Owh ye cakap psl frame gambar. Haritu susah2 aku menepek gambar pakcik Nizar tu kat ofis laki aku. Alih2 nak kena tukar ngn gambar pakcik Zambry ni plak. Haritu sejuk je mata tgk janggut ciput pakcik Nizar tu. Ni nak kena ngadap muka pakcik lain plak. Dahla muka dia cam Ane kat kedai mamak yg slalu aku g makan tu. Haish.
Apapun kita rakyat pacal yang hina leh tgk jelah apa yg akan dan sedang berlaku. Sapepun kat atas kita bukan dpt apapun. Tetap kais pagi makan tengahari, petang dan malam. Tapi mereka yang di atas sana macam2 boleh dapat. Memanglah tak nampak perubahan apa2 pun lg yg Pakatan Rakyat buat. Ate kata baru 8 bulan bekerja. Gaji pun belum naik lg. Tak cukup setahun lg. Alah yang BN memerintah pun makan tahun nak buat mcm2 perubahan.
Friday, February 6, 2009
Menteri Besar Perak Dalam Sejarah
Horror la politik Malaysia nih! Kacau bilau. Owh saya bukanlah peminat politik. Dan ini merupakan posting pertama saya pasal politik. Tetiba harini saya nak komen pasal pergolakan politik kat Perak tu. Bukan nak kutuk BN ke Pakatan Rakyat ke..cuma rasa simpati plak kat Pakcik Nizar tu. Yelah..tiba2 naik dan tetiba jatuh cara macam tu plak. Kesian kat dia.
Saya bukanlah anti BN..tp serius anti bila diorg buat mcm ni. INI TIDAK ADIL! Mana boleh sbb 3 orang a.k.a monyet2 yang suka melompat parti tu smuanya berubah. Yang monyet 3 ekor tu confirm takleh buat laki. Takde pendirian! Klw laki aku wat prangai camtu..malu seh..tak tahu nak letak muka kat mana. Tak kesahla kan ko ckp ko tak ambik rasuah ke..ko tidak disogok mahupun menyogokkan pun..tapi alah lu pikirlah sndiri. Huh..aku klw bab2 politik tros bahasakan diri aku. Haha. Panas hati ni panas!
Sultan Perak pun satu. Dok ikot je ckp Najib n the gang tu. Klw camtu lain kali takyah la nak buat pilihan raya. Ikut suka tuanku je nak pilih sape. Kita ni rakyat sebokla berbaris panjang2 nak g pangkah undi..alih2 8 bulan kemudian apa yg kita pangkah di tanda right oleh tuanku. Sadis sungguh! Kesian exco2 Pakatan Rakyat tu..belum panas lg kerusi yang diorang duduk nak kena bangun. Frame kat dinding rumah MB tu tak taruk gambar lagi agaknya dah nak kena tukar frame lain. Ish ish sedihnya.
Aku cam tak puas hati lg nih. Yelah..bglah peluang kat Pakatan Rakyat tu. 4 tahun je lagi. Tunggulah klw nak berubah ke BN. Bg diorg peluang dulu. Ini tidak. Tiba2 rampas kuasa mcm tu. Laki aku yang rakyat Perak tu kata sejak Pakatan Rakyat memerintah senang berurusan dgn mereka. Mintak apa2 senang je lulus. Boleh bawak bincang. Klw dulu dan harini juga esok dan hari seterusnya..mesti susah balik. Yelah..klw ko takde kroni..takde maknanya ko nak dpt projek besar2. Kecuali ko ada RM yang boleh terbang2 unt bg kat diorang tu. Huhuhu..
**Sedih tgk Perak hari ni..kalah selepas menang dalam 2 pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Terengganu baru2 ni. Lu pikirlah sendiri mana yang rakyat pilih!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
sabar jelaa.. dunia politik kite sekarang...
masalahnyer mie, rakyat dah pilih..tapi dah pemimpin tu sendiri takleh nak lead n rule the country tu yg susah tu... blum pun setaun dah goyah...haih masalah masalah
satu kejadian yg membuktikan wang adalah segala-galanya..sedih gak kemenangan yg menggunakan taktik yg paling kotor...
dorang x sabar nak naik camry tu..kalo BN memerintah pakailah balik perdana..nak ke dorang? kehkehkeh..
Turut terKILAN..
duet banyak, ble buat pe jer Emy..
Kita rakyat ni.. nak wat cmaner?
Cakap lebey.. ISA plak datang..
