Ini adalah Mimaland. Syurga dunia kanak2 Malaysia zaman dulu2. Orang dulu2 je tahu tempat nih. Heh heh. Saya ingat lagi masa saya darjah 2..terkinja2 sungguh nak pergi kat sini. Alah...kiranya tempat ni ala2 Sunway Lagoon, Bukit Merah Laketown ataupun Genting Highlands la skrg ni. Zaman dulu2..dah kira canggihla tempat ni.
Mimaland ni di buka pada tahun 1975. Terletak di Batu 11 Gombak iaitu jalan lama nak ke Bentong Pahang tuh. Dekat2 dgn air terjun Alang Sendayu yang masa tu top jugak. Dan Mimaland ni telah ditutup pada tahun 1994 kerana berlaku kejadian tanah runtuh dan khabarnya ada budak mati lemas kat situ.
Mimaland menjadi destinasi popular penduduk Lembah Kelang masa tuh. Pernah menjadi lokasi pengambaran filem-filem melayu. Mengikut temubual terbaru(2008) dengan penduduk...ada yg mendakwa pernah nampak harimau kat situ. Tak mustahil la kan..dah jd hutan pun tempat tu. Mimaland ni juga menjadi destinasi popular utk mereka yang suka kepada dunia misteri dan mencari hantu. Sesuai untuk pakcik seekers. Taman Dinasour di Mimaland penuh dengan figura figura dinosour dalam rupa bentuk sebenar...ala2 jurassic park gitew. Huwaaa teruja giler nak bergambar dgn dinasour2 tu...klwlah tempat ni masih wujud..jgn kata budak2...dgn mak bapak budak dok naik atas dinosour tu bergambar. Haha.
Mana nak dapat cam Mimaland ni. Skrg ni klw ada dinosour..leh tgk dari jauh je. Bergambar dari luar pagar. Nak pegang lg la tak merasa. Dinasour kat Mimaland..besttt...
Dan ini adalah Mimaland sekarang. Hanya penuh dgn semak dan samun. Sayangnya. Noltalgia sungguh tempat ni.
Bustop.
Jalan yang rosak umpama sebuah bandar mati.
Sisa2 bangunan yang masih ada.
Dulu kalau cakap keje bawak van kat Mimaland ni..dah kira keje bagus dah time nih.
Dinosour2 tersebut telah berhijrah ke Hollywood lepas Mimaland ni ditutup. Diorg ada berlakon dalam cerita Jurassic Park 1 dan II. Dan beberapa siri filem lain juga seperti "The Lost World" dan akhirnya mati di sana. Anak2 mereka pula telah balik ke Malaysia sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia dan kini telah menetap di Genting Higlands. Tak caye blh g Genting jumpo dinosour2 tersebut. Haha. Fakta last ni saya tipu. Yang atas2 tu smua betul. Huwaaaa...Mimaland dalam kenangan.
p/s: Nak g cari cerita pasal Taman Tasik S.M. Noor plak...dengar cerita best jugak tempat tu.
15 comments:
alahai sayangnye jd mcm ni...btul2 ni tpt yg fofular dulu kn...tp gi time kecik2 nk recall byk kenangan kt situ pn x byk sgt leh ingat...
My former secretary's cousin died due to an accident at the water slide. Someone came down hard and close behind him and fell on his neck. The guy was in coma for a few days. It was around that time, 1994...
Owh thats the story. Thank you for sharing.
akak x penah smpi emy..tp arwah my brother..kemain byk gambar dia main slide2 tu...nmpk mmg syiok..slide2 dia tinggi...
Uish...
sayangnya tempat tue...
cmner ar leh jadi cenggitu..
menyeramkan jer...
adedede..
Thanks share ok..
rajinnya dia gi cari koleksi2 tempat menariks yang lama2...btw..agak sayang kan tempat tu dah jadi terbiar cenggitu....
alamak nostalgia nye..
mmg tempat lawatan utama..
terbayang gambar abang atas dinasor tuh..
sedih la plak..dah tak terjaga..
sayang sungguh...
sedeynyer...nape leh jd camtu ek??
kalau ade lagi skang...leh la jd tempat anak2 skang bermain...sape yg patut dipersalahkan??
huhu....
Nape tak bangun smula eh tmpt tu??
Kalo Karam Sing tau ni, kompem masuk TV3...
wa..sayangnyer tempat ni jadi cam ni..em, same macam tasik kat kg tu..dulu siap ade pengambaran..ni taukenyer dah bangkrap..nak bangunkan semula susah sebab banayak makan duit..pemaju punya hal..huhu..
sayang..ar tmpt tu tutup lepas tu terkubur je gitu .
mana ko dpt current pic mimaland tu??
salam emy, huhu.. mimaland dalam kenangan.. dulu2 abang2 akak naik basikal jer dari sentul ke gombak tu.. best woo..
masa kecik dulu penah pegi mimaland.....igt lagik kat taman sesat dia........hurmm skang ni pegi sana sebab lain pulak...hehehe
16 Jun 2011 - Saya dah tengok Mimaland.. Ade guard. Nsb baik dpt msk coz minta belas kasihan.. tempat mmg dah tinggal.. sayang nye x dpt nak tgk dinosour..
Post a Comment