Tuesday, February 2, 2010

Taugeh, Toge atau Togel?

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) , sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.

Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya


Sumber : Email

7 comments:

kakngah said...

ish... togeh la sedap. dpt lak msk jgn layu sgt. krup!krap!krup!krap!

kakngah said...

ish... togeh la sedap. dpt lak msk jgn layu sgt. krup!krap!krup!krap!

Dee said...

apa lagi..mknlah tauge byk2 emy..:)

Unknown said...

Assalamualaikum emy.
Dah banyak kali kakchik baca artikel ni tapi tak pernah terkesan di hati ini kerana SESUNGGUHNYA kakchik TIDAK SUKA TAUGEH! Org kata ubat nak bagi mudah mengandung dan macam-macam tapi tekak kakchik tak boleh nak telan, hidung tak boleh nak hidu bau dia, huhu, tak mau taugeh!

Queen said...

taugeh mentah...cicah dgn budu...pergh..etrangkat la lunch hari tuh...

i luv ulam...sejak kawen dan duduk jauh dari family dah makin kurang makan ulam...huhu...

mYpRecious said...

taugeh la sayur paling saya feveret..

masak sayur lemak ke..makan wat ulam ke.. mmg sedap..

lagi2 kalo taugeh kat chicken rice shop tu fuhh mmg licin la saya makan..

=)

attyfir said...

kty suka makan taugeh ..lapo lah peyut..ku .