Tuesday, March 24, 2009

GAMBAR NGERI

Adik lelaki saya sekarang ni punya hobi baru. Hobi kebanyakan budak lelaki yang baru nak "up". Iaitu hobi mengabihkan duit mak bapak untuk beli komponen motor. Haritu dapat gaji dia bagi kat mak RM200. Alih2 mintak balik sikit2. Masa balik kampung, dia bagi RM30 kat nenek saya. Konon duit hasil titik peluh sendiri la, bagi nenek merasa buat pertama kali. Dah nak balik dia paw balik nenek saya RM10. Hek eleh budak ni..

Motor dia sekarang bila start je bunyi gempak giler. Dah macam bunyi motor boat pun ada, mcm bunyi kereta buruk pun yer jugak, dan yang pasti mmg menggempakkan jiran tetangga la klw dia start motor tu.


"Woi memekak je! Anak orang nak tidur takde otak ke?!!"


Ha hambek ko. Bila jadi kes macam tu sape yang salah? Ko sorang je yang salah, jangan nak libatkan keluarga yer. Tak hape2 punya hobi tah. Tak habis2 dengan motor dia. Beli motor baru, pastu sebuk nak tukar itu ini begitu begini. Orang yang design motor tu punyalah jenuh perah idea nak reka cipta motor tu, ko beli tros tukar itu ini. Tak menghargai hasil kerja orang lain betul!

Bila saya membebel2 cakap dia ngabihkan duit, suruh tukar hobi kepada hobi mengumpul setem pulak atau ko jgn nak makan nasi ko pegi je makan motor ko tuh, dan dia akan menjawab :


"Alah abang Fazli (suami saya) punya hobi lagilah ribu2 sebulan."


Klw orang tua bercakap ni ada je yang nak dijawabnya. Itu baru adik saya. Belum lagi kes laki saya. Boleh migrain haku nih.

Saya rasa klw suami saya tu bukan peminat kereta dah tentu kitorang bergelar Haji dan Hajah skrg ni. Mana taknya, dia tukar enjin je dah 5ribu..tayar kete je dah 3ribu sebijik..(Suami saya suruh tepek gambar kereta dia kat sini-Hek eleh ingat blog haku ni blog untuk berlagak reta keduniaan yang saya ada kasut baru, handbeg saya jenama LV..eee tolonglah!)

Ok ok back to the topik. Sebenarnya saya nak cerita mengenai KEMALANGAN NGERI terutamanya yang melibatkan penunggang motosikal. Hari2 baca berita orang mati accident. Kadang2 menitik air mata membacanya. Tak sanggup bayangkan apabila kehilangan orang yang kita sayangi. Apatah lagi caya pemergian dia sebegitu ngeri.

Saya selalu dapat email2 gambar kemalangan. Tak sanggup rasanya nak tgk. Tapi biasanya saya tengok jugak. Kesian..sampai ada yang tak nampak rupa bentuk dah. Badan hancur lerai sana sini. Bayangkan klw itu orang yang kita kenali. Hancur luluh hatini melihatnya.

Antara email yang saya masih ingat ialah Kereta Kancil bertembung dengan trailer. Bumbung kancil tu hilang. Boyfren yang drive kereta tu hidup lagi. Makwe dia kot yang duduk sebelah tu dah hilang separuh mukanya. Ngeri betul. Budak muda chinese agaknya. Boyfriend dia tgk je makwe dia yang masih terikat di tali pinggang tetapi dah takde bermuka. Bayangkan.

Klw accident melibatkan motor sangat ngeri. Ada tu yang tangan kat tgh jalan. Kaki terpusing. Mcm2 la. Ya Allah, smoga ianya tidak terjadi pada ahli keluarga atau kenalanku.

Parents In Law saya mmg haramkan anak2 dia naik motor. Klw naik curi2 pun boleh jadi kes MIL nangis2 bila dapat tahu. Sebabnya dia telah kehilangan 2 orang anaknya iaitu abg ipar saya akibat kemalangan motor. Saya tak pernah kenal mereka pun. Bayangkan hati seorang ibu. Susah2 besarkan anak, bila tiba umur 22 tahun sorang demi sorang pergi. Keduanya meninggal ketika berumur 22 tahun. Saya pernah terjumpa diari abang ipar no 3. Hari2 dia tulis diari, semuanya mengenai keluarga mereka. Hinggalah abang yang sulung meninggal akibat kemalangan, diari tu terus kosong. Mukasurat terakhir bertulis :


"Abang pergi buat selamanya. Tanpa pesan tanpa kata. Mak nangis. Pertama kali
aku tgk abah menangis. Tiada lagi harapan keluarga."


Dan saya menangis bila menutup diari tu. Dari halaman depan semuanya cerita indah2 blaka sampai page terakhir.... :-( :-( :-( Suami saya cerita jenazah tu dikapan kecik je. Sbb dah hancur badan dia semua. Mungkin dilanggar 7,8 bijik kereta. Itupun isi2 tulang yang polis kutip kat tengah2 jalan. Suami saya angkat jugak mayat tu. Katanya takde struktur tulang langsung. Mcm sebuah bungkusan plastik sampah yang besar saje.

