Monday, March 2, 2009

Sate Kajang Haji Samuri

Apa yang best tentang sate kajang Haji Samuri nih?



1) Sebab daging(sate ayam ke lembu ke perut ke dll) besar. Klw sate tempat lain ciput je daging dia. Skali ngap makan dgn lidi2 belum tentu puas. RM0.60 sebatang. Oklah kan. Worth it!

Sate diorg ni rasanya di rebus dulu dagingnya. Sebab tgk klw diorg bakar tu laju2 je kipas, ala2 panas dah hidang. Kdg ada daging yang tak berapa masak..

"Dik..dik..ni tak masak ni..tolong bakar balik".




2) Pastu kuah kacang dia sedap. Maveles. Makan camtu pun sodap.

Lagi satu diorg tak charge harga klw kita nak tambah kuah lg. Tak mcm tempat makan sate lain..dah la bg dlm mangkuk ciput, pastu nk tambah ciput la jugak dibaginya. Kedekut! Lagi2 klw beli sate kat pasar malam kan. Husband saya selalu membebel(bila dah masuk dalam kereta la).


"Kita bayar kan, bukan tak bayar. Bagi jelah byk2..nak charge byk2 pun takpe, kita bayar". Dalam hatiku berkata.."Yang pergi cakap ngn haku ni knapa, g la membebel kat pakcik sate tersebut..buwek!"



3) Rasanya kuah dia sedap sbb tak dicampur dgn sambal. Kan biasa kuah kacang kita tros campur cilikan. Di sini kami asing2kan. Jadi bg kanak2 yang tidak suka pedas, tidak perlulah taruk sambalnya. Heh..dah cam promoter Haji Samuri plak.



4) Pastu servis dia amat baik. Baru je duduk, kdg2 tak order lagi dia dh hidangkan timun, kuah dgn nasi impit. Klw nak bawang sila mintak.

5) Pastu kat Restoran Haji Samuri ni jugak ada jual masakan panas. Ko nak nasi goreng ke, tomyam ke semua ada. Tapi kenapa nasi goreng cili api ada kat Stadium Kajang tu je? Yang kat bangunan Dato Nizar tu pun takde. Sorang je erk pandai masak nasi goreng tuh. ;-)


Kadang saya muak makan sate je. Saya order la nasi goreng. Pastu makan sekali dgn sate. Nyum nyum..sedappp..


6) Air pun mcm2 ada..order saje. Air kosong tidak di kira harga. Diorg pun ada air mineral sendiri tau.



Entry ini adalah akibat frust menonggeng semalam tak dapat makan ramai2 dgn budak GM kat Sate Kajang Hj Samuri cawangan Melati Utama. Boleh plak last minit cancel plan :-p.

Actually dah lama nak cerita psl kedai sate nih. Sbbnya haritu pernah dpt email yang mengatakan yang kat restoran ni kuah2 dia akan digunapakai semula. Pekerja2 akan mengumpulkan kuah2 yang tak habis di makan. Disatukan dan dihidangkan kembali kepada pelanggan lain. Eeeeyek!

Tapi sebagai peminat setia sate..bukan saje sate Haji Samuri nih..sate open house umah Kak Wong pun saya suka jugak:-), saya merasakan email tu fitnah semata2. Standartla manusia..tak boleh nak tgk orang lain berjaya. Lagi2 klw orang melayu nak maju. Mulalah ada mulut2 tempayan yang terbuka. Siap ada cerita monyet2 bergayutan lagi. Yang peliknya takdela pulak monyet2 tu nak wat sarkas apa kat kedai cina ke, kedai mamak ke. Takdelah pulak monyetnya yer. Hu.

Biasa klw kami suami isteri makan ber2 kat kedai Haji Samuri ni kena RM12, 14..camtu je rate harga dia. Tu pun kdg2 tak hbs makan satenya. Kenyanggg...

Rahsia kejayaan Sate Kajang Haji Samuri ni saya rasa bukan saja sebab kuah dia yang sedap, tetapi sbb pakcik Samuri tu tak kedekut. Itulah rahsianya. Tgk saje pekerja dia yang ramai. Tak mcm sesetgh restoran melayu lain. Kedekut nak ambik pekerja. Jap g kita order berkurun makanan nak sampai. Tapi dekat restoran Samuri ni, pekerja2 dia tangkas. Laju je ambik order. Hidang pun laju jugak. Pastu diorg ringan tulang. Takdelah nak harap yang tu, yang tu harap yang ni servis.


Diorang..kalau nampak customer je cepat2 ambik order. Bagusnya.


