
“Tak payahla Emy. Ko buat air je nnti. Lepas tu hidang je biskut ke roti bagi diorang makan”. Aku sekadar mengangguk. Walau Mummy tak pernah nak mengumpat pasal Makcik Murni tu, tapi aku tahu dia pun tak suka jugak kat Makck Murni tu. Tapi dah adik ipar sendiri kan, layankan aje. Itulah Mummy aku. Sedikitpun tak pernah nak mengata orang lain, klw ada orang cakap yang tak baik tentang anak2 dia, dia diam je. Bila aku tanya, dikatanya sebab dia tahu anak2 dia baik belaka, jadi apa2 yang orang cakap dia tahu tak betul. Tapi dia tak mahu menafikannya. Biarlah diorang nak bercakap, mulut diorang bukan mulut tempayan,kata Mummy. Aku pun diamla.
Tepat pukul 6 Makcik Murni, suami dia, 3 anak dan 2 menantu tiba ke rumah kami. Sambil mereka bersembang aku hidangkan air teh panas (wahh terernya aku masak air..haha), kek lapis dan mangga muda beserta kuah rojak. Sembang punya sembang sampai 2 kali aku tambah air dlm teko tu, 3 kali kena potong lagi kek lapis tu. Giler mengabihkan boraih la diorang nih. Macam tak makan seminggu pun ada tengok gaya pelahap diorang nih. Maaf cakapla cam ikan pirana pun ada. Haha. Aku letak je kek tu, berebut2 diorang anak beranak sambar. Ish ish mak diorang tak bagi makan ke? Owh lupa makcik Murni tu mak diorang. Sebok ngumpat hal anak orang lain la tu agaknya, sambil terlupa nak bagi makan anak menantu. Kih kih.
Nak dekat azan maghrib diorang mintak diri nak balik. Aik biasa dok lelama kat umah kitorang. Kadang2 wat cam umah sendiri, siap main PS2 la, berkaraoke la, alih2 harini nak balik cepat plak dia. Yes yes! Kataku dalam hati. Ni sebab kitorang tak hidang nasi la tu. Kah kah. Padan muka korang. Wakaka. Aku gelakkan dalam hati.
“Erh jom-jom, kita pegi makan tomyam”..kata Makcik Murni kat anak beranak dia. Mula-mula aku tak dapat pick-up lagi. Ingatnya dia nak berlagak dengan kitorang la yang diorang lepas ni nak makan kat Restoran Tomyam yang femes kat tempat kitorang tu. Alih2 dia ulang cakap tu 2 3 kali. “Jomla abang kakak, kita pegi makan”..macam mendesak pulak cara Makcik Murni ni bercakap. Alah ajak kitorang tu nak suruh Daddy bayarla tu. Dia anak beranak yang nak makan kitorang plak yang kena bayar. Selalu macam tu.
Daddyku(Bukan ayah kandungku) tak berapa sehat haritu. Jadi dia memang malas nak keluar. Memang dari pagi dia dah berpesan pada kami semua, tak nak terima mana2 kunjungan harini. Yelah Daddy tu macam tak pernah cuti. Hari ahad pun orang datang tak putus2 kat rumah kami. Alih2 bila petang Makcik Murni telefon nak datang, Daddy can’t say no. Yelah adik sendiri kan.
“Nah ambik duit ni pergi makan” kata Daddy sambil menghulur RM100 kepada Pakcik Moon, suamu Makcik Murni. “Ini peluang ni” kata Pakcik Moon sambil menyambar duit tersebut. Ish tak malu betul. Bukan nak segan2 ambik ke. Ni main sambar terus. Ikan pirana punya bapak.
“Oklah kak, abang, kami mintak diri dulu. Terima kasih sponsored Majlis kawin Moin haritu. Moin anak bujang Makcik Murni yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bulan lepas. Kawin kena tangkap basah. Huh huh. Dapat bini pun tak senonoh. Mula2 nak nikahkan aje. Tapi Daddy yang cakap kesian kat diorang nanti. Yang dah jadi tu jadilah, tapi biarlah kawin diorang ada pelamin, ada makan2 untuk meraikan. Kata Daddy dulu sambil menghulurkan lebih 10ribu jugakla untuk support buat majlis Moin. Majlis tu kecik je. Lagipun belah lelaki. Belah perempuan tak buat majlis. Dah kawin free kan. Macam tulah.
