Minggu ni bermula sesi persekolah yang baru. Seronok tengok budak-budak pakai uniform sekolah tu berjalan ramai2 nak pergi sekolah. Macam2 gaya ada. Yang comot, yang nakal dan ada yang kiut sangat. Eee mana mak diorg ni tak takut anak kena culik ker? Zaman skrg bukan mcm zaman aku sekolah dulu. Skrg ni nyawa kita ibarat di hujung tanduk je. Jenayah berleluasa di mana2.
Masa menghadiri majlis perkahwinan Haidzat & Raja Affendi sabtu lepas, aku berjumpa dengan beberapa teman sekolah. Seronok rasanya berjumpa mereka. Yelah jarang berjumpa, harap ada friendster je lah untuk tahu perkembangan mereka. Ha ah, betul2 dah berkembang diorg ni semua. Selain berkerjaya sebagai pegawai bank, engineer bla bla diorang jugak berkembang dari segi saiz badan. Haha lawak. Klw tgk gambar2 time sekolah dulu, melidi je korang semua. Alih2 jumpa bila dh besar ni, betul2 membesar dengan sehat dan kuat.
Seronoklah jumpa kawan2 sekolah ni. Mengimbau zaman "innocent". Zaman yang mengajar aku jadi dewasa. Teringat lagi bagaimana kami yang degil menghadiri Jambori Pengakap anjuran Negeri Selangor. Masa tu kami berenam sahaja. Naik kereta Cikgu Raja. Bawak khemah, barang2 masak semua. Zaleha yang kecik kena duduk dalam bonet sbb tak muat. Kesian dia.
Masa kitorg aktif berpengakap tu masing2 comot. Muka hitam2 je. Mana taknya sebok berkawad sampai ke tengahari. Lagi2 kalau time tu subject addmath la kan. Ahaha. Tapi sekarang semua dah cantik. Tak sangka korang boleh membesar dengan cantik. Hehe. Yelah dulu comot sangat. Aku ada lg gambar korang pakai telekong masa jadi hantu main2. Alih2 malam tu 2,3 budak pompuan histeria. Hantu betul2 datang. Korang semua punya kerjalah ni.
Arh terlalu banyak kenangan indah zaman persekolahan dahulu. Yang membuat aku tersenyum bila terkenangkannya. Zaman persekolahan adalah zaman terindah yang pernah aku lalui. Alangkah indahnya andai dapat aku ulangi zaman persekolahan itu. Teringat lagi kata-kata Ustaz Razak masa aku darjah 6. Katanya menjadi kanak-kanak lagi best dari jd org dewasa. Tak perlu nak fikirkan seribu macam masalah yang melanda. Kanak-kanak hanya tahu nak main, nak makan. Itu aje. Sekarang aku akui kata-kata Ustaz Razak tu. Dan kini aku merindui semua itu. Rindu untuk menjadi seorang budak perempuan yang sedang berlari2 di padang, dengan kasut yang comot terkena lecak dan rindu pada seorang kawan yang berkata : "Emy! Bas Cik Kiah (bas sekolah) dah sampai, cepat2, nanti kita tak dpt tempat duduk belakang sekali".
Tuesday, January 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Memang seronok bila jumpa kawan2 sekolah. Mesti tak abis cerita, ekk.
EKEKKEKEK...a'ah la..teringat plak aku kat ustaz razak...
ko ni mii...mmg mengimbau kenangan sungguh...
tapi aku tak naik bas...
aku tumpang jiran aku je g sekolah...
huhuh..akk...sonok kew ngk budak2 pkai uniform skola nih??adeyhhhhh.....huhuu...irine naik lemah ari2 sarung uniform skull nihhh
ske bc yang part hantu tu!
trima kasih sebab bagi semangat pada saya..memang zaman skarang ni budak2 dah x macam dulu..tapi syukurla anak2 murid saya tahun ni ok cikitla..hehehe...dont forget 2 add me in ur link..hope that we can b frenz...
Irine!Pergi buat kerja skolah nu..jgn malas.hehe.
Part hantu tu nnti saya cerita. Jgn biarkan diri anda diselubungi misteri. heee
laa, kesian si zaleha kena duduk dalam bonet.. tapi, memang zaman sekolah dulu adalah zaman yang paling best sekali.. masa tu tak yah pikir macamana nak carik duit.. yang kita tau, mintak jer kat mak kalau nak beli apa2..
Post a Comment