Monday, January 11, 2010

Boleh tak beli rumah macam beli ikan kat pasar je?!!

Saya ada beberapa pilihan rumah untuk dibeli sekarang ni. Bulan ni saya dah kena proceed loan semua. Nak setelkan hal rumah ni bukan seminggu dua. Mungkin makan 2, 3 bulan baru semuanya boleh settel. Saya nak kena cepat, sebab dah tak sabar nak berhenti kerja. Haha.

Yang rumah Amansiara yang saya cerita dalam previous entry tu mmg cantik rumahnya. Security semua ok. Dekat pun dekat sini je. Tapi bila2 pikir balik, saya ni kan nak berhenti kerja dah, buat apa lagi cari rumah area2 sini. Ye dak. Saya ada servey2 rumah yang nak dijual by owner sekitar Gombak ni. Ntahlah..rumah lama burukla rupanya. Kalau cat baru mungkin boleh nampak baru. Tapi hati takdelah kat rumah2 design lama ni. Macam tak suka.

Rumah teres area Taman Melati tu mahal betul. Corner lot je cecah 5k. Gila mahal! Then my agent suggest beli rumah dekat kawasan2 terbiar. Terbiar sebab takde orang nak duduk. Macam Bandar Tasik Puteri, Puncak Alam dan Shah Alam 2. Rumah2 kat sana kan baru2 lagi. Kebanyakan rumah2 kat sana dibeli sebelum pemaju siapkan rumah tu lagi. Bila rumah dah siap, mereka kerja jauh jadi rumah tu ditinggalkan begitu je. Ada beratus2 list rumah kena lelong kat kawasan tersebut. Yang pasti harganya pun murah.

Maybe saya beli je rumah kat situ. Dah ada beberapa pilihan rumah sekarang ni. Rumah corner lot pun boleh dapat dalam 2k. Pandai kautim maybe kurang dari itu. Monthly dalam 7,8 ratus oklah. Buat loan 30tahun. Yang penting untuk memiliki rumah corner lot idaman akan menjadi kenyataan. Hahaha. Gelak riak.

Tapi kan masalah dia. Bila dah duduk jauh2 kat tempat jin bertendang camtu, sape je nak dtg rumah kau nanti. Kalau buat open house pun belum tentu kawan2 sanggup mengayuh basikal nak dtg sana. Jauh dari mak ayah..shopping complex...sob sob. Tapi rumah2 tu cantik tau. Besar pun besar. Keluasan tanah dia takdela ciput mcm rumah corner lot kat KL ni. Klw nak buat swimming pool pun boleh. Yang penting dapat bercucuk tanam seperti dlm farmville kat tepi rumah tu. Yeeehaw!

Entahla. Pening plak nak pilih. Nak masuk program realiti la. Silap haribulan menang 1 juta boleh beli rumah idaman di tengah bandar. Huu.


Nota : Saya suka design rumah yang atas sekali tu. Dia ada garaj tepi rumah yang boleh masuk sampai 3 biji kereta. Rumah tengah pun luas tanahnya. Kalau rumah corner lot...haish...siap boleh buat kebun durian kau.

9 comments:

Queen said...

tepuk dada tanya selera lah..

Diarihatiku1976 said...

mah datang beli area kajang...

awin said...

beli kat town la mi...x best la beli kat pelusuk2 utan tu...jauh...sunyi lak tu...

fazemy said...

Mahalla Win. Yang aku mampu buruk2 dah rumahnya. Yang Amansiara tu jelah klw kat bandar. Tapi townhouse. Rumah bawah takde tanah.

Queen said...

mak saya beli kat bandar baru salak tinggi...dulu duk situ tempat jin bertendang..skang dah ok kak emy.

jauh sebab belum bukak lagi. nanti besok2 insyaAllah ada.. beli ikut kemampuan. Nanti dah ada kejiranan situ seronok la..

fazemy said...

Tenkiu Nik. Dkt puncak alam tu ada UITM baru buka. Tapi mcm tak ramai lg. lama2 nanti mesti rumah2 kat situ laku di sewa dek bdk2 UITM tu. Tp skrg ni seriau jgk tgk rumah2 kat situ. Kdg satu row rumah..1 rumah je penghuni..yang lain ada lalang2. Klw tggl sorg2 kat rumah...hihihihihi.

p/s: Akak tgh consider Shah Alam2 kot. Rumah2 baru. Lalang blom sempat tumbuh.

Darling Pya said...

ada sesetengah tempat dari tempat jin bertendang akan berubah jadi tempat yg membangun...

tapi nak selesa & rasa lebih selamat beli le yg dkt area town sikit...cuma kena kuar duit lebih le...

Dee said...

jauh2 tu bahaya emy..nti ada org samun ke rompak ke..eee..takut..

fazemy said...

Haah. Dah pikir 8 kali balik. Macam tak ajdi plak kwsn ni. Mmg la rumah dia cantik..tp klw takde jiran2 ngeri oo tido mlm2 sorg2. Klw takde hantu, penyamun byk skrg ni. So skrg ni tgh cari area bandar lak. Sedang berusaha kerana yg pasti usaha itu escalator kejayaan. Yeh!