Tiba-tiba si Moin ni menjawab “Lain kali sponser la lagi, boleh kawin sekali lagi”. Katanya sambil gelak2. Kurang hajar punya sepupu. Seb baik aku ni penyabar. Mau je aku tangankan muka dia tu. Tak tahu malu. Berani dia cakap macam tu. Dahla kawin cara macam tu. Dahla malukan keluarga. Bawak bini datang rumah sedara pun tak boleh nak nasihat suruh pakai baju yang senonoh sikit. Ini tidak, dengan seluar jeans ketat dengan t-shirt sendat je dia pakai. Tak senonoh! Takde adab! Sekolah tak tinggi agaknya budak ni. Dahla pemalas. Dah tahu ko tu menantu baru, tolongla aku buat air ke apa td. Ini tidak, tolong makan je tahu. Tak tahu malu!
Aku menarik nafas lega selepas kereta mereka berlalu pergi. Rasa darah aku dah naik ke otak. Mendidih. Anak beranak sama je. Suka mengambil kesempatan. Diorang ni tak tahu malu langsung la! Memangla Daddy tu abang Makcik Murni, tapi diorang anak beranak bukan tanggungan Daddy. Ni dah la datang dengan 2 orang menantu sekali. Menantu dia pun bukan nak halang time Daddy nak bagi duit tu. Cakaplah, takpelah ke. Nanti saya belanja ke. Ini tidak, melompat cam monyet bila dapat duit dari Daddy. Memangla RM100 tu sikit je, tapi malulah. Macam mintak sedekah pun ada gayanya. Tak tahu malu langsung! Asyik mengharap kat Daddy je. Susah sikit datang mengadu.
Masa Moin nak kawin haritu, diorang mengadu kipas syiling kat rumah dah rosak. Daddy kata pergi je ambik kat kedai elektrik sana mana2 kipas, nanti bil kan je atas nama Daddy. Orang kedai letrik tu memang dah kenal la dengan Daddy. Alih2 dapat bil, humang aiiii..RM700. Giler ko! Kot ye pun kalau ada orang nak sponsed kipas sekalipun. Berpada2 lah. Belilah yang 2 3 ratus tu kan ada. Kipas kat rumah aku pun tak mahal macam tu. Betul2 mengambil kesempatan. Tak tahu malu. Laki bini anak menantu semua pirana. Ngap je bila ada peluang. Pantang!
**Kisah benar tapi nama Murni, Moon dan Moin tu adalah rekaan semata2:-)
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
uuuii...menakuttttkan gakla baca citer nih..ishk ishk, tapi mmg ada pun org2 ceni kat bumi yg nyata nih..yg mana elok kita wat pengajaran, mana tak elok kita wat sempadan k emy??
Betul tu. Cuma rasa pelik tapi benar je bila kenal orang2 mcm ni.
Memang ada orang macam tu. Hubby kak tie dah serik. Sekarang ni buat tak tau je..mereka ni tak kenang budi..nama je sedara...
uish teruk nye..boleh kate, pasti semua org akn ade pengalaman mcm ni, maz pun same, tp xde la seteruk ni kn..mmg muke tak tau malu langsung....ishishish..
eeiiiiii,, ada jek org cam nieh kan...
sama laaa.... kat family ai pun ada jugak cenggini..
harta sendrik.. punya la berkira..
harta orang ... harta dia jugak
emmm macam mana kiter nak ngajor org cenggini ekkkk
uuiihh
ai masih geram insiden 2 bulan lepas... dam that person!!!
ehh sorry.. melepaskan tension plak... hihih
hi,
huhu serabut otak kalo ade sedare mare cmni kn.
Dorg tuh cm nk amik kesempatan jerk.
Tulah pasal..time kita senang datangla menyibuk..cuba kalau kita tengah susah..batang hidung pun tak nampak.
tak sngka masih ada lg spesis jenis ni...
terkedu bila baca.dasat betul..
ishh... tak malu bebetul la diorang nih.. terkedu bila fazemy kata 100 tu sikit jer.. sikit?? ishh.. ishh.. ishh.. baik hati betul daddy ni.. mungkin sebab tu, makcik 'murni' ni suka amek kesempatan kot..
Post a Comment