Lepas tu kes2 isteri kena tangkap basah dengan suami sendiri la. Suami orang cium mulut dgn laki orang dalam lift la. Huh macam2.
So buat mereka2 yang bergelar isteri2..saya persembahkan satu sajak sesuai unt kita isteri yang bekerjaya ni. Tanamkan dalam diri untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Aminnn..
Aku ingin bergelar solehah
Tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
Aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
Aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
Tetapi mana mungkin auratku terdedah
Kerana aku ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
Tetapi tugas isteri tidak lagi mudah
Rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
Ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
Kadangkala aku dibiar sendiri
Kadangkala aku dibelai mesra
Namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
Aku tidak membantah
Aku patuhi jua setiap kehendak
Asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
Kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
Tetapi aku isteri berkerjaya
Pergaulanku perlu dijaga
Pertuturanku perlu berpada-pada
Takut pula nanti ada yang menaruh cinta
Takut pula nanti terluka hati suami tercinta
Walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
Tetapi segalanya mungkin
Dan aku perlu tabah dan cekal beriman
Kerana aku tentunya ingin bergelar solehah
Aku ingin bergelar solehah
Dan aku tahu ianya bukan mudah
Tetapi aku yakin dengan janji Allah
Dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah..
Pensel : Sajak tersebut telah di copy paste dari forum GM.
19 comments:
semoga acu pun bergelar isteri solehah satu ari nanti..Amin...
suka la sajak nie.. thanks for sharing dear.. :)
Huyoooooooooooo..
Fazemy jiwang wo..
Nyaman jew dok blog neh..
Romantik oh..
bagus2..
Solehah? boleh tue.. Dah ada niat kan? ok tue..
erm...lum jadik isteri lagi..tp bila dh smpi masanya nti hope dpt jadi isteri solehah juga :)
Haha..insafla kejap. kui kui. Ok pe untuk bersihkan rohani di jumaat yang mulia ini.
@cu sayang-mudah2an. Jd isteri org zaman skrg ni byk tau cabaran dia. Plg tak tahan klw ada lelaki lain ngorat. Pastu laki zmn skrg ni pun jenis smua nk belasah. Tu yg jd kes2 mcm tu. SMoga dijauhkan.
emy, harap2 kita semua akan jadi isteri dan wanita solehah.. Aamiiiinnn..
suka sajak ni..
hurmm mcm kena je sajak nih..
kadang2 terasa jugak nak bergaya..tapi dalam hati ingin nak jadi isteri solehah..aduhaiiii..
thanx for sharing...
Emy,
if u have time then try to look at tafsir (lepas tengok terjemahan) surah An Nuur ayat 026. lepas tu insyaallah rasa lega akan datang sedikit demi sedikit
:-)
Surah An-Nuur ayat 26 : (lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
InsyaAllah semoga kita sama2 menjadi isteri yg solehah.. AMIN
emmm.. best la sajak ni.. maksudnya mendalam.. nak copy paste blh tak
salam...
seharusnya menjadi niat dan azam setiap wanita yang bakal atau telah bergelar seorang isteri... kerana ada janji Allah di sebaliknya... mudah-mudahan niat kita akan tercapai... sama-samalah kita menuju ke arahnya...
semua org wajib bercita2 untuk jadi solehah..wanita yang solehah padaNya..anak yang solehah kepada ibubapanya...isteri yang solehah buat suami..dan ibu yang solehah untuk dijadikan contoh kepada anak2..
semoga impian kita akan terlaksana..ameen..
nice poem...wish u & ur hubby together 4eva...
nice 2 meet u...
eeeyuuuuu..solehah yer ko...kui..kui..kui..
akupun sama..nak jadi solehah jugak..bagus sajak tu..insyaAllah..dah bercite2 tu..pasang niat dan usahakan..dan tawakal..kitakan nak selamat dunia dan akhirat..
Apabila sudah ada azam, laksanakanlah...insyaallah berjaya. Sajak sedap dan menarik.
vutemiut78 - copy la..i pun copy paste. penulis sebenar tak tahu sape. klw search kat intenet byk link ke sajak nih. Sajakkah ini.
Wongjowo - Ada je yg dengki aku nk jd solehah kan. Haha.
Post a Comment