Thursday, February 19, 2009

Mari Bermain - Melompat Sini Sana

Saya curik "Rahsia Nama Anda" ni dari forum GM. Macam best. Caranya ialah dengan mengambil maksud dari stiap huruf nama anda. Ok ini adalah maksud stiap huruf2 tu. Korang ambikla huruf2 yang ada dalam nama korang je tau.

A - Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran mu.

B- Berhati-hati apabila bertemu individu yang baru dikenali

C- Kamu masih sembunyikan sesuatu dalam diri kamu. Kamu masih lagi belum menonjolkan bakat atau kebolehan yang ada dalam diri kamu sepenuhnya.

D- Kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.

E- Kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokkan.

F- Semua orang menyayangi kamu.

G - Kamu memiliki cara yang tersendiri untuk memerhati dan menilai individu.

H- Kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadilli sesuatu perkara.

I- Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum.

J - Opps.. kamu agak cemburu orangnya.

K - Kamu gemar mencuba sesuatu perkara yang baru.

L- Kamu amat percaya pada cinta.

M- Kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupanmu.

N- Kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat.

O- Kamu tergolong dalam kategori individu yang berfikiran terbuka.

P - Kamu seorang yang peramah dan amat memahami.

Q- Kamu amat hipokrit. Awas!!!

R- Kamu gemar bersosial dan berhibur.

S- Kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh kehadapan.

T- Sikap kamu adakalanya agak mengjengkelkan orang disekeliling mu.Hindari dari sikap suka berlagak mu itu!

U- Kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setanding dengan individu disekelilingmu walaupun ia diluar kemampuan diri mu yang sebenar.

V- Wow! Kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik!

W- Kamu sentiasa mementingkan waktu-waktu yang ada. Kamu akan cuba mempergunakannya sebaik mungkin.

X- Kamu tidak suka pada arahan. Bagi kamu, kamu tidak perlukan arahan orang lain dalam hidup ini!

Y- Kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepada orang lain bahkan diri kamu sendiri.

Z- Kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang!

Ok saya buat nama saya :

E- Kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokkan. (Well..saya mmg suka berseronok..yeh!yeh!)

M- Kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupanmu. (Iye kot..tapi saya blom cukup berjaya lg..)

Y- Kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepada orang lain bahkan diri kamu sendiri. (Cis!..)

Korang cuba la buat. Untuk suka2..saya kan suka berseronok. Haha. Tapi jgn percaya maksudnya sudahla yer.

10 comments:

Dearie Pearls said...
This comment has been removed by the author.
ain said...

Emy.. bila akak tengok maksud nama akak...mcm tepat gitu especially huruf I...hihi

Dearie Pearls said...

P - Kamu seorang yang peramah dan amat memahami.
E- Kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokkan.
A - Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran mu.
R- Kamu gemar bersosial dan berhibur.
L- Kamu amat percaya pada cinta.
S- Kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh kehadapan.

Darling Pya said...

A - Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran mu.

C- Kamu masih sembunyikan sesuatu dalam diri kamu. Kamu masih lagi belum menonjolkan bakat atau kebolehan yang ada dalam diri kamu sepenuhnya.

U- Kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setanding dengan individu disekelilingmu walaupun ia diluar kemampuan diri mu yang sebenar.


iskh...yg U tu mcm x caya lak?betul ke acu mcm tu ek...moskel..moskel..emmm...

fazemy said...

Ain - Oo kak ain..Mentang2 maksud huruf2 A.I.N tu elok2 je, tros ngaku tepat pada sasaran yer. Haha. Kesian sape yg nama dia ada huruf Z tu. Kejam.

LOL - Cam kena je dgn ko LOL. Tapi takde lak dia mention ko tak pandai menari tarian sumazau pun kan. Hehe.

ACU - Kena masuk AF nih. Kena tonjolkan diri lebih dari org lain.C kata ada bakat terpendam. Kot2 acu berbakat dlm nyanyian kot.


Haha. Suka2 je. Kita santai2 hari ini.

naz ilyn said...

salam...
N A Z I L Y N...

Y... kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepada orang lain bahkan diri kamu sendiri.

Z... kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang.

alamak biar betul ni...

fazemy said...

haha..btol btol btol..

Dearie Pearls said...

Wahaha..
Emy jugak ar..
hahhaa..
yang baik2 tu aku jek ar..
yang xbaek yu bukan..
hahaha..

Dee said...

oklah tu...akak buat nama betul..xnak sharelah..hahaha..cam poyo je kan..

nurdaniella said...

salam emy, hehe.. macam ok jer nama akak tu.. huhu..