Friday, October 29, 2010

Ada Orang Cakap Muka Aku Macam Manohara

Kejadian berlaku kat Husein Sastranegara International Airport-hehe nak jugak sebut nama airport panjang2 ni. Tetiba teringat kejadian ni. Sebabnya masa search gambar "cik anj dan cik bab" untuk entry sebelum ni...terjumpa pulak gambar Manohara Odelia Pinot tengah pegang anjing.

Kejadian berlaku masa serah passport kat pegawai Imegresen, tetiba pakcik tu kata muka aku mirip Manohara. Masa tu memang tengah hangat kes Manohara lari balik Indonesia tu. Pakcik tu siap masuk dalam office dia panggil kawan2 dia nak tunjuk aku. Terasa macam artis la aku time tu. Semua dok tengok aku. Nak mintak autograph la tu. Hah hah

Baru je aku nak riak dan makin berkembang...tetiba mak aku menyampuk. "Manohara apa kalau gemok camnih!"...Cis...memang tak menyokong pendapat anak langsung la mak aku ni.

Dan semalam baru la aku terajin nak search muka2 Manohara ni. Lepas kes dia lari dari Tengku Fakri (adik Sultan Kelantan skrg ni)...Manohara dah makin kurus. Gambar2 dia kat newspaper pun tunjuk dia time kurus2 je.



Bila aku search banyakla terjumpa gambar2 dia time gemok nih. Hasil makan bersuap kat dalam Istana...pastu tak reti nak bersyukur. Erhhh takmo campurla hal rumahtangga diorang ni.

Seksigem gak Manohara ni. Model lah katakan.


Ni semua gambar2 lama dia ni. Latest dia dah turun 10kilo dah. Maybe lebih. Maklumla dah makin popular di 2 negara. Dengar-dengar ada berlakon filem pun kat Indonesia.

Bawah ni masa saat bahagia diorg.





Setelah dikaji dan diusul periksa...ada la kot muka aku ni iras2 dia. Tang mata sepet dengan kening tu. Hehe meng"compare" kan sendiri. Dan sebab muka aku bulat2 tembam2 cam dia jugak...dan kalau aku banyak duit pakai handbag branded cam dia harus muka aku lagi sebijik cam dia. Hahaha.



Seb baik ayah aku tak Mat Salleh. Kalau tak hidung Manohara pun sama macam aku. Kembang-kembang kempis gitew. Kah kah.



Apesal la Tengku Fakri tu susah2 culik Manohara ni. Aku kan ada. Made in Malaysia lagi. Hehe. Ok dah habis perasan....laki aku dah tepon. Bye!

Kalau Terpakai Kasut Diperbuat Dari Kulit Babi...WAJIB SAMAK!


Haram Pegang Babi – dari http://baheis.islam.gov.my

Jawapan dari Baheis / Panelis Jakim

Pautan

Nama : Mohd Hafiz.
E-Mel : wasilah_mhmz@yahoo.com.
Kategori : ISU SEMASA

Soalan :
assalamu’alaikum

1) apakah hukumnya memakai ataupun mempunyai barangan daripada produk kulit yang diperbuat dari kulit babi? Ada pendapat yang mengatakan bahawa memegang kulit babi yang kering tidak mengapa dan tidak perlu disamak.. adakah hal ini sama dengan barangan kulit yang sudah kering? pegang tanpa perlu samak? huraikan hukum kulit babi.. kerana banya fatwa yang berkaitan tentang daging babi sahaja.. jadi saya hendak tahu tentang hukum kulit babi itu… dan hukum bila dibuat produk dari kulit babi… sekian.. wassalam…

Jawapan :
Hukum menggunakan atau memakai produk daripada kulit babi adalah haram sama ada menyentuh dengan sengaja atau tidak sengaja adalah wajib disamak dengan sekali air tanah dan enam kali air mutlak. Barangan tersebut hendaklah dibuang atau memberikannya kepada orang bukan Islam..


Quote dari Isu Pelajar Vet Pegang Anjing Dan Babi
"Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu memba
suh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah.

Najis ini tidak berjangkit maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak berjangkit jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut.

Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis."



Sumber gambar : izyan.com--->Main c&p je ni..ya ampunnnn.

Qoute : Email

Thursday, October 28, 2010

Bonggol Unta Ni Ada Dijual Rupanya..











I just wonder cara diorang pakai tudung sanggul tinggi-tinggi ni kan. Ingatnya diorang ada rambut yang panjang pastu disanggul lilit-lilit pusing-pusing tinggi-tinggi atas kepala. Rupa-rupanya ada jual siap dah anak tudung dengan sanggul tinggi nih. Cam ada ketumbuhan kat kepala pulak nengoknya. hehe.

Actually bila pakai sanggul tinggi camni akan menaikkan tudung tu. Lagi-lagi tudung fesyen Ikin, Ariani tu. Buat tudung nampak terletak dan si pemakainya pun nampak seksis.

Haihhh takmo la. Kang tak cium bau syurga. Maaf-sumber gambar tak dpt diberitahu...kang ada yang pergi beli pulak.

Thursday, October 21, 2010

Iklan Raya Kontroversi- TV3 di denda RM50 ribu..

">


Kerana memalukan dan menghina Islam. 50 ribu sahaja nilainya. Jadikan pengajaran lepasni..jgn samakan Islam dgn agama lain. Jangan sampai akidah anak-anak rosak sampai tidak dapat membezakan yang mana halal yang mana haram. Allah Maha Besar!

Si alegik kucing dan penghidap resdung pun ingin memiliki SHAGGY CARPET


Harga size 4x6 = around RM400
Harga size 6x9 = around RM600

Sekarang ni kan trend Shaggy carpet ni. Macam-macam corak ada. Berpinar mata nak pilih. Semua cantik-cantik belaka.

Sejuk mata memandang, sejuk lagi kaki memijaknya. Syiok.

Time raya haritu boleh kata banyak rumah saya pergi ada shaggy carpet ni.

Macam-macam pesen ada.

Alas kaki pun ada shaggy carpet. Yang kecik pun rega dalam RM50 dah.
Beli mahal-mahal pastu buat pijak kat kaki je. Ish ish..





Saya pun beli. Pastu rasa nak beli lagi. Sebab karpet ni besttt. Bulu dia soft soft gitew.


Dan karpet tu ada warranty 3 tahun. Agak2 boleh tak saya rosakkan sikit dan hantar ke kedai untuk tukar design baru? Heheh.



Oklah...layan...shaggy de la beguuuuu...




Menarik dan cunnn..








Gambar kredit to : http://jinggong-carpets.en.made-in-china.com