LOS ANGELES: Pengurus perniagaan Michael Jackson semalam mendedahkan mengenai pertelingkahan antara keluarga penyanyi itu berhubung pengebumiannya yang dijadual esok.Dr Tohme Tohme berkata, abang dan bapa ikon pop itu mahukan
Michael disemadikan di ladang miliknya di Neverland tetapi rancangan itu ditentang oleh ibu, kakak dan adik perempuannya.Keempat-empat abangnya juga mahu majlis penghormatan terakhir untuk Michael diadakan dengan keranda terbuka, seperti pennyanyi lagu soul, James Brown dan diarak di jalan raya supaya peminatnya boleh menabur bunga, seperti majlis pengebumian Puteri Diana.Mereka juga telah menempah keranda khas bersalut emas berharga RM87,000 untuk penyanyi itu, sama seperti yang digunakan untuk pengebumian Brown.
Tetapi ibu mereka, Katherine, 79, menolak rancangan itu dengan alasan ia menggerunkan dan akan menjejaskan tiga anak Michael yang di bawah jagaannya ketika ini.Tohme mengaku dia menyokong abang Michael, Jackie, 58, Tito, 55, Jermaine, 54, dan Marlon, 52, dalam pertelingkahan itu.Bagaimanapun, Katherine dan kakak Michael LaToya, 53, serta adiknya, Janet, 43, membantah rancangan itu.“Saya tidak tahu mengapa keluarga perempuannya enggan menjadikanNeverland tempat persemadian terakhir Michael,” kata Tohme. Katherine dipercayai memberitahu seorang lagi pengurus Michael, Frank DiLeo bahawa dia yang membuat keputusan muktamad mengenai semua aspek majlis pengebumian esok, termasuk menentukan sama ada tiga anak penyanyi itu, Prince Michael, Paris, dan Prince Michael II atau Blanket akan hadir atau tidak.Menurut sumber, jika mereka dibenarkan hadir, kanak-kanak itu tidak akan memakai topeng.Mayat Michael kini dijangka ditempatkan dalam keranda tertutup ketika majlis penghormatan terakhir di Staples Center esok dengan sarung tangan yang bersulamkan labuci dan topi fedora, yang menjadi lambang Michael, diletakkan di atasnya. - Agensi
p/s: Ada terbaca jugak yang MJ ni akan dikebumikan tanpa otak. Otak dia akan dikeluarkan untuk analisis dadah punca kematiannya. Klw mati dalam Islam tentu dapat pergi dgn tenang dan tdk terseksa sebegitu kan.
16 comments:
aritu mcm dgr kar berita MJ kebumi cara islam besok..tgok aje la mcm mane..kalo btl die islam harus d kebumikan ikt cr islam bkn cr kafir...
erm...
kalo islam knp keranda drp emas..tentu keranda kayu biasa je..
salam emy, payah bila mj sendiri dah tak dapat bersuara.. dari hidup sampai la dah tak de nih, asyik kena turut cakap orang lain jer.. huhu..
yela kn....
hehe :-)
mcm mane kalo dy betul2 dah peluk Islam.. Tapi still kuarge nak dy dikebumikan cara sebegitu.. Wallahualam.. Seksanye MJ kalo cm gitu.. Nak salahkan sape kalo cm gitu ek..
huhu..pengajarannya untuk umat manusia yang lain..kalo islam, hidupla cara islam..jangan sampai orang salah faham dengan identiti kita..
ohh masih berteka teki...
SEtuju dgn cakap Fahana Ann. Klw dah Islam kena ikut cara Islam. Tp saya ada baca tentang kehidupan MJ sebelum dia meninggal. Abg dia kata dia addict dgn ubat tahan sakit(dadah) n slalu minum. Wallahualam.
Tp sweet sgt baca masa dia berminat masuk Islam tu. Dia siap adakan majlis lg mengistiharkan keislaman dia. Anatara tetamu yg dtg ialah Cat Steven.
Takpela..jdkan pengajaran. Cuma kesian mayat dia dh seminggu tak dikebumikan lg. kesian kat jasad dia. Klw lah diorg tahu yg mayat pun blh rasa sakit tentu diorg takkan tanggung2kan lg pengebumiannya. Cukuplah penderitaan dia semasa hayat masih dikandung badan dulu.
tunggu je lah berita terkini nanti!!
salam...
dah lama dak ni x jengok teratak akak kan..hehehe...
bz sikit...
hmm....sekarang ni hanya Allah je yg tau samada MJ ni Islam atau tak..seandainya kaum kerabat dia masih xnak kebumikan MJ dgn cara Islam sedangkan MJ dah betul2 memeluk agama Islam, makanya apakah yg akan terjadi??berdosakah kita sebab x mempertahankan keIslaman MJ???nak ckp lebih2 pn x berani sbb bab2 hukum ni xleh main2....
org terkenal n kaya..masa hidup pun banyak kontroversi...dah meninggal masih lagi kontroversi..
wallahualam..
kita tunggu je berita terkini nanti
ush..diorang ni kan??melampau betul
moga2 ini hanyalah fitnah..tgk kat 8tv rabu 1 pagi eh..live..tu pun kalo rajin..hehehe..
Tgk ulangan sudah nnti kak dee. Wahh siap ada live lg. dasyat.
Post a Comment