Monday, November 16, 2009

Apa Uniknya Singapura?

Last week 1st time saya jejak kaki kat Singapore ni. Saje jalan2 dah alang2 pergi belah Selatan. Hari Sabtu pergi hari Jumaat baru sms kawan yang dok kat Singapore tu ckp nak dtg. Dia yang keep calling tanya2 bila nak sampai, dah kat mana, lalu mana, masuk ikut mana. Seronoknya bila kedatangan kita sangat di alu2kan. Masuk2 Singapore..kami ditegur ramah oleh pegawai Imegresen Singapore. Berbeza betul dgn org kastam Johor tu. Muka boring je tgk diorg. Maaf gambar tak ikut susunan.

Kat Singapore ni kita blh tgk construction everywhere. Sana sini diorg bina bangunan.


Pekerja2 bangla bersepah kat sini. Ada sekali tu kitorg tgh berdiri kat tepi jalan, dtg seorg bangla yang baru turun dari bas mintak sedekah.
Ni shopping complex yang dekat dgn Sentosa Island.


Ni murtabak daging yer kawan2. Pagi ahad tu kitorg pusing2 jauh gak la cari tempat makan yang halal. Adeehhh susahnya. dahla signboard kat Singapore tu hanya Juahari yang kenal manikam. Manalah kita nak tahu lalu mana2 kan. Dia tulis EXIT 1, EXIT2 mcm tu je. Pastu byk guna shortform. Like Avenue diorg tulis AVE, Bukit tulis BT. Kitorg baca Batu...haha. Singboard2 kat Singapore ni klw jawab SPM mesti failed subjek penulisan. Haha.
Last2 kitorg search pakai garmin Masjid yang berhampiran. Dapatla Masjid Sultan dan kitorg cari kedai makan area masjid tu. Seb baik banyak jugak kedai mamak dia. So orderla murtabak ni. Nasi lemak takde...sob sob.



Ok ni plak our lunch. Nasi ayam ada mcm2 perasa. Pilih je nak nasi ayam biasa, nasi ayam bersamabal, nasi ayam lada hitam, nasi ayam lemon...mcm2 ada.





Ni saya punya..nasi ayam penyet. Kitorg mkn kat kedai2 biasa je. yang blh nampak tukang masaknya. Kedai nasi ayam ni org melayu Singapore punya...nak mcm org Indn pun ada diorg ni. Asal dari Batam agaknya,


Kat sini bas diorg smua 2 tingkat. Ada tu yang mcm keretapi. 2 bijik bas 1 driver.


Capital Mall.


Yang ni plak masa kitorg terlalu area Marina. Diorg tambak tanah area situ nak buat Kasino. Kata Zai projek anak2 Goh Tong punya. Owner Genting Highlands tu.



Tanah tu diorang tambak dan dibiarkan dalam 20 tahun. Nak biarkan tanah tu mapat dulu kot. dan sekarang pembinaan sana sini atas tanah tu.

Highway ni pun tanah tambak tau. Means asalnya adalah laut.

Ni SIngapore Flyers. Sekali naik 20dolar seorang. Yang Eye On Msia pun haku tak naik inikan pula roda org lain. Huk huk. 20dolar darab dgn 2.4 sama dh RM40 tu seorang. Haishh..

Kat sana diorg angkut pekerja guna lori camni.

Sekali dtg rasa biasa2 je Singapore ni. Takde yang unik pun. Tak mcm Msia..tempat mkn bersepah2..byk tempat yang blh kita kagum. Masuk sini rasa "ooo ok...hemm.."...mcm tu je rasa. No heart feeling gitew. Rasa bangga jadi rakyat Malaysia lg adalah. Sbb segala2nya ada di Malaysia.



Bersambung..

11 comments:

Dearie Pearls said...

Emy,
aku tak pena pegi Singapore..
rasa nak pegi gak nie..

naz ilyn said...

salam... akak ni walaupun duduk dekat dengan jb tapi baru sekali jer gi tupun ikut rombongan sekolah... tapi tak puas ati betul ler mana taknye lama-lama selat johor makin kecil asik ditambak jer sekarang ni dah tak susah nak nampak singapore dari tambak johor.

fazemy said...

Pearls - Promosi uniknya Singapore tu buat kita teruja kan. Tp negara kita lg best. CUma rasa best jgkla sbb pergi ke tmpt yg tak pernah kita pergi kan.

Naz Ilyn - Haah Kak Naz..dh makin nak bercantum dah dgn Johor.

e_ja said...

hmm duk johor lama dh jgk akak ni..tp spore pun akak x smpai lg..huhu..

tp ramai org ckp murtabak spore sedap..yeker??

Izzah said...

salam Emy...
hebat2 s'pore..hebat lagi Malaysia erk..
tak pernah pon gi sana..even kg kat Johor..n selalu berulang alik umah kakak kat JB..
tengok dari sebelah tambak jer..nampak la bangunan2 di tengah2 laut tuh...

NekPP said...

coyyyyyyyyyy...(cekak pingang nihhh..ekeke) p sinkapur tak habaq ponggggg....kalu x boley gather2 dik nonnn oiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Dee said...

oh..bestnya emy dh smpi..tp kan..sebenarnya..di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung..utk warga spore..maybe spore lg best dr m'sia..hehehe..

apa2 pun sy pun bangga jd anak m'sia..

Hanisumayyah said...

Emy...

apa yang akak rasa pertama kali jejak singapura Mei lalu adalah udaranya...rasa cam bersih jer..pastu bandarayanya tersusun...cuma melalui lawatan seminggu tu akak rasa kehidupan mereka sangat terkongkong dengan peraturan dan peraturan...dan orang2 tua pun semua bekerja...apapun hujan emas negeri orang, kita tetap nak hujan batu kan?

♥maziah♥ said...

nenek, adik beradik abh sume di singapore, every year balik singapore for raya..but still, im proud to be malaysian..no offense k..

tp sekali sekali pergi, ada juga seronoknya..bebas from traffic jam..cuma tmpt mkn payah skit nk cri..

fazemy said...

Kak Eja - Murtabak dia biasa je..cuma byk sgt dia bg. Berbaloi la harga sekeping convert duit Msia RM8. huhu.

Izzah - Tak lama lg bercantum la singapore ngn johor tu...leh main langkah2 je nnti.

nekPP - Benda tak rancangla Kak Yati oii..lainla klw g lama leh la dtg skodeng umah English style korg dua. Tringin sgt nak merasa masakan org johor. Asyik tgk kat blog je tak dpt rasa. sob sob..

fazemy said...

Dee - Takut ooo dok kat Pulau kecik je. Apape jadi tak tahu nk lari ke mana dah. Tp yg bestnya kadar jenayah hmpir tiada...kebersihan sgt diutamakan. Klw kena speed trap..dlm masa sebulan je kes setel..denda mahkamah smua setel. tidakla mcm kat Msia..org dh mati pun kes tak setel2 lagi.

Hanisumayyah - Betul tu kak. Diorg bkn blh nak sidai2 kain kat luar umah ke..pastu bwk kete 70km/j je sbb stiap 5 btg lampu camtu ada CCTV. pergerakan smua ada org perhatikan. Takleh buang sampah tak leh itu ini. Tp sbnrnya bagus..hidup pun rasa aman.

Maziah - owh Maz org SIngapore ke? Wahh jenuh tiap2 raya nak lalu kastam..kira beraya di oversea la ni tiap2 thun yer. hehe