Friday, March 25, 2011

Kalau kita tak dapat jadi bulan...cukupla sekadar menjadi bintang:))














Fenomena supermoon Sabtu (19 Mac 2011) lepas. Aik sekejap je masa berlalu. Esok dah nak sabtu balik. Dikatakan bulan kelihatan besar pada malam tu sebab berada dekat dengan bumi. Dengan jarak 300km. Huh gila dah dekat. Sebelum tu ada ura2 bulan tu akan langgar bumi.

Apapun takmo sebut ayat klise "DUNIA NAK KIAMAT", "PETANDA DAH BANYAK"...cukuplah dengan jaga solat hari2. Kalau mati sebab bencana alam takleh nak sebut dah "kubur asing2"...sebab org macam ko lah kita mati sama2 ni tau tak?!!



Nota : Gambar supermoon dari merata dunia..kat Msia takde nampak besar macam ni pun. Maybe sebab kita duduk kat tgh2 garisan Khatulistiwa. Erh erh best nya sebut ni...garisan khatulistiwa...nak sebut lagi la..garisan khatulistiwa. hehe.

Tuesday, March 22, 2011

Promote : Kain Ela Untuk Dijual


Sempena bulan syawal yang lambat lgi nak tiba ni...saya menyarankan agar tuan tuan dan puan puan sekalian memulakan aktiviti pembelian kain ela untuk baju raya. Ini adalah kerana tukang jahit tukang jahit yang ado sekarang ni kadang2 suka jahit lambat2. Kalau dah masuk bulan Ramadhan diorang tak terima dah tempahan rayo. Jadi mana ada nak menempahnya? Boleh wat nayo kalau kena kes macam tu.




Untuk tuan-tuan boleh la belikan untuk isteri. Buat surprisedddd... Alih2 sampai depan rumah. Terharu tak isteri2?....Mestilah terharu...tapi kalau boleh biar isteri yang pilih coraknya..kang suami pilih tah hape hape tah. Buat kecik hati je terima surprised kain tak cantik. Eheh..





Macam2 corak ada. Maher zain pun pakai kain ela kah?




Ni kain opel. Serendah RM62 1 set. Tak dapek ni kalau beli sendiri kat kedai. Opel semeter bape erk?







Oklah..kepada sesiapa yang berminat dengan kain2 ni..bolehla ke  http://awinjelita.blogspot.com/ . Tak payah tunggu raya. Macam tak tahu korang tu setiap hujung minggu beli handbag kasut baju raya kan kan. Dah la kat Msia ni banyak benar perayaan dia. Yang terdekat hari bapa lah kan. Ok sempena hari bapa akan datang ni marilah kita membeli kain ela untuk dijadikan baju kurung ke..kebaya ke okeh. Walau takde kena mengena dengan bapa kita. Heheee...

Monday, March 21, 2011

Manusia Boleh Berubah Bila Dah Glemer

Sekarang ni macam2 cara orang buat untuk jadi glemer. Tak perlu jadi artis pun anda boleh glemer. Salah satu cara paling mudah ialah guna fesbuk. Jadikan diri anda "sesuatu" yang boleh membuatkan anda ada fan page sendiri dan di like oleh too many people.



Kalau pandai menyanyi. Itu bonus. Kalau muka cantik, taruk gambar anda banyak2. Kalau anda kaya show off segala harta anda. Pasti ramai yang add anda dan ingin menjadi seperti anda.

Yang tak cantik berangan nak jadi cantik macam anda. Segala gaya anda di tiru dan erh kenapa tak cun macam Hana Tajima pun. Wahaha...kalau dah makcik..makcikla jugak...ngak boleh jadi pari-pari. Kalau yang meniru tu agak cun, kurus, muda, boleh tahan lagi. Tapi kalau makcik2 yang menirunya...tak boleh tahan oiiiii!!! Pedih mata!




Kalau anda kaya..semua orang nak jadi cam anda. Boleh terbang sana sini. Pakai kete mewah. Barang branded2..kasut handbag. Wahhhhh smua berangan nak jadi macam anda. Tapi diorang tak sedar yang diorang cuma orang biasa2 je...untuk jadi macam anda diorang perlu mengambil masa yang agak lama. Kena kumpul model dulu..bukan habiskan duit simpanan yang anda dan gadai semua tanah kat kampung semata2 nak tubuhkan syarikat macam anda dan jadi macam anda. Kaya gila!

Rezeki kita atas nasib kita. Kalau nasib kita baik bila2 pun kita boleh jadi glemer macam mereka...lalu dapat mengubah wajah yang hodoh kepada lebih jelita menggunakan duit yang ada...dan kita pun menjadi idola mereka2 yang lain pula.


