Pastu yang tak tahan mak bapak pun sama naik. Bangga betul klw anak2 diorang dapat masuk program camtu. Dengan harapan anak tu dapat mengubah nasib diorang sekeluarga. Ceh! Berangan nak anak diorang femes cam Siti Nurhaliza la tu. Dan yang paling bodoh rasanya mereka2 yang buang duit mengundi bakal2 artis tu. Hek eleh..buang duit betul. Sorry klw ada sesape yang trasa. Tapi bagi saya sangat bodoh klw sms2 mengundi tu. Ko bkn dapat apapun. Klw diorang menang pun ko sape? Takde kena mengena. Oleh itu sms la untuk menderma ke Tabung Bersamamu(-_-)
Akhir2 ni saya suka tgk The Biggest Loser tu.. Sbb saya dah gemok kot, tu psl suka tgk rancangan kesihatan je. Ambik tips. :-) Pastu makan dengan lahap jugak. Haha.
Dalam rancangan tu diorang kuruskan peserta dalam masa 4 bulan je. Dengan cara yang betul. Bagusla rancangan tu. Sehinggakan semua peserta dpt mengubah diri sendiri. Membuatkan diorang lebih berkeyakinan, positif dalam hidup. Ada tu yang mengidap asma la dan beberapa penyakit lain akibat kolestrol yang tinggi..hilang semua penyakit. Hidup diorang berubah selepas menyertai program tu. Walau diorang bkn pemenang..tetapi semua peserta adalah pemenang. Walau telah terkeluar dari minggu pertama, baisanya peserta tersebut masih meneruskan tips yang diorang dapat dlm program tu. Dan hasilnya selepas 18 minggu betul menakjubkan.
Para peserta ni yang mmg gemok tegar. Yang tak pernah exercise langsung pun sebelum ni. Yang gaya hidup diorang amatlah tdk sehat sebelum ni. Ada sorang tu yang makan McDonalds 6 kali sehari. Hari2 plak tu. Ish.
Kat Malaysia patut buatla jugak program camni. Klw latih orang blajar menyanyi apa je dapat. Nak berapa ramai lagi artis kat Malaysia ni? Cukup2lah tu berhibur. Kata pasaran album kat Malaysia tak ok, nape nak kluarkan artis baru jugak? Nampak tak..buat sesuatu yang tiada faedahnya. Melainkan faedah kepada stesen TV sahaja. Oleh itu saya mengundi untuk program the Biggest Loser diadakan di Malaysia. Undilah saya. Yeh!
***Klw program akademi Al-Quran tu ambilla peserta yang tahu mengaji tapi tak tahu taranum ke apa2 tu. Ajar sampai diorang pandai. Ini ambik budak tahfiz. Hemm..klw ambil yang hanya tahu baca Al-Quran dan diorang dapat blaja mcm2 dalam akademi tersebut kan ada pekdahnya tu. Untung2 si pembaca tu dapat memahami serta mengamalkan stiap bacaannya.
24 comments:
Program reality yang bercorak hiburan tu lagi banyak bawa keburukan dari kebaikan...mendidik anak-anak kita menjadi tak beradab..mana tak nya lepas nyanyi..berpeluk2 la pulak...
betul2..su setuju..lagi best kan?dari nyanyi2 je..hehe
Betul tu. Klw tgk diari harian diorang..duduk 1 rumah mcm adik beradik. Tak tahu dah mana halal mana yang haramnya..
Sue nak masuk ke program tu? Blh kurus. Haha. Yang bestnya tgk the biggest loser tu..buatkan kita rasa.."akuni takdelah gemok mana pun: ;-)
haha Fazemy..
aku rasa aku xleh nak join kalau program ni ada kat sini.
nonton jer ar..
huhu..
aku rasa aku nak join program nak gemok plak..
huhu..
gemok dlm tempoh 4 bulan..
**Fazemy, thank u coz beri kekuatan kat LOL ea.. LOL sangat hargai..
Terasa lebih baik hari ini.
