Monday, November 30, 2009

Anak dia budak jahat..

Tak elok dok ckp budak tu budak jahat. Tu yang tak baik2 jadinya. Alkisahnya anak makcik saya sorang ni. Nakal kemain. Umo baru 6 tahun ok. 6 tahun!

Keluarga saya ramai la yang cerita pasal kenakalan budak ni. Zaidi namanya. Tapi setiap kali saya jumpa dia masa raya tgk behave je budaknya. Takde la nakal manapun. Biasala nakal budak2 kan. Berebut main..gaduh pastu nangis.

Masa balik raya haritu mak dia cerita dia mengamuk kat sekolah. Masa nak exam tiba2 dia mintak dgn cikgu nak makan nasi lemak. Cikgu suruh dia jawab periksa dulu. Nanti cikgu pergi belikan. Alih2 di tolaknya meja2 smpai jatuh. Poster ABC, gambar2 kat dinding habis di cabutnya. Bila cikgu nak pegang dipukulnya cikgu tu. Dan itu bukan kali pertama cikgu tadika tu kena belasah dgn Zaidi ni. Eeee kecik2 dah gila budak nih. Dan seperti biasa mak dia akan dipanggil ke sekolah. Selalu dah mcm tu. Dah mcm tembok Berlin dah muka maknya. Terpaksa buat muka tak malu demi anak. Klw denda tak bagi pergi sekolah lagilah dia suka...mmg tiap2 pagi kena pujuk rayu bagai nak suruh dia pergi sekolah tu.

Cikgu kata dia belajar mmg lambat pikap sikit. Tapi dia ada daya kepimpinan. Sebab kawan2 semua ikut je klw dia main ke apa2. Huh mana taknya. Tiap2 pagi dosogoknya budak2 tu dgn gula2 la coklat la..kdg nasi lemak sorang sebungkus. Haishh. Sehari belanja sekolah tadika RM10.

Ada sekali tu masa balik kampung, si Zaidi ni keronyok2kan kertas suratkhabar di sumbatnya dalam mulut nenek saya bila nenek tegur kesalahan dia. Kurang asam betul budak ni. Then sorang makcik cuba selamatkan keadaan marah dia. Disepak2nya makcik tu. Makcik saya tu taknak mengalah..adegan sepak menyepak antara org tua dan budak kecik berakhir bila makcik saya tu dah sakit2 pinggang. Kesian org tua tu.

Dan bykla lagi kenakalan dia yang saya dgr. Ptg2 mak dia tidur kunci la rumah pagar smua. Kunci disorok takut si Zaidi ni main keluar je. Dah dipanjatnya pagar..lepas tu naik basikal sampai ke kawasan2 perumahan lain.

Tu baru umur 6 tahun. Takutnya ciri2 kepimpinan dia tu akn melayakkan dia jadi ketua samseng je. Tringin nak tgk dia buat perangai sekali depan saya...nak ku lempang2 mukanya. Biar jadi lempeng! Kurang hajar sangat. Mak bapak orang tua semua dia tak hormat.


Bila saya ada dia jadi baik tu sbb dia takut dgn husband saya.

:::Selamat Hari Raya Aidiladha buat rakan2 blogger sekalian. Semoga setiap pengorbanan kita akan dibalas dengan kebahagiaan yang hakiki. Amin..

13 comments:

cheqna said...

aduh..

kena didik betul2 ni demi masa depan dak ni

tak leh dibiarkan..

Queen said...

erk..budak tu menakutkan...itulah Allah bagi ujian....semoga kita tabah mendidik dia jadi anak yang bagus... (ini slaah satu sebab kenapa saya fobia utk ade anak...huhu)

shahliza94 said...

salam emy, cuba minta mak dia amalkan doa2 pelembut hati yang mudah dihafal. tiupkan diubun2 dia setiap hari waktu dia tido. macam2 doa yg boleh diamalkan untuk mengurangkan kenakalan anak2 ni. akak dah cuba dan alhamdulillah... kalau tak dua anak lelaki ni mmg xleh main sama. asik nak gaduh jer..

LotsOfLove-Pearls said...

uish..
giler nakal..
nakal ke hapa perangai cenggitu..
boleh lak..
tak tahan org2 tua pun dia leh lawan..

cmanalah kalau dah besar nnt..

mama uzma said...

emy..mmg dasyat gila..x penah lg jumpa yg mcm ni kat taska iena..klu ada mmg lunyai iena kejekan sampai gitu skali dia wat kat org tua..suruh mak dia byk bacakan surah2 lembut hati ngan minta air la kat mana2 ustaz..takut dibiar makin melarat..baru 6thn tu...

fantaghirolynn said...

adoi.mcm mana nak bentuk mcm ni??

saypOOL rafhtello said...

aku belanja sehari pun xsmpi 10 ringgit..

Diamilikku said...

uishh biar betul....sampai mcm tu sekali ker....jgnlah jadi ke anak2 kita mcm tu..tak tahan n tertanggung rasanya.....nauzubillah

fazemy said...

Maknya tu baru convert Islam bila kawin..itulah ada ckp2...maybe baka sebelah mak dia tu prangai dia tu. Tp bg saya sbb terlalu dimanjakan sgt. Betul...dia blanja RM10 sehari. Kdg2 duit tu dia buat mcm kertas je. Klw pergi mana2 dia mintak brg mcm mntk gula2 je. SMua parents dia belikan. Alih2 baru 6 tahun dah naik kepala. Dgn ayah dia takut...ngn mak tak makan saman langsung.

Ok nnti saya suruh mak dia amalkn doa pelembut hati. Ingt lg cuti skolah masa bln 6 haritu..saya tlg Zaidi ni siapkan kerja sekolah tadika dia. Buku jawi. Lain disuruh tulis lain dibuat..klw mak dia ajar dia main2..bila saya ajar ok dia diam takut..tp lembab plak pikapnya. Haha kejam ckp. Tp itulah last2 saya yg siapkan kerja sekolah dia tu..buat2 tulis tulisan buruk. Hehe.

Tp betulla..dgn cerita psl dia masa raya haji haritu..dah rasa diani melampau sangat. Dah besar esok takut lg menjadi2.

Dee said...

ada doa utk anak jd lembut hati dan kurang panas baran..emy ingat lagi buku dato' harun din yg akak penah citer kt blog..pegilah beli buku tu. x rugi..byk amalan doa yg baik2 utk mengubati penyakit..

Anonymous said...

Hiya! I just want to give a huge thumbs up for the great information you’ve gotten right here on this post.
I will probably be coming again to your blog for more soon.


Visit my web-site :: seohyun i got a boy teaser

Anonymous said...

Howdy! I simply wish to give an enormous thumbs up for the good information you might have right here
on this post. I will probably be coming again to your blog for more
soon.

Here is my web blog causes of blood in semen

Anonymous said...

Hey! I simply want to give a huge thumbs up for the great data
you will have right here on this post. I shall be coming back to your blog
for extra soon.

Feel free to surf to my web page: ruger semi auto 22 magnum pistol