Monday, July 6, 2009

Bijak Berbelanja Di BlogShop Online

Sekarang ni byk betul orang create blogshop sndiri. Semua orang nak meniaga. Elokla kan. Dpt menjana pendapatan sampingan. Kena dengan gaya masyuk tu bulan2.

Sayapun antara orang yang rajin beli secara online. Sampai ada sekali tu posmen tu taruk barang saya atas peti surat kat bawah je. Hampeh punya posmen. Dia dah malas nak naik selalu mintak sign. Sah sign sndiri ni. Seb baik takde orang curi barang saya, klw tak mau kena saman en posmen tersebut. Hu.

Saya ada beli mcm2 secara online. Handbag? Kasut? Baju? Tudung jgn cakapla asyik beli jek. Haha. Tu belum mention saya beli lampu dinding 4 pasang alih2 sampai rupanya takde wayar. Hampeh..bukan nak cakap awal2. Grrr...seb baik sampaila jugak lampu tu coz saya tunggu 2 minggu baru sampai. Katanya guna pos laju alih2 sampai dia guna pos biasa je. Standartla charge lbh unt penghantaran tu tapi at least bgtau la kan. Ni hari2 saya dok tunggu lampu tu tak sampai2, bila call orang tu dikatanya dah hantar. Call hotline pos laju yang 1300... tu mmg haram la diorg nak angkat telefon. Last2 saya fax memo AMARAN KERAS suruh diorang return back my call, tak sampai 5 minit wakil Pos Malaysia call terus. Katanya ada masalah teknikal telefon tu sbb tu takde orang angkat. Yelah tu..mcm aku tak tahu orang keje gomen mmg malas angkat tepon. Muahaha. (Ayat terakhir diucapkan smbil berlari takut direjam dgn batu oleh kawan2 pekerja gomen skalian..larik larik!)

Bercakap psl BlogShop ni, pandai2la membeli. Selain kena hati2 dgn kes penipuan seperti duit dah transfer barang tak sampai2..ataupun kes barang tdk seperti dalam gambar ataupun barang telah rosak binasa ketika sampai ditangan kita...hati2lah kita juga dgn harga barang2 yang ingin di beli tu. Kadang saya tgk orang yang memasarkan barang tu melampau. Tak tahulah jika yg membelinya bukan kaki shopping ke..tp klw dah ko mmg rajin klik kat blogshop tu sahla ko mmg kaki shopping kan. Dah kaki shopping tu of course la ko tahu harga item tertentu kat pasaran bukan? Kata every week pergi mall:-p.

Maaf yer kepada empunya blogshop sekalian, kdg saya lihat harga2 item yang anda jual sangatlah mencekik darah. Sedangkan sepengetahuan saya klw kita beli kat luar pun tak semahal itu. Lepas tu siap kena tambah kos penghantaran lg. Mak aihhh jual barang. Tp tahniah jugak kepada anda kerana berjaya memasarkan brg2 tersebut dgn jayanya. Yelah bkn senang nak menjual..even 1 barang je. Tak caye cuba jual 1 barang anda dlm blog sndiri. Cuba tgk berapa lama brg anda akan terjual. Kecuali klw anda jual dgn harga murah mmg lajulah org nak beli.

Di blogshop..ada yg membeli brg dgn harga runcit. Makanya unt untung mereka terpaksa mark-up lg harga tersebut. Saya baru je gelakkan sorang member saya ni. Dia beli smpai 4 helai tudung kat 1 blogshop ni. Katany tudung tersebut kainnya dari luar negara dan dijahit sndiri oleh empunya blog. Dia jual dgn harga yg murah sahaja. Bila tudung tersebut sampai saya tgk itu adalah tudung2 yang terdpt kat pasaran skrg ni. Dan harganya 3 kali ganda lbh murah dari yang kawan saya beli tu. Haha lawak giler bodoh2 kena tipu pastu nak g berlagak dgn smua orang. Padan muka ko. Erh tak baek la mengutuk orang...tp itulah...hati2lah dlm berbelanja. Jdlah pengguna yg bijak.

