Baca tak frontpage hmetro hari ni. Eee geramnya aku baca crita nih. Ada ke patut dia buang baby comel dlm tong sampah. Kurang hajar betul! Tak kesahla anak ko ke bkn kan..takde perikemanusiaan langsung! Mcm Israel! Bongok punya laki. Grrrrr...aku marah nih..Comelnya anak dia..nak je aku ambik wat anak angkat..
Campak bayi marahkan isteri
Oleh Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahimam@hmetro.com.my
AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.
Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.
Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh. “Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.
“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.
Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
39 comments:
Budu!!
Ni lah org BODOH..
Cian baby tue..
Comel jer..
Itulah pasal. Geram tau. Tu yg kluar bodoh bagai tu. Haha. Adake selamba je dia buang baby tu dlm tong sampah. Klw buang bayi baru lahir blh tahanla. Ni baby dh besar. Err buang mana2 bayi pun tak blh! Berdosa besar!
confirm giler la laki dia tu.. nasib baik dah kena tangkap.. kalau tak nak pun, kasi la orang lain.. boleh buang dalam tong sampah pulak.. hantar je laki tu kat palestin.. biar israel tembak jer dia ni..
memang bodoh
acu dgr berita nie petang semlm dlm radio...rasa marah meluap2..huh...akai tadak ka...
haha..betul tu kak..kasi tembak je klw dpt laki mcm ni. Dh la panas baran. grrr
kami tggu 8thn nk baby...dia senang2 buang anak dlm TONG SAMPAH!!
eeee gerammmnyerrrrr!
Cepat2 la tangkap org mcm tuh!
salam kenal...
Memang tak patut, kalaupun marah pada isteri, apa salah si anak tu. Kalau pun dah tak nak bagi je kat sapa2...
ish..memang bodoh.. teramat bodoh.. ada ke dibuang anak tu.. apa la bodoh sgt.. sib baik ada pengawal keselamatan tu... klu tak.. apa la nasib budak tu..eeiiii... geram ler ngan lelaki bodoh bangang tu..
Orang yang marah sangat disukai oleh oleh syaitan kerana ketika marah akal hilang pertimbangan.
Salam ziarah,
Giler betul kan!
Agaknya dah tak de akal!
Apa lah nak jadi sekarang nikan...
pesal dy ni monkey shit bebenor.. ape la salah budakk tu.. sian nye.. dah le sgt cumil budak tu.. geram nengok dy..
Kak tie dah baca kat online tadi..memang bodoh betul!!
Kalau kak tie ada kat situ, dah lama rembat baby tu bawak balik...
salam...
tak suka dengan berita macam ni tapi itulah realitinya... anak yang comel dan semangat macam tu dibuang macam tu jer memang kerja bodoh... tak de otak
adoi..org len ssh payah nk dpt baby,die sesuke ati jek main cmpak2 cmtu kn..tade common sense langsung!
erm.. manusia sekejam itu..
bencilaaa...
inilah bukti nyata yg manusia bila dah marah hanya ada satu dlm hatinya...syaitan. penuh dgn halobanya utk mencacatkan kehidupan anak2 Adam.
kita jgn herdik si bapa yg tak bertanggungjawab tu, kerana dia masa marah tu hanyut melayan hasad syaitan. sepatutnya kita simpati dgn dia, yg sudah pasti sesal tak habis now ni
laki orang pe gitu..macam gitu baik takyah berlaki..agama dia agama pe?kalau islam maknanye tak ikut agama la..kemungkinan jugak masalah mental ni..wallahualam..
pada aykay..
pepatah ada menyebut..sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna..
setiap apa yang kita buat kenalah bertanggungjawab..berani buat berani tanggung..
macam kes di atas tu berani buat..so kalau dia nyesalpun dia kena berani menanggung a..bukan jahat setakat buang anak..siap berkasar dengan isteri..
sambung gi..
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan..
sayangkan anak tangan-tangankan...
ni kes terbalik..patutnya tinggalkan isterinya dan main dengan tangan anaknya..tapi dia tangankan anaknya dengan mencampaknya ke tempat sampah dan tidak meninggalkan isterinya..
pepun..pikirsendirilah...
emy...dia buang baby tu kat stesen dekat rumah akak..akak gi balik keje mmg trn naik kat situ..isk..klu akak yg jumpa baby tu mmg akak bawak balik rumah...comel kan..huhu..mmg takde kepala otak betul jantan tu...
