Sunday, January 4, 2009

Bila makanan tidak cukup.


Pernah tak korang pergi mana2 majlis yang guna khidmat katering..lepas tu makanan yang dihidangkan tidak cukup buat tetamu? Pernah tak?

So far pengalaman saya adalah 2 kali attend majlis yang makanan bagai kena catu. Buat malu tuan rumah je klw kes mcm ni jadi. Tak psl2 kena kutuk-kira salah satu point unt dibahaskan dalam bunyi pahat selepas rumah disiapkan. haru.

Kes pertama: Saya pernah dtg majlis kawin pukul 1. Masa tu pasangan pengantin pun baru sampai. Saya tangkap gambar pengantin dulu, chat with friends and bla bla..then pergi dekat meja buffet. Pengantin belum start lagi makan beradab masa tu, tapi makanan unt tetamu dah habis. Kes kes. Tetamu yang baru dtg dok berdiri kat tepi meja buffet tu. Salah satu meja dah bungkus dah. Tray2 makanan smua diorg dah angkat. Yang satu meja ni je tinggalla arca, kuah dal je. Tetamu pulak makin ramai baru tiba.

Kes kedua: Majlis yang saya hadiri grand bagai nak rak. Pengantin punya baju, pelamin, kek smua menggambarkan kemewahan. Tapi makanan no stock! Ahaha. Lawak giler.

Mungkin pihak katering menyediakan makanan dlm baget yang tuan rumah minta sahaja. Tetapi tetamu yang dtg melebihi. Kira kes salah baget la ni. Takpun tuan rumah mmg bertitle haji bakhil. Pasal makan pun nak berkira..kedekut..so jd lah kes mcm ni.

Bagi saya tidak seharusnya kejadian mcm ni berlaku. Kedua2 kes yang saya ceritakan di atas majlisnya dibuat di dlm dewan. Bukan dkt rumah2 pakai khemah2 canopi tu. So maknanya grand la majlisnya. Tapi slek makanan tak cukup.

Tidak kiralah samada tuan rumah yang bersalah unt terlalu baget hal makanan, tetapi pihak katering haruslah menyediakan back-up plan. dah nampak majlis masih awal, tetamu masih berpusu2 dtg, makanan nak habis, cepat2la masak yang lain. Bincangla dengan tuan rumah, mintak bayar lebih, byr kemudian ke apa. Tuan rumah ni sebok salam tetamu so manalah nak perasan makanan dah habis ke apa. Pihak katering la patutnya bertanggungjawab. Janganlah sampai malu tuan rumah tersebut.

Pihak katering juga seharusnya bertanya dulu pelanggan mereka. Majlis yang dibuat bertema bagaimana? Jika buffet..andai tuan rumah baget makan untuk 2000orang, buat lebih makanan tu sampai 2200orang punya makanan. Alah berapa sgt la sorang2 boleh mentedarah. Klw ada 2,3 orang yang kuat makan dtg situ dan makan siap menambah..makanan tetap akan cukup, sebabnya akan di cover oleh 2,3 anak gadis yang jaga badan. diorang akn dtg makan ambil syarat je. Takdelah makan sampai kenyang. trust me sebab saya pun pernah jadi anak dara dulu. Kitorg dtg kenduri bukak unt mencekik tapi untuk memeriahkan majlis.

Pihak katering seharusnya profesional. Janganla sebab tuan rumah bayar byk tu je, tengok makanan nak habis buat tak tahu je. Cuba bertanggungjawab sikit. Cuma kira belakang dulu soal bayaran. Ini soal maruah tuan rumah. Cuba klw korang yang jadi tuan rumah tersebut, 10 tahun belum tentu lenyap cerita makanan tak cukup tu. Malu cek malu.

So dalam kes ni sape yang bersalah? Pengantin lelaki kerana bagi duit hantaran yang ciput kepada pengantin perempuan? Mak bapak pengantin yang nak berlagak dengan buat majlis grand2 tapi baget ciput? Pihak katering yang charge mahal, makanan ciput? Atau salah tetamu yang datang tanpa diundang?

9 comments:

TiNiE said...

hmm..seingat akakla tak penah la plak attend kenduri time tu lauk abis, tapi kes balik kenduri (esp buffet style) CB sefamily tu adaa...bnyk kali...

CB = cir bir

fazemy said...

Yup CB tu ada gak. Biasa terjadi sbb diorg x tutup makanan tu. Langau2 tu berak atas makanan pastu diorg g hidang makanan tu kat kita. eeee

maziah said...

huhuhu....takut la ini yg terjadi nti..kne bajet lebih mknan sbb yg dtg tu mungkin bwk family or 2, 3 org kwn2..hehe..

fazemy said...

Betul tu. Masa saya kawin dulu, org katering tu tanya..ni 1st kenduri keluarga ni ke apa? Biasa klw anak sulung tetamu yang dtg tu ramai, yelah anak yang mula2 kawin kan. Semua nak turun padang. Makanya katering tu baget lebih 200kepala, pastu siap baget makanan unt ditapau unt 200 kepala lagi.

Web Sutera said...

Assalamualaikum,

Emm komentar yang menarik. Saya pun katerer. Betul apa yg sdr nukilkan. Cumanya pihak katerer kena pandai berbincang dgn tuan rumah. Alhamdulillah, saya belum mengalami masalah makanan yg tidak cukup. Lebih adalah..hehhehe..

Mahu katering? Hubungi saya, hehheh..

Cheers!

Maarof said...

Saya alami kenduri makanan tak cukup baru-baru ni. Sebenarnya bukan makanan tak cukup tapi lambat sampai. Kenduri kahwin anak saudara saya di satu dewan. Syarat dewan pulak tak boleh masak di situ. Jadi makanan masak di rumah dan diulang alik dengan dewan. Tak disangka hari kenduri tu lalulintas sesak. Jadi nasi tambah lambat sampai. Ramai pengunjung balik sahaja, termasuk yang merungut.

Akhirnya makanan melambak berlebihan.

Ini satu pengajaran untuk tuan rumah.

fazemy said...

Yang my 1st kes tu kan, actulaly lepas tu kitorg tahu..rupanya tuan rumah baget unt 1000 kepala sahaja. Sedangkan majlis kawin tu adlh untuk kedua2 belah pihak. lelaki perempuan buat 1 majlis je. pengantin lelaki tu cina mualaf. So dia dh bg duit hntaran yg byk kt pompuan melayu tu. Tp parents pengantin perempuan tu save baget tang makanan. Diorang fikir family belah lelaki, kwn2 pengantin lelaki tak dtg. Sedangkan itulah anak 1st anak last (anak tunggal) diorang yang kawin. Sure ramai yang akn dtg meraikannya. Tp belum pengantin makan beradab makanan unt tetamu dh hbs. Then mak pengantin sebok menangis blakang pentas malu. Apala..

chik Star said...

yer la awak.
sye pon pnh kene cmtuh jugk.
smpai tuan uma larik msok umah sebb malu, segn nk bersalam dengn tetamu.
Tpi siyes malu kn.
sebb tetamu yg dtg bersalam sedekah dwet taw, bukn salam kosong jerk.
kalo rase budget kurang, jgn lar jempot reramai.

Tkotnye klo jdik cmtuh kn.

fazemy said...

Kes nak berlagak punya pasal la. Buat tempat grand2..pastu baget2..hampeh.