Thursday, February 18, 2010

Kesilapan Yang Selalu Korang Buat Dalam Resume

Baru baca email dari Kak Dee. Pasal seorang blogger yang cerita pasal ketidakpuasan hati dia kat penginterviewer dia. Then boleh pulak yang interview tu reply entry tersebut. Dah jadi kes. Apapun saya sokong 100% blogger tu. Sepatutnya kita dapat kerja sebab kelayakan kita, pengalaman kita bukan sebab muka dan body yang cantik je dan bukan sebab makcik ko kerja kat company tu jugak(ada orang dalam).

Apa yang saya cuba rungkaikan di sini ialah janganla taruk apa2 link samada laman sosial korang macam facebook ke, myspace etc kat dalam resume tu. Juga link blog korang, takyah la mention kat majikan.

Satu : Sebabnya itu adalah peribadi, kang esok2 korang nak pergi bercuti ke hape pastu tipu bos cakap nenek sakit kat kampung,sebab kalau tak tipu confirm tak dapat cuti kan. Alih2 korang upload pulak gambar pergi bercuti tu kat facebook. Takpun update cerita kat blog. Tak ke kantoi.

Kedua : Nanti bos korang tahu korang tak buat kerja, makan gaji buta, sia2 je dia bagi gaji, bonus tahun ni jangan harap nak dapat sebab asyik tengok korang update facebook, main farmville la, update blog time office hour. Keje jalan, tapi kurang tumpuan la orang kata.

Ketiga : Tak pasal2 kang jadi kes macam omputih tu yang kena fired ngan bos dia dalam facebook.

Keempat : Sebab keempat ialah bos korang tu pun ada facebook jugak, main games kat facebook jugak, tahu surf internet jugak cari link blog korang. Entah2 bos korang tu salah seorang pembaca setia blog korang, salah sorang kawan kat facebook korang..cepat check!

Kelima : Sebab terakhir ialah bos korang atau bakal2 bos korang tu bukan macam bos saya. Kekeke. Bos saya internet memang failed. Adake haritu dia tanya saya Hi5 ni apa, ada budak site hantar-kan auto send, kat email dia pun dapatla, jenuhla saya nak terangkan benda alah Hi5 tu. Huhuhu.



Thank you LOL Pearl atas entry special untuk saya. Terasa macam artis pulak ada orang buat special entry nih. Hehehe. Ni link entry tersebut.

8 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

Emy,
sebolehnya kalau saya, xnak ada org opis yg tau sy ader FB lebih2 lagi blog tapi FB tetap xleh nak d elakkan.
tetap ketahuan jugak..

Diarihatiku1976 said...

aku setuju sgt... jgn menjaja murahan sgt.... be profesional...

AISYAH HANI said...

setuju jugak.. terasa hilang lak privasi kalau orang tahu kita punya blog@FB. Kengkadang teknologi ni kalau dah terlampau canggih adakalanya menyusahkan jugak..kan??

fazemy said...

Itulah...umpama hidup dalam rumah kaca je kalau macam tu. Semua orang tahu.

Dee said...

hehehe..full story psl emel tu sy publish kt blog esok eh..

xde sorang pun org kt opis ni ada dlm my fb..fuh..lega..

blog plak..nasiblah..xkan nk private..x besh..x masyuk..tp xlah smpi boh dlm resume..hehehe..

nURmALa mAZLan said...

uik....
tidak la saya letak blog ke fb bagai kat resume..never!!!!! karang kantoi sumer ketidakpuasan hati

kakngah said...

aku xder Fb..
slmt nok....

Queen said...

heh...apelah yang duk buh blog and fb bagai...member office saya duk add kat fb pun rasa malas nak accept. skang fb dah tak rasa privasi nak main fb dah..ekekke..tapi blog belum ketahuan lagi kot...

rasanya bos tak tahu..kalau dia tahu pun..erm..erm...saya tak pernah plak teringin nak kutuk bos gile2..kalau staff company tu ada lah,...and diorang pun tak berapa paham BM pasar....selamat la sikit....