Thanx again k..
betul2 sangat suka tgk the biggest loser... heheh
stesen tv tu nak untung lebih..sebab tau org mesia ni suka hiburan..hiburan..hiburan..sanggup tu kuarkan duit banyak semata2 nak mengundi..pastu pas abis program artis tu ntah ke mana..ntah ape2 ntah..dua2 jadi bodoh..yang masuk bertanding dengan yang mengundi..2x5 jer..pastu budak2 pun terikut2..nak menyayi jer kerjanye..pastu terkinja2..boleh plak mak bapak dia pun suka tengok anak2 dorang yang kecik2 tu pakai daring2..menari kat khalayak ramai..siap buat promosi kat tv lagik..kalau dah kecik2 pun dorang ajar anak seksi sana sini..bila besar nanti apa lah jadinya budak tu..menyumbang kepada keruntuhan akhlak jer..sape nak bertanggung jawab???semua tak ngaku bersalah..entah lah..dunia..dunia..
apesal aku titibe emo jer nie..huhuhuu
sgt soke okes tgk realiti the biggest loser neh.. Kagum giler rase tgk dorang jadik kurus dar gemuk yg amat tu.. hikkss..
sure lau sy msuk program harus jadik kurus.. muahahaha...
bila duit mengatasi segala2nya...org dah lupa dah..
actually banyak game show kat negara2 luar tuh..banyak reality show..tapi tetap jugak malaysia nampak kat hiburan...
baguslah kalau ada rancangan big loser kat msia nih...i wanna be the participants...muahahahahhaha
LOL - Ko kena makan weight gane tu. kasi gemok. hu. Bestnya kan jd org kurus. boleh mkn apa saje tanpa risaukan berat badan. jelesnya.
Mrs Azmi - Pastu peserta dia takdelah cam program realiti lain..cam american next top model tu tikam2 blakang. Yang loser ni ok. Ada smgt berpasukan skit.
Izzah - Ko kena bg ceramah camni jugakla Izzah masa mak bapak student ko dtg ambik report kad. ckp ngn diorg camtu. mesti diorg insaf. Hu.
Yang tak tahannya ada parents siap buat kenduri kesyukuran anak nak jd penyanyi. Haha lawak!
Lg 1 keburukan dia ialah bdk2 skrg malas nak blajar..smua nak masuk AF je nnti..dgn harapan blh jd cam Siti takpun jd cam Mawi. perhaps.
Mypresious & Diamilikku - Jom kita jd peserta 1st season the biggest loser kat Msia. huhu
Saya suka game show dari Jepun. Kelakar pun ada game dia.
setuju sgt..skrg nie asyik nyanyi jer..wanie yg muda nie pn dh x tahan nk tgok nyanyi2 nie..naek menyampah plak..pastu kalo tersingkir mula la menagis..ibarat mcm mati laki jer...kn bgus kalo buat progrm yg mendtgkn manfaat...
Adakah Malaysia akan ada The Biggest Loser nya sendiri?
jauh lebih baik dari AF.
Pakdi
http://pakdi.my
betui ..aku sokong ko emy..sambil tuh leh dpt tip..
peserta pertama..harus le kty..ekkekke..
emy, kalau kat malaysia ada rancangan ni, akak nak suruh hubby akak masuk la.. biar kempis sikit perut dia.. huhu..
setuju2x..dah bowsan dgn rancgn realiti tv kat malaysia nie..tolong laaaa...
WAh..tk pernah dgr pun program ni..
Sy undi akak undi program ni..=p
yup..betul tu sokong sesangat..
i undi u lah emy..go go..for the biggest loser nya program..xde sapa2 ke nk sponsor? any slimming centre? hahaha...
Akak tak termasuk dalam golongan yang membazirkan duit hantar sms. Memang banyak program realiti yang tak ade paedah.
kalu ade...aku nak masuk!! :D
kakchik pun suka tengok rancangan realiti yg ni. bagus juga kan utk bg semangat kat org yg nak kurus.
sy juga menyetujui... sy sndr selama ni kalau tgk cerita or something yg sedih, masih boleh menahan air mata n x nangis... but once sy tgk the biggest loser ni... xtau lah secara automatic air mata boleh menitis... maybe sebab kegiatan diorang kot... n bila cuba meletakkan diri sendiri di tempat mereka... ntah sanggup or not...
Post a Comment