Tuesday, November 17, 2009

Filem 2012 dapat idea dari email ni..

Ni email yg dah lama diforward2 smpai tak tahu asal usul penulis sebenarnya. Tapi yang pasti orang Melayu dan beragama Islam. Emailnya berbunyi camni :


RENUNGKANLAH BERSAMA-SAMA

Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

-----------------------------------------------------

Dan bila pegarah filem 2012 Roland Emmerich baca email ni..dia pun dpt idea nak buat filem 2012 tu. Haha. Dah jgn nak percaya..email ni telah disanggah oleh JAKIM. Sila baca kat bawha ni pulak:


Wallahu a’lam,
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas.

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...

Wassalam...

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)


Pelik betul tau aku..korg ni main forward2 je email. Lg2 email yang "klw korg forward ke 10 org nasib korang akan berubah"...haishhh...



:::Saya dah tgk filem 2012 ni...Saya ni bkn suka tgk wayang pun. Tapi bila orang sana sini bercerita saya pun jadi teruja. Macam masa Upin dan Ipin dulu. Habis kerusi panggung fully book. Sampai2 GSC Midvalley penuh org beratur. Perkara biasa pada hari Sabtu dan Ahad. Kat skrin dah tertera Selling Fast takpun Sold Out untuk cerita tu. Yang unt midnight pun dah Selling fast dari tengahari. Betul2 tak menyokong filem melayu la orang Malaysia nih. Saya pun mengada2 gak g beratur. Perkara yang selalu saya tanya budak kaunter tu ialah ada tak booking sit yang takde org pickup. Biasanya 40minit sebelum masa tayangan diorang akan jual booking tiket tu. Sekali ada..dpt dok atas lg. Huhu. Mmg penuh panggung..smpai sit depan skrin penuh. Oklah cerita ni. Special effect dia superb.
Cuma yang tak betulnya jln crita umpama "kita boleh lari dari menghadapi hari kiamat". Kat situ dah nampak penyimpangan akidah. Cerita ni saya tahu sblum diorg release lg. Saya terbaca kat internet psl diorg tak musnahkan kaabah. Dlm cerita tu smua monumen terkenal di dunia seperta Eiffel Tour..etc habis musnah akibat gempa bumi dan Tsunami. Walaupun cerita ni penuh dgn adegan yang mendebarkan..saya rasa biasa2 je. Sbb kluar panggung terus lupa dah. Haha. Tapi tak rugi tgk crita ni kat panggung...sbb leh dgr sound efek dia kuat2..baru mcm real.

11 comments:

mYpRecious said...

teringin jugak rase nak tngok cite ni..
tapi kat terengganu tadok wayang nooo..

Tunggu kuar dvd le nampknye..

naz ilyn said...

salam... anak-anak ngan suami sibuk gak dengan cite ni akak buat dek jer sebab tak berapa minat ngan filem omputeh ni... tp bila terbaca n3 emy ni rasa macam teruja pulak nak gi tengok... tengoklah cuti sekolah ni.

ain said...

nak pi tengok tp mana nak letak si kicik tuuu!!!!

Dearie Pearls said...

Emy,
sama mcm kwn aku.
dia kata citer tu boring dan
"ntah pe2 ntah.."

aku yg tak tgo ni diam jek dengar ulasan :)

attyfir said...

bagi kty pun ..harap isde effect je..lah bagus citer nie ..

bila abis je citer ..dlm hati berkata .lor camnie je..sama je ngn citer omputeh lain ..yg berkisar pasal bencana..

Queen said...

2012....nak pergi sangat2 tengok sebab nak tengok effect nyer yang macam best jer...

pasal forward2 email tu, yang :

"kalau tak forward pada 10 org akan ditimpa bala"..tu....

ha..yang tu sebenarnya adalah syirik...jadi org yang tolong forwardkan tu pun sebenarnya mensyirikkan org (seandainya org yang menerima tu percaya)...

Takkesahla kalau isi kandungannya bagus sekalipun..tapi kenapa mesti diletakkan ayat "kalau tak forward di timpa bala"....

wallahualam....

♥maziah♥ said...

dup dap dup dap bace post awal tu...

haishhh, nasib bek bukan betul2!!

2012♥♥♥♥my wedding day..kak emy jemput dtg!!!

farah said...

blom tgk lagi filem nie.

teruja gak nie.

:P

Dee said...

akak x teringin pun nk tgk citer ni..sama je ngan citer2 omputih yg lain b4 this..psl end of the world..yg klakarnya mesti hero sorang survive..padahal kalo kiamat mana ada manusia yg survive..jgn mimpilah..

fazemy said...

Korang ni..tgkla citer Pisau Cukur..sokongla filem malaysia. Heh heh. Kesian tgk filem Msia klw masuk panggung 2 baris blkang je yg penuh. Sob sob..

Kak Ain - Hntr kat umah jiran sebelah a.k.a umah NekPP. Haha

Arib Ismail said...

Citer ni bukan kisah kiamat, tapi bencana yang akan berlaku pada 2012.
Hari kiamat meliputi seluruh alam semesta ni, bukan setakat bumi jew.
Dalam citer ni pun, bumi tak hancur sepenuhnya sehingga ada manusia terselamat, dan menjadi penyambung tamadun manusia yang seterusnya.
Apa-apa pun, citer ni memang hebat.

Review 2012 di sini :)
http://arib2020.blogspot.com/2009/11/ulasan-filem-2012-bukan-kiamat.html

-arib2020-