Hakikatnya..menjadi glemer memang mudah..tetapi bila dah kaya, dah cantik, dah terkenal..kita pasti akan berubah. Takde manusia takkan berubah. Sedikit sebanyak perasaan riak dan takbur dengan rezeki yang Allah bagi kat kita tu akan membuatkan kita alpa. Kita terpesona dengan keindahan dunia. Percayalah...orang yang tulis2 kat blog tentang handbag baru..kasut baru tu memang niat dia nak eksyen kat korang. Takde maknanya dia saje2 upload gambar tu semua untuk kenangan diri sendiri. Cuci gambar taruk dalam album kat rumah la weiii kalau nak buat kenangan sendiri. Ahaks.


Apapun..bila kita dah glemer..dah dipuja...jgan lupa ramai juga yang mencerca. Itu hakikat. Kalau ada 10 orang suka kita..pasti ada sorang yang tak suka. SO bayangkanlah kalau ada beratus2 ribu fan...bape ratus orang yang tak suka kita tu? kan kan. Mahal harganya bila dah jadi glemer ni. Kalau glemer sbb cantik..nak kena cantik je selalu. Kena jaga trampilan.


Papun tak salah jadi kalau nak jadi glemer. Harap tak lupa mak ayah sudahla. Lupa kawan2 takpe lagi. Dan ingatlah harga yang kita kena bayar bila dah jadi glemer ni. KEBEBASAN. Kebebasan kita takde lagi..dan kita perlu menjaga banyak perkara supaya orang tak mengata kita. Sape suka diumpat keji orang kan. Dan untuk menten keglemeran tu pun satu hal. Bukan kerja senang..sebab hidup ini ada naik dan turunnya. T__T




Gambar hiasan : Yuna yang glemer dari zaman Myspace dan Cikgu Shida dari Youtube.

Thursday, March 17, 2011

Hobi baru suami saya

So far ada 5,6 bijik dah kat umah. Ada yang rega RM50 sebijik...RM700 pun ada. Dia punya charger bateri je dah RM200. Malam2 dah kul 1 pagi nak tido dah ni, dia servis kete dalam bilik pastu main round2 dalam bilik. Masa tu rasa nak angkat katil hempuk atas kepala dia time tu jugak. wahaaaa...



Apapun hobi tidak berfaedah dan membazir suami anda, syukurlah hobi dia bukan tukar-ganti pompuan:)))



Nota : Dulu masa sekolah hobi saya kumpul setem, dah nak kawin semua setem tu saya guna buat pos kad kawin kat kawan2. So skrg saya takde hobi dah. Eheee..

Tuesday, March 15, 2011

Ultraman Dan doraemon pun lari bila Ada tsunami.

Heh..tiba2 ultraman jadi kontroversi plak. Selama berkecimpung dlm dunia seni..inilah first time altromen Dan nobita juga kwn2 jadi kontrovrsi. tapi apapun Allah jua yg berkuasa atas segalanya..sehebat manapun kuasa kita kat dunia ni..tetap tersungkur dek ujian dari Allah. Allah gegar Jan 2 minit je bumi..lihatlah kerosakan yang terjafi. Ibarat padang jarak Padang terkukur dalam sekelip mata. Jepun yang hebat dgn teknologi modern pun......tbc

Friday, March 11, 2011

Saya Seorang Perempuan Yang Tak Tahu Bawa Kereta


Kita slalu dengar orang kata perempuan tak reti bawak kereta kan. Banyak kes2 kereta terjun dari parking bertingkat, langgar tiang parking, nak tekan break tersalah tekan minyak la semuanya melibatkan pemandu perempuan.

Saya pun salah seorang perempuan macam tu. Sampai sekarang saya tak tahu nak parking undur. Siyes. Dah tengok cermin depan, kiri kanan, siap bukak pintu kereta...kadang2 siap kluar tengok belakang kereta tu tapi still kereta parking tak masuk kotak betul2. haha bongek sungguh!


Masa mula2 bawak kereta dulu saya pernah sagat kereta Wira warna hijau yang diparking kat tepi jalan. Kereta orang tu kemek..kete saya ok je. Pastu saya cabut laju2.


Masa takde kereta sendiri lagi saya pinjam kereta boypren. Masa tu boypren pakai Satria Mivec. Owh dah kira hebat la masa tu. Umo 19 tahun bawak mivec hebat tak hebat kan. Pompuan lak tu. Sekali tekan minyak fuhhhh semua pandang. Saya dan kawan2 makan malam kat 1 restoran ni. Ceyyy sempena ada kete pergila makan jauh sikit dari rumah sewa. Dah habis makan tergedik2 keluar restoran. Nak eksyen ni memasing sebab naik mivec. Pastu siap tekan minyak kuat2 nak eksyen kat budak2 yg lepak kat restoran tu. Dah jauh jalan baru kawan tegur...
Erh..kenapa ko tak pasang lampu kete? 

