Saturday, July 18, 2009

Kronologi Kes Bunuh : Kawan dan Kekasih Dihukum Gantung



**Sumber dari newspaper dan blog2 rakan mangsa.






- Kisah berlaku 2 tahun yang lalu. 23 Mac 2007.



- Mangsa (Jue) bertemu dgn Noralina dalam reunion sekolah sebulan sebelum kejadian dan bertukar2 no telefon.


- Pada malam kejadian Noralina mengajak Jue untuk keluar makan malam bersama di kawasan rumah sewa Jue.



- Tidak disangkanya Noralina membawah kekasihnya juga iaitu Khairul Anuar Abdullah, 27, pada malam tersebut.



- Dalam keterangan polis Noralina memberitahu yang dia lari dari rumah dan mengikut Khairul Anuar (seorang jurual astro dan merupakan suami orang).



- Hanya kerana duit mereka merancang untuk merompak Jue.



- Alasan tertinggal beg duit di hotel oleh Nuralina membawa Jue ke hotel murah tersebut.



Inilah Apartmen Sunrise, Wisma Indah di Jalan Tun Razak tempat Juliana dibunuh dua tahun lalu.


- Mereka merompak Jue, menumbuk Jue untuk menyerahkan no pin kad ATM dan melarikan RM20 dan sebuah handphone Sony Ericson pada malam kejadian.


- Jue diikat menggunakan cable Tie (yang kat Mydin diorg guna untuk ikat plastik tu). Lehernya juga dijerut menggunakan cable Tie. (Sungguh tak berperikemanusiaan kelakuan mereka).


- Dalam keterangan polis jugak Nuralina memberitahu yang dia perlu membunuh Jue kerana Jue mengenalinya.


- Khairul Anuar di dalam kes berlainan telah dihukum penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan kerana merogol budak bawah umor di sebuah perkuburan. Dan pada malam kejadian ketika Nuralina turn membayar sewa hotel, Khairul Anuar sempat melampiaskan nafsu nya pada arwah Jue tetapi dihalang oleh Nuralina apabila dia kembali ke bilik hotel. Dalam laporan forensik mayat arwah Jue didapati ada air mani Khairul Anuar tetapi dia masih berdara sebab kakinya juga diikat pada malam kejadian. Astagfirullah hal azim. Kesian pada arwah.


- Housemate arwah yang bimbang kerana arwah tidak pulang sampai keesokan harinya mengkhabarkan kepada keluarga arwah. Sehinggalah berita penemuan mayat tidak dikenali di TV membawa keluarga arwah ke proses pengecaman mayat. Dan ternyata itu ialah jasad arwah Juliana.


- Hasil kerjasama kawan2 Juliana, polis berjaya menangkap Nuralina. Nuralina yang ketakutan dipukul polis memberitahu tentang Khairul Anuar. Dan Khairul Anuar ditahan polis ketika sedang makan roti canai (rileks je ko erh lepas bunuh orang) dan didapati simkad Jue terdapat dalam beg Khairul Anuar. Manakala handphone tersebut telah dijualnya.


- Dan setelah 2 tahun kejadian berlaku, akhirnya Hakim Mohamad Zabidin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie.


Begitulah kisahnya. Bila nafsu menguasai akal fikiran. Buat Nuralina yang kini berumur 22 tahun, kesalmu tiada guna lagi. Yang pergi telah pergi dan yang berlaku telahpun terjadi. Itulah akibatnya kalau salah pilih kawan. Saya tak salahkan Nuralina, sbb dia muda sangat lagi masa tu. Tapi mungkin sebab akal cetek sangat, mereka melakukan semua tu. Dan Khairul Anuar yang saya tak tahulah dia manusia atau hanya bertopengkan manusia. Yang pasti kerana dia ramai wanita merana. Jue yang telah kembali kerahmatullah, Nuralina yang akan dihukum gantung, Isterinya yang akan menjadi janda kerana suami dihukum gantung, Ibu yang mengandungkan dia(Ibu Khairul Anuar pengsan setelah mendengar hukuman yang dijatuhkan), Ibu arwah Jue yang pasti merinduinya, Ibu Nuralina yang terpaksa menguruskan mayat anaknya sndiri yang dihukum gantung, kawan2 Jue..dan masyarakat. Khairul Anuar telah mengajar masyarakat untuk tidak mempercayai sesiapa lagi. Biarpun kau seorang suami, kawan ataupun kekasih.


Meraka berdua telah pun dihukum. Mereka sempat bertaubat sebelum mati. Mungkin syurga menanti mereka di sana andai Jue telah memaafkan dosa. Buat kita, jadikan tauladan. Jangan kerana wang, jangan kerana cinta, jangan kerana nafsu..hidup di dunia ini tergadai. Berfikirlah dengan iman, akal dan fikiran. Semoga kisah sebegini tidak terjadi dalam keluarga dan sahabat kita. Al-fatihah buat arwah buat arwah JULIANA MD FUZI.

