Wednesday, November 25, 2009

Sifat Wuduk Rasulullah S.A.W.

Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung.

Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.

Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

(Riwayat Muslim)

3 comments:

Unknown said...

Rasulullah S.A.W mempunyai hampir semua perkara harus kita contohi.

jika tak sempurna wudhu' maka berdosalah kita ... masih banyak lagi yang harus dipelajari dan diamati seterusnya diamalkan secara berturutan.. harap2 diri ini dapat memperolehinya.......

Kay said...

Selamat menyambut Aidil Adha yang bakal menjelang. Semoga hidup kita selalu di berkati ALLAH, sampai satu saat kita pasti kembali kepadaNYA.

~~ salam aidil adha semoga seikhlas korban ~~

Dee said...

good info..salam aidiladha utk emy sekeluarga..