Kebanyakan pekerja Sate Samuri ni orang Sabahan, Sarawak atau org Indon agaknya. Dengar gaya2 cakap diorg seperti orang sana. Tapi diorg tak berlagak. Klw kita complaint2 takdela tarik2 muka. Cam pasrah je klw kena maki dgn customer. Semua nampak merendah diri gitew. Korang pernah makan kat Mcd? Mana diorg nak respek customer. Sila haribulan dalam berger yang korang order tu diorg ludah air liur tau. Mana saya tahu? Sbb saya tahulah:-p

Pastu klw korang dtg waktu tghari kan, boleh tgk pekerja Haji Samuri ni duduk2 tgk TV. Sembang2. Oklah kan sembang masa customer tak ramai. Bukan macam polis kat Wangsa Maju tu. Customer depan mata baik punya nengok TV. Aku cepuk kang! Pastu klw bulan puasa, bleh tgk pekerja dia bergilir2 solat maghrib. Ikut turn. Baguskan.


Dan yang paling best dekorasi stiap outlet Sate Kajang Haji Samuri ni cantik. Banyak barang2 antik dipamerkan. Mungkin nampak low class makan kat situ, tapi mana tahu bila diorang dah berjaya nanti, mampu bukak outlet sampai ke luar negara. Masa tu korang akan tahu global tak global nya sate nih.




***Saya suka makan sate dan Haji Samuri tidak bagi secucuk sate pun kepada saya atas posting ini.

17 comments:

mYpRecious said...

sy pun sgt soke mkn sate..
tetibe rindu nak makan sate neh.. Tp kt Trg take sate haji Samuri neh.. tingin sgt nk rase.. tkpe2 next time la lau gi KL try.. hikss..

Harus minggu nie ajk hubs gi makan sate Jabi yg sungguh nyam2 tuh..

attyfir said...

BARU JE LEPAS MAKAN SATAY ..GAK..
TERBYG2 LAGI KELAZATAN..MCM NAK MAKAN LAGI JE..

ain said...

akak tak pernah try lg sate wak samuri ni..pdhal selalu gi kajang. katanya beso2 ekh..muai le makan.

Diamilikku said...

sate samuri memang sedap...
lamanya tak makan...

AyKay said...

sate dia rasa sama je ngan sate pasar malam, cuma saiz dia yg beza.

tapi, yg paling WORLD ialah kuah dia, tiada yg sama dengannya. Rasa2nya dia dah francais outlet sate kajang tapi kuah still supply dari dapur Hj Samuri. Dah boleh dapat Msia Superbrand nih.

ibundo said...

ni promote sate samuri ni kalau pergi makan sate boleh dapat diskaun ni, hehe..

CuTeMiUt78 said...

addoooii ler.. lama dah tak pekena satay hj. samuri ni

naz ilyn said...

salam emy...
keenakan sate Hj Samuri memang sudah tersebar ke seluruh tanah air termasuklah kat JB... tapi jauh sangat lah nak pekena... tapi kuah dia memang istimewa siap boleh asingkan sambal dengan kuah.

Darling Pya said...

sedap nye...so nyummy...
dh lama x makan sate..huhuhu

Firewabbit said...

mak aihhhh meleleh sy tgk satay ni kak :)


mcm penah dgr satay hj samuri nih... hrmmphh.


kena test nihh taleh jadi nih.

aaaahahah

Dee said...

sy x berapa gemar sate..kalo mkn pun 5 cucuk je maksimum..tp sate samuri ni..ada lg yg lebih sedap..maybe emy x penah cuba..sate kijang kat behrang..peh sedap giler..

Qaseh Iman said...

mak aii..sedapnyer..terliuq air liuq nih...x pernah mkn sate tuh...

Jie said...

lama dah tak makan sate ni...ada kot 4-5 tahun
tgok gambar2 ni wat telan air liur je...ko tak baik tau...

kalo kak jie mengidam nnt, sapa yg susahhhhhhhhh

BudAk hijAu said...

arghhhhhhhhhhhhhhh!!

tensyen tngk mknan...adeh!

Oya Mokhtar said...

sate open haus tu dah lama pon ko ingat lg ker nob...promote baekkk punye. sate pakcik samuri tu ok. besau pon..besau..sedap tu bese ler.tp hari tu akak mkn kuah dia kureng skit..agak yer tukang buat kuah tu tgh period kot...

fazemy said...

Klw dtg makan time org ramai mmg agak kureng kuahnya. Sbbnya dia tambah air byk sgt. Cair kuah dia.

Acap said...

Tapi skunk dah x sedap lar sate nie...
Port aku nak makan sate kat kg baru. Kat pulau. Berdepan dengan menara celcom. Lagi layan