Wednesday, February 10, 2010

Cara Mudah Nak Makan McDonald's Free

Saya seorang yang suka complaint. Saya adalah customer yang always right tu. Haha.

Pernah barang yang saya order online sampai sehari lambat, saya call Pos Malaysia no hotline diorang yang 1 300 +++ tu. Tahulah kalau call operator kan, bertahun nak tunggu diorang angkat. Sekali cuba line putus, saya call lagi sekali..putus lagi. Kali ke-3 saya cuba lagi. Erhhh cuba ke tak erh, tak ingat. Yang pasti pastu saya taip surat yang tak berapa nak rasmi saya fax ke Pos Malaysia.

Dalam surat tu saya complaint la barang Pos Laju patut sampai sehari je, kenapa tak sampai2 lagi nih. Hehe kecoh..padahal esok dah cuti, kalau tak dpaat baju tu harini tak dapatla nak melaram on weekend tu. Pastu dalam surat tersebut juga saya complaint kenapa bila saya telefon tak angkat. Makan gaji buta je ke kat ofis ha? Ehhh ayat last tu takdela. Ayat2 cinta dalam surat saya lembu dan syahdu je. Yang pasti petugas pada hari saya buat aduan tu pasti kena belasah ngan boss diorang. Hehe...sori guyss. Raya nanti mintak maaf k. Haha.

Lepas masuk fax tu tak sampai setengah jam diorang call balik. Minta maaf, pastu cakap telefon tu tak berangkat sebab haritu line diorang ada masalah. Sebab yang telefon tu Pos Msia HQ diorang bagi saya no telefon Pjbt Pos Gombak dgn Batu Caves. Suruh saya check sendiri barang saya kat mana. Adehhhhh...saya lak yang kena buat kerja. Tapi takpe, saya suka bersembang dengan abang posmen jadi saya call la. Yang Pos Gombak cakap barang saya kat Batu Caves, yang Batu Caves cakap takde pun. Tengok dalam sistem trace & track kat web diorang barang saya dihantar saja. Belum sampai mana2 pos ofis.

Last2 selepas terlalu banyak bunyi, dan telah menjadi popular di 2 cawangan pos office tersebut, barang saya sampaila juga akhirnya. Lewat seminggu dari tarikh asal. Well it's ok. Posmen pun manusia jugak kan. Mestilah ada buat mistake. Seb baik tak masuk karung ke oversea je barang saya tu. Kalau tak jenuh la nak tunggu barang saya tu balik dari melawat Europe. Haha.

Dan itu bukanlah kali pertama saya call Pejabat Pos. Dah banyak kali dah. Sekarang tak call hotline diorang dah. Tak puas hati terus call direct line. Ada sekali tu barang yang saya order tu adalah Pos Daftar. Mungkin sampai dalam 3 atau 4 hari. Saya check kat Trace & Track Pos Malaysia. Dah dihantar ke Cawangan Serahan Batu Caves. Apa lagi saya call la diorang tanya, mintak nak ambik barang tu sendiri. So abang posmen takyah la susah2 nak hantar 2,3 hari lagi. Harini jugak saya ambik. hehe. Tak sabar-sabar kalau order barang tu. Wellll..

Kalau time makan kat mana2 restoran kan, andai katalah ada seekor lipas dalam air yang saya order tu, saya akan complaint. Tapi betulla..kita kena kontra dengan pasangan kita. Husband saya seorang yang baik hati dan redho je selalu. (Kena puji wehh ni..dia baca blog saya...hehe). Dia takkan complaint sebaliknya akan order air lagi satu. Bila pekerja restoran tu tanya kenapa tak minum air lagi satu tu, dia akan jawab baik2 je. Biasanya dia akan order air lain dari yang ada lipas tu. So dia jawab sebenarnya nak air yang second order ni. Owhhh baru nak belanja tadi. Abang bayar lah! Kataku memberontak. Saya kalau tak puas hati saya akan cakap. Biar orang tu tahu. Tapi itulah husband saya kata, tak baik..kadang2 memendam tu lebih baik. Hati orang kita kena jaga..biar semua orang suka kat kita.

Dan saya cakap depan dia : "Baiklah".

Tapi bila husband saya takde, saya complaint lagi. Hehehe. Last week saya take away 1 set Prosperity Burger-double chicken kat McD Sri Gombak. Sampai-sampai rumah je saya tengok burger saya single je bukan double. Huwaaaaaaa. Alamak terbocor rahsia kenapa tak kurus2 akibat kalau pasal makan order semua nak big size je. Pastu salahkan ibu mengandung cakap gemuk sebab keturunan. Hahahaha.

Then cam biasalah saya complaint kat web diorang. Padahal boleh je call terus masa kat rumah tu cakap dapat salah order. Dan tadi..selepas beberapa hari. Selepas Prosperity Burger yang saya makan minggu lepas tu dah hadam habis, Manager Mekdi cawangan Sri Gombak call saya. Dia nak ganti balik. Saya pura-pura malu. Cakap takpelah..saya halalkan je. Tapi sebab dah dia bersungguh2 nak ganti balik (Padahal mmg prosedur diorang), saya dengan malu2 kucing jiran sebelah rumah mak saya pun cakap "oklah saya ambil, tapi saya malula nak datang ambil"...Sebab pasni confirm diorang aim muka saya. Hik hik. Then Maager Mekdi tu cakap dia akan delivery ke ofis saya tengahari ni. Siap saya buat tambahan order lagi. Hehehehe. Tak baek.

