Saturday, February 7, 2009

Jiran Sepakat Membawa Berkat

Ini adalah gambar berdasarkan entry saya yg lalu. Malas nak mengumpat lagi. Korang tgk jelah gambar2 ni yer. Gambar bukti saya mempunyai jiran2 yang baik:-)

Ini adalah aktiviti biasa kami, buat makan dan makan bersama2. Biasanya kami masak kat rumah masing2 pastu baru kumpul kan makanan skali. Ini gambar masa open house raya last year. Msg2 boleh ajak kawan msg2. Mcm2 makanan ada. Klw buat kat rumah sendiri 2 3 jenis je makanan kan. Pastu dahla tak muat rumah. Bek buat camni..save baget.
Kitorg slalu gak buat BBQ ni. Kdg2 saje je buat..unt makan tengahari. Masing2 bawak turun ikan ke daging ke ayam yang nk dibakar. Pastu bakar sama2 dah siap makanla kat umah sendiri. Tak pun klw rajin bentang tikar makan ramai2 kat bawah.


Ini adlh parking motor. Biasa jadi port tempat makan2.


Pemandangan dari atas rumah mak saya.


Owh kerang bakar. Best ni cicah sos thai.

Walau cuaca hujan mcm mana skalipun..pasal makan confirm berduyun2 turun. Masa ni lah nak jumpa nak bermesra. Klw hari biasa balik terus masuk rumah. Nak jumpa muka jiran depan rumah pun payah. Klw ada aktiviti mcm ni senangla kenal orang baru menyewa ke sape2.




Ini masa Majlis kawin saya belah suami. Ramai2 ikot mengantar. Terharu rasanya. Ini gambar sebahagian jiran yang hadir.

Ini pulak masa majlis nikah saya. Saya buat majlis 2 hari. Yang hari sabtu jiran2 ni lah yang tolong masak smua. Sampai makan malam, tghari sedara mara yg dtg dari kampung smua di taja meraka. Seronok ada jiran prihatin macam ni. Takyah kita nak pikir dah hal makan2 ni..smua diorg uruskan. Hari ahad walau saya pakai katering..diorg tetap sebok nak jd penanggah. Hu.



Ini masa kawan saya meninggal secara tiba2. Sebab demam panas je. Pagi2 dah siap nak pergi kerja diorg smua kecoh Hawa dah meninggal. Ramai yang emergency leave haritu. Kami jiran2 selain menghantar arwah ke kubur, kami sediakan makan tengahari dan malam unt sedara mara arwah. Khemah kami sewa unt diorg berteduh. Parents arwah kata diorg dpt duit RM10K (serius tak tipu) hasil orang derma kilat haritu. Duit tu mak dia dah derma ke Masjid atas nama arwah. Al-Fatihah buat arwah Hawa.



Apapun jiran yang semakin banyak kelebihannya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Bukan seorang Mukmin orang yang kenyang sedangkan tetangga disebelahnya
kelaparan (sedang dia mengetahui)" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

"Siapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah
mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat
Bukhari) Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk neraka orang
yang didalam hatinya ada seberat biji sawi daripada iman dan tidak akan masuk
syurga yang didalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong" (Riwayat Muslim
& Abu Daud).
***Harini diorang buat gotong-royong masak bubur Asyura.

4 comments:

kakngah said...

itu la untungnya berbaik2 sesama jiran tetangga. tp, ade jiran yg dpn kita mulut manis... blkg kita dikejinya kita. ade gak yg tak blh tgk kita lbh sedangkan kita tak de pun niat nk melawan2 dgn dia.

nurdaniella said...

emy, seronoknya hidup bermuafakat macam ni.. agak2 kalau malas nak masak kat rumah, boleh la makan kat sini jer kan..

ain said...

bagus kalau kita dn jiran2 boleh sepakat. Tlg menolong bila ada majlis atau kesusahan. Tpt akak pun cam ni jugak. Once a while kita org akan buat bbq, relax2, borak2 sapai kol 1 2 pg.

yada said...

mie, betul je cakap ko tu, bukan sume tempat takde semangat kejiranan, aku rasa taman melati memang sangat happening, cuba kalau umah aku ni, takdenya nak mcm umah ko tu... ada tu ada la tapi involve jiran terdekat 3 4 pintu jek.. :) mcm cny ni jiran sebelah aku ni ada la wat makan2 sikit... joinla.. tapi besar2an takde lagi.. :)