Thursday, November 12, 2009

Impiana Cherating Resort

Mula2 kena taruk gambar makanan dulu yer kawan2..Leh main snoker kat sini yer..

Swimming pool...ala sah2 kena pakai bikini klw nak mandi kat sini..tak best betul la klw hotel mahal2 ni..


Lobi dia kot ni..

Bilik dia..
Wahhh katil dia romantik nya..

Tempat mkn...penting nih...Breakfast free..hiks ingt makan jek.
Landskap hotel. Hotel ni bertaraf 4 bintang tetapi menggunakan dekorasi traditional. Bagus2..mesti cantik untuk bergambar nih.
Gambar pemandangan hotel ni dari atas..dpt gambar yg kecik je..ygambar besar2 takleh nak copy paste. Kedekut tol. Haha.
Rate harga hotel ni around RM300-Rm400 untuk standart room. Klw untuk honeymoon rega cecah RM800 ke atas. Huwahhh dasyat!



:::Ok this is our next honeymoon location..brapa byk honeymoon daaa. Terima kasih kepada Nurmala Mazlan kerana sudi menaja percutian kami kali ini. Hehehe..tak sia2 mintak laju2 voucher tu. Haha muka tak malu. Mala..thanks a lot!

Wednesday, November 11, 2009

Bila Kelantan Lawan Bola Dgn N9







:::Sampai harini saya tak tahu score diorang berapa. Yang tahu Kelantan kalah je. Huuu tak minat bola Msia..apatah lg MU ke Chelsea yang korang slalu crita tuh. Wink!

Tuesday, November 10, 2009

Tutorial Memakai Shawl



:::Saya kan tgk remaja2 skrg ni pakai shawl cantik2 je semua. Skrg kan shawl trend. Mcm2 design ada..murah pun murah shawl ni. Lawa je tgk orang lain pakai..tapi bila sendiri pakai...haishhhh...dah rupa doraemon pakai tudung dah. Hu...

Kenapa Perlu Pergi Dgn Cara Begini...?

ALOR STAR: “Kalau hang tak mau hidup dengan aku, mai kita mati sama-sama.” Itulah kata-kata seorang warga emas sebelum secara tiba-tiba menikam isterinya selepas berang tindakan mangsa meminta cerai daripadanya dalam kejadian di Kampung Kuala Sungai, dekat sini, tengah hari semalam.Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Zabedah Ali, 73, maut akibat ditikam di sebelah kiri perut oleh suaminya yang berusia 81 tahun menggunakan sebilah pisau di depan pintu masuk rumah mereka.Suspek yang juga suami ke-11 mangsa, hilang pertimbangan apabila usahanya memujuk wanita itu untuk meneruskan perkahwinan mereka menemui jalan buntu selepas dia tetap dengan keputusannya untuk berpisah.Mangsa yang ditikam dengan pisau sepanjang 17.8 sentimeter (tujuh inci) cuba melarikan diri ke halaman rumahnya dalam keadaan parah sebelum rebah dan menemui ajal di situ.



:::Innalillah hi wainna ilahirojiun..Apapun sbbnya..jgnlah kita derhaka pada suami..melainkan suami curang pada kita dulu.

Monday, November 9, 2009

Hidup Perlu CONFIDENT

Saya : Betul ke jalan yang kita lalu ni?

En J : Betul2..kalau kita masuk ikut kiri dah kira nak ke utara dah. Betul ni jalan ni. Saya dulu selalu jalan sini. Sekarang je dah lama tak lalu.

Saya : Hemmmm...mcm takde je simpang nak ke bangunan tu. Betul ke jalan ni?

En J : Betul..betul. Jalan je terus. Kat depan nnti adalah simpangnya.


SEJAM KEMUDIAN...


Saya : Kita salah jalan ni. Patut 15 minit je dari trafik light nak ke simpang tu. Ni dah dekat sejam dah ni tak jumpa2. Sesat dah kita ni.

My hubby : Takpe sesat pun. Boleh jugak kita tengok area2 sini. Yang penting keyakinan diri En J ni yang patut kita bangga. Sampai sudah mati2 cakap jalan yang dia tunjuk ni betul.

En J : Haah..Kita perlu ada keyakinan diri dalam hidup. Biar kita salah pun. Bila kita confident orang akan percaya. Barulah kita boleh pergi jauh dalam hidup.

Saya : Haah. Mmg betul boleh pergi jauh...sebab tu la kita dah sejauh ni. Sesat!

Us : Hahahaha...