Apapun berani kerana benar. Kalau orang silap kena kena bagitau. Kalau tak mana dia nak tahu yang dia silapkan. Nobody perfect. Apapun complaint la cara berhemah. Bukan maki hamun semua tu. Yang pasti complaint tu akan meningkatkan mutu kerja mereka dan membawa kebaikan kepada kita juga. Kan saya dah ajdi bestfren abang2 posmen tu. Jangan jeles. hehehe.

Saya dulu dah biasa kena complaint ni. Tenshen kalau dapat customer belum apa2 dah maki hamun kita. Kalau ye pun silap, bukan kita as tukang angkat telefon tu buat silap, orang lain yang buat. Dia dok marah2 kita. Sampai pernahla saya menangis kalau yang call very the fussy customer. Sedih dik non...tak pasal2 orang marah kita. Dan sekarang saya no longer kerja yang perlu direct dengan customer..owh tak sanggup. Tapi saya lah pula yang jadi customer tu...but i'm not too fussy. Just suka nak bersembang dengan operator je. Hehehe.


Update : Mekdi dah selamat sampai. Yeyyy. Budak delivery tu bawak 1 set besar tanpa resit(Means takyah bayar ler..hehe).

Saya : "Eh kata nak bagi burger je tadi, dapat smua yer. Tenkiu tenkiu."
Budak mekdi : "Erh ye ke. Ok ambik burger ni jer". Sambil nak mengeluarkan burger dari beg plastik.
Saya : "Ala bagi je la kat akak smua..hehe"
Budak mekdi : "Saya nak fries, akak ambik air dengan burger je ok". (Tak tipu..budak tu cakap camni. Nak g ngular makan fries free la tu. hehe)
Saya : "Ko ambik air je, akak nak fries..hehe."
Budak mekdi : "Takpela, akak ambik smuala. Camne akak boleh salah order..bla bla bla"

Dan saya sedang menikmati 1 set besar Prosperity Burger Ayam di hadapan pc. Yummy yummmy..

11 comments:

Queen said...

saya pun selalu komplen....paling teruk yang pernah kena ialah maxis operator...tapi ujung2 saya mintak mahap.saya kata, sebab maxis teruk awak yang kene..sorryla..tapi saya memang bengang nieyh..pastu boleh sambung balik pot pet pot pet..ekekekke...sape yang keen dengan saya redho jerla...

tapi kalau dah dapat apa yang saya nak..siap rekemen2 lagi kat org lain..dah lupa dah yang tak elok tadi..baik tak saya?...ekekek....

bestnya dapat mekdi free...

fahana_ann said...

hehehee..wat lawak aje.malu konon..dah nak cakapa je..akak kan suke berterus terang..hakhak..ok lah tu..pasangan akak boleh tenangkan akak yang suke mengkomplen..hehehe..
McD ni ade kenangan istimewa./hkhak

mYpRecious said...

nak kene komplen jugaklah nanti dpt mcd free... huhu..

~mrs azmi~ said...

ku bukan kaki komplen...

tapi ku komplen ikut mood, klu tgh sengal tetibe ade bende tak kene..

memang akan ku komplen sampai nangis2 operator kene... adeh kesian dorg!

Izzah said...

izzah sama type macam husband emy gak..
malas nak complaint..redho jer..
tapi kalo air berlipas..tak le aku redho...aku complaint la gak...
hakhak..
tapi sebenarnya bagus jadik org yg suka compliany nie..
sbb..
customer always right..
pastu bila complaint dpt compliment plak..
lagik best...
mkn free tuh..
huhuhu..

meh sini nak website mekdi tuh..:)

fazemy said...

Search je mekdi malaysia Izzah. Hehe...takdela penah lg jumpa lipas dlm air. Yang ada semut ngn bintang2 yg terbang pastu singgah minum air kita sekali pastu mati lemas.

Dee said...

pernah komplen kt pejabat pos..tp smpi skrg brg akak tu x smpi..ko tau sebesar kotak kasut..ada 3 novel dlm tu dan 1 fm thailand..salah akak satu je..dh terbuang kod pos daftar tu..camana nk trace..tp sah mmg ada kt pejabat pos melaka..1 hari nanti akak nk gi bakar post opis tu..hahaha..

lg satu..org keje bank..wui..kemain susah nk angkat tipon..terutamanya hq..giler ar..sakitnya hati..kalo emel..laju jelah dorang call..tp lps tu senyap balik..mtk statement pun smpi lebih 6 bulan x dpt2..hampeh..cuba ko x byr..laju je dorang call tya..napa x byr? ada gak bank pun akak gi bakar..hahaha..

fazemy said...

Haha kejam betul kak Dee ni smua nak dibakarnya. Takutttt..

Diarihatiku1976 said...

hahahah.. lawakkk... tapi peel ko sama ngan aku.. kita serupaaaaaaaaaaaa......

awin... said...

hahaha...cite pasal komplen...keje kat tempat aku ni..kdg ade gak customer yg kuat komplen..biasa la bengkel kete kn....tp aku layan yg baik2 je...klau org tu komplen ngan cara kasar...asyik nk menengking je...senang je aku jwb...sorry...saya x suke ckp ngn org yg kurang ajar mcm awk...nk tengking2 boleh blah..saye x de ms nk layan org kurang2 ajar ni....klau nk ckp ngn aku sila ckp baik2 ye (sambil menjeling)....hakhakhak....mmg best ^-^

Unknown said...

huby i pun sama juga..baik hati sgt orgnya..i pula yg terlebih protective and complaint bila ada yg tak kena..
somehow, i pk kita semua ada hak ke atas setiap sen yg kita spend..bukan senang kita nak beli produk/servis yg ditawarkan..once kita setuju bermakna kita put hope kat produk/servis tu..but when didnt meet our expectation/hope for sure kita patut raise in a diplomatic way like what u have did by sending them a letter. thumbs up!!!