Thanks smua yg komen. Tah betul tah tidak diorg ni laki bini. Kot2 kes yg mcm kat kedah last week tu. Bersekedudukan dgn kekasih smpai dh ada 2 anak. Last2 kena blasah. Klw isteri sndiri nak tangankan pun akn rasa brsalah. Anak-walau anak tiri..klw dibela dr kecil akan hadir sifat kebapaan dlm diri.
Lg 1 diorg buang baby tu pagi2 kan. Dari mana tu naik kete pagi2 buta. Saya rasa ini bkn mslh rumahtangga...ini mslh sosial zmn skrg. Sekadar pndangan saya.
kak daniella - diorg tak tgkp lagi la laki ni..tak tahu lg anak sape baby comel ni.
jangan2 laki bini ade skandal...sebab tu sampai sanggup buang baby yg comel tu....binatang pun sayangkan anak...dah hilang akal ke ape diorang neh..?????!!!!!
salam kenal
>> wlu ape pon alasan nye... baby comel tu tak besalah... sian dia, dibuang idop2 plak tu... cume kite idop2 kene buang, mesti rasa terhina... rasa mcm sampah aje...
mie, ko tanya laki sape ni ek?
laki org gila..
satu je aku nak cakap,
aku tak paham la apa konsep hidup dia ni..
haha...
aaaaaa..benci aahh... ada ke buang anak. orang macam ni elok dikenakan hukuman sebat sampai mati.geram!!!!
bodohnyer manusia..dibagi akal tp ikut perasaan...geramnyer..sok ko dh tua anak ko buang ko dlm tong sampah besar baru ko tau..bodohnyer lelaki. Kalo ye pun bini ko curang buatlah ujian dna utk pastikan..kalo tu betul anak ko nyesal x sudah x tau ker..emo plak sy..hehehe..
Mlm td tak tgk berita..polis dah dpt blom tangkap laki nih? Kan pengawal tu ada ambik no plat kete. Tak kan slow sgt polis Msia ni wat siasatan. Ada sape2 tahu. Nak jugak tgk muka laki tak guna nih! Apalah nasib bini dia tu erh.
aduhaii sampai macam tu sekali?!
lelaki nih x patut hidup..sian anak kecil nih..dah le comel..suka hati dia jek buang2..dia ingat anak patung ker?...BODOH BANGGAT.. lagi bagus hantar di pi GAZA..biar kena letup dek bom..
laki yg mangkok..xleh jd bapak..buduh kn..
Bukan jantan tu saja yang bodoh... hehe... ramai lagi yang BODOH2 kat negara kita ni.
p/s : BODOH..bahasa kasar tapi berpadanlah.. :D
tak tahu perkataan yg boleh digambarkan jahatnya lelaki tu..'ya Allah..jauhilah kami dari bencana dan pergolakkan rumahtangga...amin..
Anak2 dara..jadikan iktibar..jgn kawin dgn lelaki panas baran ok. Klw yg lelaki panas baran tu plak..byk2kan ambik air smyg:-)
ramai tol yg komen kat cni kn...
tol la...mmg sakit ati sgt dgr cite mcm ni...patut kasi langgar je ngn lori laki x guna tu...
kucing pun tau syg ank... kalau tak nk, bg je pada mereka yg memerlukan.
sengal gler makbapak camni..sanggup buang ank..dh la comey bdk tu.. mmg xde otak sgguh..
nnt bdk tu dh besar mesti die sedey gler..bapak die buang die cam buang smpah siot..letak dlm tong camtu je.. mmg xlayak btul jd bapak la lelaki tu...sengal + bodoh gler!
Dah kena tangkap dh laki ni. Haritubaca dlm aper. Nama dia suhaimi tak silap. Seorang tentera pangkat konstabel. Ni anak bongsu dia dari adik beradik. DIorg gaduh tuduh bini dia curang. Bini dia malam tu kena 5 jahitan akibat tikaman kat peha. Dasyat baran laki nih.
Tapi itulah..isteri2 zaman skrg ni pun bkn boleh percaya. Ingt lagi yg kes isteri org dgn suami org bercium dlm lift tu. Padahal anak2 dh besar tu. Tak ingt akhirat diorg ni.
Post a Comment