Akak bukan lah org perak dn bukan juga kesah psl politik2 ni. Tp apa yg berlaku di Perak sekrg ni membuktikan scenario politik wang di msia memang satu habit biasa. Kelakar pun ye gak. Nampak sgt org2 politik kat msia ni dah x de yg pandai dah.p/s..utk org perak,bersabarlah mungkin ada hikmahnya atas apa yg berlaku.
betul2..tapi kelakar tau gaya bahasa awak ni emy..hehe
emm..no comment! dorunk nak naik ker..nak turun ker..aku tetap mcm nie jugak!
memang sedih..dan memang kejam keputusan yang dibuat..mana ntah demokrasinye..
Hu hu...kejap orang tu naik, kejap orang tu turun, entahlah...tapi yang tak turun2 ni harga barang keperluan!! Sakit ati laa....
sebbaik aku tak ngundi kat perak....
walaupun alamat poskod perak...
nggak cuma di Indonesia ya. ternyata di negri jiran juga ada masalah politik
Bukan nak kata apa..sekadar nak share..
1) Masa Adun BN dari Perak keluar join PKR - BN request byelection..tapi geng PR mempertahankan..there's no need by election coz he himself still wakil rakyat..dia tak letak jawatan..cuma bertukar parti...
2) When the same things happened tapi kontradiknya dari PR join Bebas/PKR..kenapa they requested for election??? Sebab yang k eluar tu tiga orang sekaligus..dan depa kehilangan majoriti untuk memerintah..
sedangkan hakikat bila BN keluar masuk PR depa perjuan untuk tak nak election sebab kekuatan depa bertambah..
*Saya tak menyokong mana2 tapi saya bercakap mengikut logik*
Tak mau marah2 okay...ini just pendapat...
Pembetulan PR join Bebas/BN
Yer tulah pasalnya. Saje je cerita psl politik ni. Rasa lawak plak kes kali ni.
Ala wongjowo a.k.a orang kuat BN..jgn la sentap. Saya tak kutuk BN pun..hehu
Btw saya rasa saya tak boleh la join politik. Sbb plitik harini kita jd kawan esok2 lawan. Saya tak setabah itu unt hadapi smua kritikan. Apapun sgt respek kat Azlina..Rafidah..wanita2 yg dh lama mencebur diri dlm politik. Sgt tabah trima smua kritikan dan pujian.
Klw saya..biarlah hidup sederhana..tak kaya..tak dikenali..takde yg nak memuji..janji tak dikeji:-)
salam emy, isshhh.. marah bebeno gamaknya.. sabo la yer..
Emy, ni lah yg dinamakan politik kepartian. Malas nak komen lebih2.
Semalam I kat Slim River ada duty, dgn PM jadi guest of honor. Tapi rasa diri lebih horor dari honor. Where is our honor? Dah masuk Parit ke?
Lepas ni rasanya cepat2 akan diluluskan anti hopping law... :-)
aku pun rasa cam horror gak la politik skrg...sume tu mesti bersandarkan pd duit..aku pun tak paham nape...
tgk ajela...suara kita sbg rakyat ilang kat udara je...
salam...
macam tu lar dunia politik pemimpin datang dan pergi... cuma bagaimana cara pemimpin itu turun dari singahsana itu menjadi persoalannya... ada yang suka tak kurang juga yang bersempati dan tak puas hati...
kalau diadakan pilihanraya sekali lagi baru boleh dikatakan pilihan rakyat tapi...
p/s: katak empat ekor yang menentukan politik di Perak...
sama dong dengan di indo..malah lebih parah lagi......
ermmm for me...
bgs sultan buat begitu... rakyat da bg kepercayaan kat pkr tuk develop negeri perak apa yg ada?? YANGG ADOOO...
sorry to say laa.. wan pun bkn pandai sgt politik2 ni kn.. tpi bila tgk2 blk..
semua sama.. org tu tuduh org ni.. org ni tuduh org tu.. haiiii APAKESS???
tpi akak JGN SESEKALI SULTAN WOKEY... di anggap MURKA..
apa2 pun TAHNIAH KPD BN!! TERUSKAN PERJUANGAN MU.. KEMBALIKAN KEYAKINAN KPD RAKYAT PERAK..
ermmm lps ni negeri KEDAH or PULAU PINANG kot BN dpt... tettttt... hahaha
Hi Fazemy, looks like some shuffling in politics going on?
Hope things will sort out okay soon.
You keep well and have a pleasant weekend, Lee.
mmg tak puas ati sbb akak pun kira perak gak la...parit buntar..mmg kejam la tindakan ke atas Nizar tu...rampasan kuasa..kalau ikut sebetul2nya apsal amik zambery tu dia kan mamak..kata nk jd MB org melayu bukan mamak..betul2 tak fham politik negara skang ni...
Post a Comment