Monday, February 16, 2009

Saya Sudah Dewasa

Yer..saya sudah dewasa. Sudah matangkah saya? Dari segi fizikal byk sudah kelihatan perubahan saya. Arghh saya sudah gemuk. Masalah typical yang sering dihadapi oleh wanita dewasa. Obses? Yer..saya masih obses untuk kurus seperti gadis remaja lagi. Sambil obses sambil saya mengunyah. Haha.

Lalu saya renungkan apa pencapaian saya setakat ini. Hemm tak banyak. Saya belum menjadi seseorang lagi. Seseorang yang dikenali. Seseorang yang dijadikan idola. Yer saya belum lagi menjadi juara Malaysian Idol musim ke 3.

Saya juga belum memecahkan mana2 rekod lagi. Saya bukan Amalina yang diingat apabila menjadi pelajar pertama memegang rekod A plg banyak dalam SPM. Saya jugak bukan Nicol Ann David yang menjadi juara dunia itu. Saya juga belum dianugerahkan gelaran Dato' oleh mana2 Sultan di Malaysia ini. Saya juga bukan seorang Datin yang di mana suami saya bergelar Dato' dan merupakan seorang usahawan malah menteri yang terkenal. Hari2 masuk TV u!

Itu semua saya belum capai lagi. Saya juga belum mampu memiliki rumah yang layaknya seperti rumah2 banglo di Bukit Mewah yang runtuh baru2 ni tu. Saya juga belum pernah buat sebarang pinjaman bank unt membeli sebuah kereta BWM 5 series apatah lg siri ke 7. Saya juga bukan seorang wanita moden yang mampu shopping sakan sambil berkata "alah beg guess harga 3ribu mcmtu..ada 7 dalam simpanan saya". Saya belum mampu berkata seperti itu lagi.

Lalu saya renungkan apa yang saya ada pada hari ini:
-Saya cukup makan. Malah kdg2 terlebih makan. Makan tak ingat. "Kata
awak on diet", tanya suamiku. "Errr..esokla start yang..hehehe".


-Saya lihat pakaian saya. Tidak lusuh tidak buruk. Malah saban bulan
saya masih mampu membeli pakaian baru. Sampaikan membuak2 di dalam almari. Dah kira kes membazir nih. Ditindan baju baru yang lain, sampai terkadang saya terlupa saya pernah memiliki baju tersebut.
(p/s:saya bukan shopaholic)

-Saya lihat kerjaya saya. Owh gaji saya tidaklah seperti tuan direktor.
Yang jika dibelanjakan RM500 untuk makan tengahari saja, tidak akan efek langsung kedudukan ekonomi bulanannya. Tapi saya masih mampu makan tengahari dengan lauk yang sama di restoran yang berbeza malah gerai juga pun yer..dengan harga RM5 ke bawah sahaja.


-Saya lihat kereta saya. Tidak segah kereta2 yang eksekutif2 pakai. Tidak
segah kereta seorang kawan saya yang berjawatan tinggi, tapi tiap2 bulan sengkek akibat monthly payment kereta dia yang tinggi. Tapi kereta saya mampu ke mana2 destinasi. Mungkin juga boleh membawa saya ke Sabah malah Sarawak, kena charge harga naik kapal la.


-Saya lihat rumah saya. Rumah saya tiada pagar besar..tiada garaj
kereta..tiada sliding door. Tapi saya ada rumah. Ada tempat unt dituju apabila
pulang dari kerja. Saya tidak menumpang rumah ibu bapa. Rumah saya tiada perabot mahal. Malah boleh dikatakan tiada perabot. Haha. Hanya keperluan asas sahaja. Saya biasa berkata kepada rakan2 "Klw ko nak dtg rumah aku jgn lupa bawak makanan tau, sbb rumah aku takde dapur..hehe".


Banyak lagi yang saya lihat. Yang ada pada orang lain tetapi saya masih tiada. Tapi saya bersyukur. Saya punya suami tempat mengadu, punya keluarga tempat bercerita, punya kawan2 tempat bergembira, punya kerjaya yang tidak seberapa, punya wang membeli harta. Saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya pada hari ini. Walau saya tidak kaya, tetapi saya bahagia. Saya gembira atas segala pencapaian saya pada hari ini. Mungkin tidak gemilang, tetapi itu saje yang mampu saya capai setakat ini. Setahun,dua tahun malah mungkin sepuluh tahun akan datang, pencapaian saya akan bertambah. Itu impian saya.

Ya Allah terima kasih atas segala kurniaanMu kepadaku. Ampunkan aku andai aku tidak bersyukur kepadamu. Ampunkan aku andai aku terlalu mengejar dunia. Andai tiba saat Kau ambil nyawaku kelak, permudahkan urusanku Ya Allah, agar aku dapat mati dalam keimanan. Aminn.

Korang pula bagaimana? Sudah tercapai segala impian?

