Tuesday, January 13, 2009

Kekasih ganas (Salah siapa?)

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my

SUNGAI PETANI: Seorang wanita koma selepas dipercayai dibelasah teman lelakinya, termasuk dihentak dengan batang besi sebesar lengan di beberapa bahagian tubuh berikutan perselisihan faham, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi di Taman Kristal, Padang Temusu, dekat sini, wanita Melayu berusia 25 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah di rumah oleh jiran yang kebetulan lalu di kawasan itu.

Mangsa yang belum berkahwin, tetapi mempunyai dua anak berusia tiga bulan dan setahun itu dipercayai tinggal bersama teman lelakinya di rumah berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Jiran terbabit menemui mangsa terbaring di ruang tamu rumah selepas melihat pintu terbuka. Dia kemudian menghubungi polis.

Jurucakap polis berkata, anggota yang tiba dengan sebuah kereta peronda menemui seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di tepi mangsa yang tidak sedarkan diri.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun pula ditemui dalam sebuah bilik.

Katanya, polis turut menemui sebatang besi yang terdapat kesan darah dibuang di tepi longkang hadapan rumah dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

“Bagaimanapun, polis tidak menemui teman lelaki mangsa kerana dia dipercayai melarikan diri sebaik bertindak ganas ke atas mangsa.

“Mangsa diberi rawatan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini oleh ambulans,” katanya.

Mengikut rekod polis, mangsa pernah ditahan polis kerana cuba terjun dari sebuah bangunan terbengkalai di Padang Temusu, dekat sini.

“Ketika kejadian (cubaan membunuh diri), mangsa yang belum berkahwin sedang sarat mengandung,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya.

Sementara itu, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tiba di tempat kejadian memaklumkan kedua-dua anak mangsa diambil pihaknya berikutan tiada orang menjaga mereka.

“JKM mendapatkan perintah mahkamah bagi menempatkan dua beradik itu di Rumah Kanak-Kanak di Kepala Batas.

“Kami akan membuat siasatan ke atas ibunya sama ada mampu menjaga dua anaknya ini atau tidak. Jika tidak, anaknya itu akan diambil JKM,” katanya.



Salah siapa bila kes macam ni terjadi? Sampai 2 orang dah anak yang dikandungnya. Kes ini membuktikan gejala sosial kat Malaysia ni dah parah! Dh teruk sangat.
***Aku tak bertegur sape dengan sorang brother ni - jiran my mom. Sebabnya dia penah belasah bini dia smpai lebam2 satu badan. Walau sekarang tengok diorang bahagia je, anak dah 3, tapi aku still curious dengan kejadian malam tu. Sampai sekarang aku anti giler dgn laki Kak Fiza tu. Walau bini dia dah maafkan..i'm not! Haritu balik rumah mak masuk parking kereta sama2..keluar kereta dia tegur sekadar berbasa basi-aku muncung jer...haha. Serius takleh accept laki dayus pukul2 pompuan nih!

16 comments:

Tie said...

Hmm...betul tu fazemy.. hanya lelaki yang pengecut je yang suka pukul perempuan. Lelaki yang suka marah perempuan pun kak tie benci... Apa, ingat hebat sangat ke marah kat orang gitu?? Geram sungguh!!

Yaniez said...

betul tu.. tak suka lelaki yg dayus.. suka pukul perempuan...
teruk betul laki cam tu.. isy2

Dearie Pearls said...

Aku nak jadi kaki pukul jugak ar..
xleh nak biarkan lelaki jer mengganas kat wanita..
huhu.. dahsyat woooooooo..
seram siot..

naz ilyn said...

salam...

memang dayus lelaki pukul perempuan bukannya takda cara yang lebih baik dan bertolenrasi

nurdaniella said...

bukan setakat dayus jer.. kalau boleh, rasa macam nak rejam2 jer lelaki2 ni.. kalau nak jadi samseng, cari la lawan yang sepadan.. setakat pukul pompuan, memang la menang..

Nurmala Mazlan said...

ee....benci arr lelaki yg ske pukul pompuan ni.. pengecut..perempuan berani la kau pukul

izman said...

manusia dah makin hilang kemanusiannya...

salam ziarah

Anonymous said...

wah ganaz sangat ganaz.. saya pernah ada kawan yg suami dia pukul2 dia kadang2 depan kawan2 pun kena marah.. kat umah lagi laa kena pukul sampai bengkak n berdarah.. yg lelaki pun berdarah mengamok pukul2 dinding.. tapi dorang bahagia sampai laa nie.. CINTA ITU BUTA hehehe

re = x de nye kurus akak nie rendah lagi pendek bila badan naik jadi gemuk laa uwaa uwaa uwaa hehehe

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

lelaki mmg mcm tuh!

mrs popo~ said...

astaga..
donia2..
mcm2 hal laa..
kekejaman+mslh sosial mkn menjadi2..
mintak jauh la..
nauzubillah..~

Unknown said...

Ya ampunnnn... ape nak jd la.... kgkdg org nih bile berchenta luper diri.... duhhh....

lillies said...

apela nak jadi dengan dunia neh?

fazemy said...

Mana mak pak bdk pompuan tu erk? Pastu terpiker lak klw diorg tak kawin lg..jiran2 dia rileks je kan..tak kena tangkap basah lak tu..smpai 2 anak dh ha..rileks je hidup. tp itulah..klw hidup tak berkat..tros dpt balasan. kesian anak2 kat surat beranak takde nama ayah:-(

Lee said...

Hello Fazemy, Susa hati bila bacha lelaki garang tu.
Mara kechil ta'pa, tetapi jangan bergadoh besar buang pingan....mesti ingat ada human rights.
Fazemy kalu senang datang pondok saya...you might find it interesting related to your this posting.
You keep well Fazemy, best regards, Lee.

nurdaniella said...

fazemy, nanti masuk blog akak ambik award yer..

Dearie Pearls said...

Salam tukang telek..
hekhek..
sila berkunjung d blog sy.. hehe..
ada sesi tag, mengetag..
ngeeeeee...