17 comments:

Dearie Pearls said...

Fazemy,
Thanks for da info.
Mesti ko habiskan baca sume kisah2 Ju d blog housemate dorangkan..
Hehe.
sama juga ngn LoL..

"Saya tak salahkan Nuralina, sbb dia muda sangat lagi masa tu. Tapi mungkin sebab akal cetek sangat, mereka melakukan semua tu.."

Umur 19thn tak delah muda sangat. Kita yg berumur 19thn dulu, pasti xpernah terfikir benda2 til nk bunuh org.

Yang Baik Jadikan Teladan, Buruk Jadikan Sempadan. Moga Jue tenang di sana.
Rest In Peace.

Dearie Pearls said...

Emy..
nak tanya..
cmner erk buat 'gud listener / top komentar' mcm Emy..?

LoL nyer, sebulan jer then hilang..

Hehe..

Dearie Pearls said...

"Good listener tu copy dulu masa hari terakhir stiap bln. lepas tu LOL add la text kat situ. paste balik kat text. sbb tu la kita punya good listener kdg ada kdg tak..sbbnya kdg lupa nak copy..tahu2 dh masuk bulan lain. hehehe"

Thanks Emy..
So sweet..
Gud Day ok..
Cheers :)

eya said...

gile punya kwn..kwn ke nmnye tuh?

Wanie Boahari said...

manusia x pnh puas dgn ape yg ada..ada istri tp still nk cr yg laen..tp bak kate org kalo dh cinta snggup je wat ape saja sampy kn sangup membunuh.


nuralina ms tu umo 19 n i thnk die dh blh pikir mane baek mane buru n mane intan n mana kaca...allah bg akal yg sempurna dkt die utk berpikir..

ain said...

akak tak tau pun psl kes ni. terkujat gak bila tau semlm ttg hukum gantung ni. apa lah nak jadai dgn dunai sekrg. hanya kerana wang sepuluh dua puluh ringgit sanggup membunuh dgn cara yg dasat dn tiada perikemanusiaan.

S u H a I d A said...

tapi...dia muda lagi pun..tak kan pk nak bunuh kawan sejak kecik..huhu..cedihnya...

apapun..ada masa bertaubat...

TEACHER OF SOMEONE said...

skrg ni mcm2 kes...
org yg dikenali pn blh wat bnda yg plng kt x sangka...

Izzah said...

org kalau nak buat jahat tak pk pun kawan ker sedara ker keluarga ker..

sangat tak boleh dimaafkan..membunuh tu budak 5 tahn pun tahu perbuatan yang kejam dan tidak harus dilakukan..
so..bukan sebab dia cetek akal..tapi sebab terlalu ikut hawa nafsu..membelakangkan iman..inilah padahnya..

hidup semakin menggerunkan..

nurdaniella said...

salam emy, huhu.. sedih kan tengok anak bangsa kita jadi macam ni.. si khairul tu betul2 la nafsu kuda.. memang sepatutnya dia di hukum gantung.. pesanan untuk semua anak dara, jangan berkawan dengan suami orang..

Queen said...

owh...baru tahu cerita penuh..sebelum nie tau yang last kat paper pasal hukuman gantung tu jer...

sian kat Jue...and sian jugak pada famili yang turut terkena tempias mereka....

Semoga Allah memberikan kekuatan untuk merekamenempuhi segalanya....
Kerana hanya Tuhan yang tahu isi hati mereka...
Siapalah kita nak menghakimi mereka... Kesian kat mak ayah yang menanggung malu jika masyarakat terus mencerca.

attyfir said...

emy..tq..atas keterangan..
kejam gilor kawan..
al fatihah utk arwah..juliana

sygDsyg said...

isk2 melayu islam mati sia-sia hanya kerana melayu ... apa nak jdi la ... ni la yg dikata kan dunia akhir zaman ... kejahatan makin berleluasa ... al-fatihah buat arwah ...

Dee said...

x tau ar psl citer ni..ke sbb dh lama sgt kes ni..dh hampir lupa..berani ek bunuh org..walau muda..mintak pinjam cara baik xleh ke?

Darling Pya said...

acu pun baca kronologi nie kt blog housemet arwah...sebak...

semoga arwah tenang di sana

Zul Iman said...

Entahlah apa perassan yang ada pada Nuralina dan Khairul bila tali gantung dah masuk ke leher..

Dan yang pasti...
ianya sangat menyeronokkan !! :D

Anonymous said...

Dan sesudah Subuh, Jumaat, 11 Ogos 2017, Nuralina dan Khairul Anuar telah dijalankan hukuman gantung sampai mati. Berakhirlah kisah tragis lagi menyayat hati. Semoga menjadi iktibar kepada yang berada di luar sana. Al Fatihah utk kesemua Arwah.