21 comments:

Dee said...

aku juga bersyukur..punya segala di kala org lain tidak punya apa2..Alhamdulillah..syukran..

ain said...

happy belated buffday emy Alhamdulillah dn bersyukurlah dengan rezeki Allah..tak kira byk ke sikit ke yg DIA beri. Yg penting kita rasa bahagia dengan apa yg kita ada. Kdg2 kita sgt mementingkan rezeki wang ringgit sampai kita lupa rezeki2 lain spt kesihatan, dipermudahkan segala urusan atau kebaikan pasangan kita. Happy buffday again.

Diamilikku said...

ya...
syukur atas apa yang allah kurniakan..
tambah2 mendapat pekerjaan baru di saat sedang pregnant..jarang ada company yang menerima perempuan pregnant..
dan bersyukur juga kerna dikurniakan suami dan anak sebagai pelengkap kehidupan seorang wanita....
alhamdulillah....

dakgilachoc said...

HAPPY BELATED BIRTHDAY ye Emy..:)

Yer bersyukurla dgn apa yg kita ada..:)

nurdaniella said...

emy, memang itulah yang seharusnya.. sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.. andainya kita rasa kita dah 'lebih', masih ada lagi yang 'lebih' dari kita.. andainya kita rasa kita 'kurang', pun masih ada yang lebih 'kurang' dari kita.. agaknya kalau bandingkan emy dengan akak, emy banyak kelebihannya.. huhu..

AyKay said...

selamat hari ulang tahun Emy.

semoga terus suscess & bahagia hidup dunia & akhirat

fazemy said...

Kak Daniella..saya takde anak kak. Situ kekurangan saya. Tapi saya pasti rezeki saya tu ada. Cuma lambat sikit.

Psl kelebihan saya tu..andai kata saya punya anak, mesti saya kena catu semua perbelanjaan. Saya mesti beli baju baru anak saya bkn baju saya.

Jgn lihat kelebihan org lain. Tgk kekurgan. Sbb bila kita tgk kekurangan org lain, kita akan rasa bersyukur dan tahu rendah diri.

p/s:andai kata saya mati harini, saya tiada anak unt doakan dlm kubur nnti. Akak lbh beruntung.

fazemy said...

Thanks semua yg doakan. Tahun ni saya takde teruja sgt smbut hari lahir ni. Takde sambutan pun yg sebetulnya. Sbb saya sedar umur saya bukan semakin meningkat unt diraikan tetapi semakin berkurangan. Itu hakikatnya.

Qaseh Iman said...

semua tu adalah pinjaman sementara dari Allah...bersyukur dgn apa yg dikurniakan sekarang...

Qaseh Iman said...

selamat ulang tahun..insyallah, kalau ada rezeki, ada lah anak nanti..sah dulu pun hampir 2 thn tunggu...baru dpt anak...

Darling Pya said...

belum tercapai semua nye...
byk yg belum terlaksana...tp syukur dgn apa yg acu kecapi skrg nie...Amin

p/s::erk..bila bufday??hepi b'lated bufday ye

Izzah said...

Yang penting kita syukur dengan nikmat yang Allah beri..jgn sesekali kufur nikmat..
hidup lah atas apa yang ada pada diri kita..tak perlu bermewah2..asalkan kita gembira dan bahagia itu juga satu kemewahan..mewah kasih sayang...
semoga Allah merahmati kehidupan mu dan memberkati setiap rezekimu..

BudAk hijAu said...

gemok 2 perkara biase...*sedapkn diri sndri nie...hahahahha..

Anonymous said...

Salam ziarah. Great blog.

View Profile: Rantong™

yada said...

happy birthday emie!

hidup yang sederhana.. lagi gembira dari hidup yang ala ala mewah tapi tak happy :)

fazemy said...

Thanks semua atas besday wish kepada saya. Yer..janji kita hidup bahagia kan.

nurdaniella said...

emy, pasal anak tu, harap emy bersabar yer.. emy baru kawin kan.. ada orang sampai 8 tahun kawin baru dapat anak.. yang penting, jangan putus asa berusaha.. jangan sedih2 ok..

Dearie Pearls said...

Oit..
Baru entry neh yang aku senyap serious jer baca...
serious o Emy..
apapun, kita kena bersyukur dengan apa yang ada..
terimalah seadanya..

**aku p0wn terekot emo.. adedede..
Happy Belated Birthday ke??

fazemy said...

Daniella - Kak, saya tak pernah sedih soal tu. Cuma kdg rasa tersentap dgn persoalan tu bila org bertanya. Tahulah mentality "org" kan. Rezeki tu Allah yang bg. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena berusaha. Berusaha?Yerr..slalu!haha

LOL - Yup, n jgn kufur nikmat yang Tuhan bagi. Maksudnya..jgn mengeluh la. Syukuri apa yg ada.

p/s: Sometimes aku lupa ko tak pndai menari sumazau.haha

Jie said...

belum terlambat nk ucap juga

epi belated bufday....moga dipermudahkan segalanya

fazemy said...

Terima kasih:-)