Ada sorang kwn saya tu suka suruh alamatkan ke ofis brg2 yg dibelinya. Kenkonon nak berlagak dgn kitorg la brg2 dia tu. Whatever...duit ko. Saya kagum dgn blogshop yang aktif. Rajin diorg cari material. Dan nasibla klw item yg diorg jual tu lg mahal dari luar...mana taknya..bil letrik dan internet kena bayar jugak maaa..Saya respek blogshop yg jual item hasil tangan mereka sndiri. Mcm blog yg jual baju yg dijahit sndiri..keychain yg dibuat sndiri...wahhh kreatipnya korang. Apapun buat pembeli..hati2. Tahulah skrg ni smuanya hanya dihujung jari je..alih2 dah smpai dpn pintu rumah. Buat empunya blogshop pulak...goodluck! Agak2la klw nak untung yer..Jgn sekali je untung besar lepas tu tak untung2 lagi sudahla...Bijak membeli..bijak menjual(^_^).


p/s: Saya suka window shopping kat Blogshop & mudah.my...sebabnya tak rasa pun penat berjalan. peluhpun tak keluar. Haha.

12 comments:

Queen said...

hurm...kak emy....
terasa sensetep jap..wakakakaka....
pasal blogshop tu saya setuju..kadang2 lebih mahal.tapi kalau nak cari kat pasaran biasa tak jumpe..huhuhuhu

pasal harga yang mahal tu, saya sebagai peniaga dalam blogshop, walaupun tak full online (maksudnya saya lagi suka customer datang tgk barang), tapi bila letak harga murah pun org tak percaya..sudahnya kalau letak harga mahal baru org nak percaya...
sape yang bersalah?

anyway..sape yang nak kahwin dan nak rental baju dan aksesori perkahwinan yang murah, Quiny Bridal ada sediakan. Just visit http://quinybridal.blogspot.com

fazemy said...

Sempat lg ko Queen promote yer. Haha. Yelah mcm yg sdg ko lakukan ni mmg tabik spring la akak..takde org buat kecuali blog andaman pengantin yer.

Betul..klw nak beli kat blogshop elokla beli barang yg tak terdpt kat pasaran luar kan. Takpun harga dia lg murah dari pasaran. mmg berbaloi-baloi.

ieyla said...

Sekadar tengok2 jer2 bolehlah blogshop nie...nak membeli takdelah coz takut ditipu....dan takut indah khabar dari rupa....

fazemy said...

ieyla - kebanyakan blog jarang menipu..coz kita boleh kenal tuan punya blog. Biasa jual beli mcm dlm laman web lelong.com ke mudah.com tu kebarangkali unt ditipu tu agak tggi. Coz kita tak kenal penjual. Tp better buat urusan "Cash On Delivery".

Queen said...

hehehe..tumpang2 promote dalam blog akak..hahaha..sekarang dah JV dgn feena...

setuju dgn akak...saya buat cara islam la..tgk kat online..rasa berkenan, datang tgk barang dulu..baru okey. takut nanti dia kata saya tipu pulak kan...hahaha..

Azym Azizi said...

Btul2..beli melalui blogshop ni ni lagi terjamin..sbb kita kenal pemiliknya..

Apapun, sy akan lancarkan 1 blogshop sy sendiri nnt..hehe..tgh kumpul rare items..=p

attyfir said...

dulu rajin beli online..skrg dah tak..hehehehhe

Izzah said...

tak pernah lagi shoping kat blogshop...
tapi tengok org buat mmg macam sangat menguntungkan..

Dee said...

mmg kena hati2..tp kalo baju yg dibeli secara borong tu biasanya kt psr mlm pun ada..hehehe..betul..hati2lah membeli secara online..ada yg jujur n ada yg tau nk untung je..hehehe..

Raja Feena said...

wui awek..lama tak dengar kaba ko..hehhehe...ape cite?

flower said...

mcm flo.. suka beli kat forum..
tp setakat nie baru try perfume..
baju, handbag n kasut jual kat blog mahal2 la.. sbb i nie kaki window shoping.. so rasa2 kat luar leh dapat lagi murah..
lagi pun penah try beli baju online.. tp x puas hati dgn kualiti kain dia..

Anonymous said...

You really make it seem so easy with your presentation but I find this
topic to be actually something which I think I would never understand.
It seems too complicated and extremely broad for me.
I am looking forward for your next post, I will try to get the hang of
it!

Feel free to surf to my page anti cellulite treatment