Doa saya, jgn ada antara kami yang pergi cara sebegitu. Tak sanggup rasanya saya. Saya tidak setabah itu untuk lihat orang yang kita kenali pergi dgn cara begitu. Biarlah perginya "berupa".

Kat bawah ni salah satu gambar email yang saya dapat. Ini kat Thailand agaknya jadi saya berani letak sini. Pada sesiapa yang cepat ngilu, jangan tengok gambar kat bawah ni. Suehaida jgn tengok. Buat mereka yang pernah kehilangan orang tersayang dgn cara sebegitu, semoga anda terus tabah dan redha dengan takdir Ilahi. Dan kepada mereka yang telah "pergi" mari kita sedekahkan doa kepada mereka.


Al-FATIHAH












'



























23 comments:

Dearie Pearls said...

Oh My God..

lieya shayunk said...

sgt ngeri la tgk gmbr ni akk....meremang bulu roma nengok nye...huhu..takut....mtk2 la d jauhkan musibah sebegni...nauzubillah....

Kak Ezza@makcik Blogger said...

tak sanggup nak menengok gambar tu,,akak skip aje..

mat mat moto ni ingat dia hebat sangat...macam jalan raya tu mak bapak dia punya...kat kesas tu..macam macam aksi kita dapat lihat..kita pulak kena mengelak dari melanggar mereka.

Ms.Lilies said...

ada dpt gambo2 ni dalam email...hak tu lagik besar gabak...huhuhu..ngeri2

fazemy said...

Betul tu Kak Ezza- diorang ni menunggang mcm tak ingat mati. Berlagak betul. Kita yang naik kereta ni seriau tgknya.

kakngah said...

sedih la part diari tu.... huhuhu!!!

Queen said...

hurm...memang cedih...tapi apekan daya..nasihat pun macam mencurahkan air ke daun keladi...

balik ni queen nak tunjuk blog nie kat abg dzul..bior die hensap sikit...

fazemy said...

Masalah dia kan Queen,diorg ni susah nak insaf. Akak pernah tgk pembonceng mat rempit yang kudung sebelah kaki. Tapi nak jugak ikut org lain merempit. Ada tu yang kawan dah mati depan mata, esk elok je merempit lagi.

Plg sedih bila accident yang terjadi kena pada penunggang motor biasa. Yang bln lepas ada Pak Haji tu. Kaki tangan dia semua patah riuk. Kesian..

Qaseh Iman said...

hish..kesin kan...gambar yg kete langgar belakang lori tuh sya dah tengok..memang sedih...takut dan seram...

attyfir said...

adeh..ngeri...takutnya.seriau ..

ain said...

salam emy...akak cuma tengok gambar 1,2, 3 je..the rest x sanggup. Nauzubillah.

p/s...sayu baca part diary tu.

~mrs azmi~ said...

nauzubillah..
ngeri klu dgr psl xcident ni..
cukuplah dgn berita menggetarkan jiwa raga saya tatkala hampir diijabkabul, anak2 saudara pula terlibat kemalangan moto, salah seorg tercampak dari moto dan koma..huhuh
tak boleh bygkan klu terpaksa berpisah dgn ahli keluarga tapi dalam keadaan tak sempurna..

Cursive said...

itu laa sebabnye isteri saye tidak membenarkan saye membeli motor.. huhu.. awk ni selalu je ade gambar yang ngeri2.. lalu ke makan? lena ke tido? kalu orang yang tgh ngandung jgn di tengok sangat gambar2 yg tak elok2 ni ye..

Mya said...

duh.. ngeri la yang...

Oya Mokhtar said...

eemm..budak2 jaman skarang..
ditegur..kite plak kena sepak blk..
payah..payah..

CuTeMiUt78 said...

ooppss..amat mengerikan

TEACHER OF SOMEONE said...

sgt ngeri tgk..tp nape la ade gak mat rempit yang masih x sedar..

fiezabaiduri said...

takutnyer bila baca kisah xcident ni.ngeri tengok gambar tu.
malang tak berbau..

Dee said...

ngeri2..kdg2 sy naik keta pun rasa ngeri..naik bas sy brek dulu dr pemandu bas..huhuhu...

Izzah said...

baru berani nak tengok gambar nie..
emy..ngerinya!!!
bila kita berada kat atas jalan raya sebenarnya kita meletakkkan diri kita pada satu risiko..
hidup@mati
selamat@tidak
kita berhati2..dan bertawakkal..
semoga Allah memelihara kita..
dan mengambil nyawa kita dengan cara yang baik..
ameen...

Anonymous said...

memang x sanggup nak nengok.. ngeriiii

*SiRibenMerah said...

Ya Allah.... sgt kesian la ngan mayat tuh.. kalo mangsa tuh bawak moto berhemah pon, nak jadi kesah, sampai ajal camneh mati jugak kannn.. Semoga Allah memberkati mangsa.. Ngeri sungguh...sentap la tgk.. I pon penakut naik moto.. aiyakkk~

Hamba Allah said...

tekak saya kembang..nyesal tengok..saya memang gatal.