Friday, February 19, 2010

Berdialog Dengan Seorang Kawan Yang Sengal

Seb baik esok dia tak kerja. Kat rumah dia takde internet. So harapan untuk dia membaca entry ini adalah pada hari Isnin. Time tu entry ni pun dah turun ke bawah. kekeke.

Saya ada seorang kawan yang sengal. Orang kata kalau kita nak kenal seseorang, kenalah tengok kawannya. Kalau kawan saya sengal, adakah saya sengal jugak? huhuhu



DIALOG 1
Ketika bercuti bersama di Cherating 2 minggu yang lalu.

Saya : Bilik aku ada 1 katil Queen, 1 katil single. Bukannya ada orang guna pun single bed tu.
Yus (mmg nama sebenar) : Haah, bilik aku pun sama. "Takde orang tidur kat katil single tu".

Kami ramai-ramai : Gelakkan Yus. Hahahaha. Mangkuk giler. Dah ko suami isteri je yang dok dalam tu sape lagi yang nak tidur kat single bed tu. keh keh.



DIALOG 2
Baru je dia mesej saya sebentar tadi.

Yus : Weh ko tahu..Yaya kawin hari Sabtu la, bukan hari Ahad. Aku ingat hari Ahad.
Saya : Yelah, kan dia kata majlis sehari lepas dia nikah.
Yus : "Habis tu ko nak pergi hari apa?"
Saya : #$@^&$#&#*#*#@$$^%^

Apanye sengalla kawan saya sorang ni. Dah majlisnya hari sabtu takkan nak pergi hari Ahad pulak. Wakaka. Saya tak habis2 lagi gelakkan dia ni. Apalah kelakar benar ko ni Yus. Boleh pecah usus perut kalau hari2 gelakkan ko ni. Hahaha

2 comments:

AISYAH HANI said...

memang sengal la kawan tu...

mYpRecious said...

die ni sengal ke blur kak?