Wahahaha...tadi kemain eksyen tekan pedal minyak...suis lampu pun tak tahu nak pulas belah mana. hahaha. 


Kes lain plak pergi giant. Naik mivec yang sama. Balik tu hujan lebat. Yang sorang member ni ada lesen tapi tak pernah bawak kete pun. Sebuk je dia bagi arahan itu ini camtu camni cara bawak kete. Yang saya ni dengan tak bape handalnya nak bawak kete ni jadi lagi kelam kabut kalau ada orang tegur2 ni. Sekali...

Dummmm...!


Alamak...dah terlanggar kete depan kat trafik light. Hujan tengah lebat. Nak keluar takde payung. Orang yang kena langgar tu pun tak kluar. Lampu bertukar jadi hijau. Orang tu main jalan je. Nampak cam kemek sikit bumper dia. Saya pun jalan la jugak. Lagi skali check kereta saya takde pape. Seb baik. Kalau tak boypren tak bagi pinjam kete lagi. Huuu...



Nota : Sekarang saya dah handal sikit. Takde kemekkan kete orang lain dah. Sumpah! Kepada kereta2 yang saya dah kemek kan tu, sila hubungi saya jika anda ingin meminta pampasan. Dulu saya lari laju2 sebab takde duit nak bayar. Hehe.  Huwaaaa ampunkan dosaku. Saya cuma seorang pemandu perempuan yang tak reti bawak kete sangat.  Seorang dah insaf. Pastu dah terer selit2 kalau bawak kete kat highway. Heeeee:))


By : Emy
Time : 2.32 a.m. ---->mata tak ngantuk lagi. 

Wednesday, March 9, 2011

Hey korang! Kini Semua Orang Dah Mampu Beli Rumah Sendiri Tau^___^

KUALA LUMPUR: Golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan kini berpeluang memiliki rumah sendiri melalui Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, skim itu dilancarkan sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah, terutama mereka yang tinggal di kawasan bandar.


Beliau berkata, skim itu adalah inisiatif kerajaan yang dilaksanakan dengan kerjasama Cagamas Berhad dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga tanah yang tinggi di lokasi tertentu di negara ini.

“Melalui skim ini, individu terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang RM3,000 boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.


“Ini bermakna kerajaan melalui Cagamas menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah berkenaan,” katanya berucap pada majlis perasmian SRP, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan majlis menandatangi perjanjian antara Kementerian Kewangan, bank yang terbabit dan Cagamas Berhad.

Sehingga kini, skim itu menarik penyertaan 25 institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam.

Perdana Menteri pada masa sama turut meminta institusi kewangan mempermudahkan urusan pinjaman kepada pemohon kerana walaupun ia tidak memberi keuntungan lumayan kepada mereka, namun ia amat bermakna kepada rakyat.

Najib berkata, dalam usaha mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kerajaan mengenal pasti pentingnya peningkatan kualiti hidup rakyat serta kewujudan persekitaran yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi dengan adanya perumahan mampu milik bagi rakyat.

Menurutnya, pelancaran skim itu adalah komitmen dan sikap kerajaan yang serius untuk mempertingkatkan kualiti hidup warga Malaysia dalam merealisasikan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.




Sumber : Hmetro.


Nota : Lepas ni budak2 keluar U dapat kerja je, terus boleh beli kereta beli rumah sebijik. Syoknya. Takyah nak kumpul2 duit deposit dah...semua full loan^___^

Tuesday, March 8, 2011

Sedih:=(


SUAMI Nor Hasikin, Isa Ahmad (berbaju singlet hijau) tidak mampu menahan kesedihan selepas isteri tersayang maut bertembung dengan bas di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, Batu Kikir, Melaka.Foto: Ariffin Salleh (07/03/2011)

Sumber : Hmetro

Monday, March 7, 2011

Ambik Gambar B*g*l Beramai2 Itu Seni?!!

Kameraman ni femes betul. Google je nama dia akan kluarkan lah beribu-ribu gambar yang kononnya hasil seni dia.

Hasil kerja dia adalah gambar orang b*g*l beramai2 kat seluruh dunia. Uniknya mereka berbog*l berlatar belakang kan tempat2 yang dikagumi dunia.


Antaranya Miami Beach dan Sydney Opera House kat Australia tu.

Aduhhh...tambah dosa mata lak tengok hasil seni dia ni. Kalau yang bogel tu comel takpe. Ada tu makcik2 tua gayut dah. Euwwwww...

Takmo sebut nama photog ni. Karang korang google plak cuci mata.







Terkejut tak tengok hasil seni macam ni? Tak sangka kan ada macam ni. Kat seluruh dunia pulak tu. Patutla Allah hantar Tsunami dan goyangkan sedikit bumi ini. Semuanya kerana dosa manusia sendiri.

Korang yang tengok kat sini tanggung dosa sendiri yer.