Tuesday, January 12, 2010

Kenapa Masih Ada Mentality Kekampungan Ini?

Di kampung saya, kerjaya sebagai guru dan jururawat amatlah disangjung tinggi. Walaupun anda hanya seorang jururawat desa.

Mak saya dari dulu lagi suruh saya cari kerja kerajaan. Bukan senang nak dapat kerja kerajaan ni tau. Atas nasib yang baik kalau korang takde orang dalam.

Salah seorang kawan dapat kerja kerajaan selepas habis sahaja belajar. Kerjaya yang langsung tiada kena mengena dengan course yang kami ambil. Itupun kerana dia ada makcik bekerja di Jabatan tersebut. Tidak lama kemudian seorang lagi kawan saya menyusul masuk jabatan tersebut. Dari Si A, Si B tarik pula si C dan D. Senangnya kerana ada orang dalam. xoxo.

Sayapun pernah dapat kerja kerajaan ni. Hehehe. Abang ipar saya kan orang kerajaan. Saya pergi interview dengan ayah saya. Pegawai tu tanya, ayah saya tolong jawabkan. Dan soalannya more to family matters. Tiada kena mengena langsung dengan kerjaya saya. xoxo. Then esoknya saya bagitau abang ipar saya kirim salam je pada kawannya tu, saya tak berminat nak kerja. Hahaha. Moral of the story, even ko dah kawin pun..ajakla ayah teman pergi interview. Hehe.

Lepas belajar dulu saya pernah cuba nasib sendiri untuk masuk jabatan kerajaan ni. Itupun sebab mak saya selalu sangat membebel suruh saya kerja kerajaan. Terjamin katanya. Yelah rumah semua ditanggung, ekonomi meleset ke apa tak payah nak risau then senang nak dapat projek. Lihatlah abang iparku.

When my husband involved dalam dunia perniagaan, seorang kawan yang bekerja kerajaan bertanya :

"Let say satu hari nanti ko dah takde bisnes, projek dah tamat, apa yang akan kau buat?"

Dia mempertikaikan kerjaya suami saya. Kerana bagi dia berniaga ni tak menjamin masa depan. Hari ni untung, bila2 masa sahaja boleh rugi. Dan betullah cakap dia.

Bagi saya, kita hidup ni kena berani. Berani untuk tanggung risiko. Bekerja umpama kita akan hidup 100 tahun lagi. Dan Nabi S.A.W sendiri pernah berkata 90% kerjaya adalah dari perniagaan. Kita tidak perlu meletakkan IR dipangkal nama, atau menggantung semua semua ijazah master di dinding pejabat untuk berjaya. Mungkin hanya sedikit usaha, doa dan nasib yang baik boleh menjadikan kita orang yang berjaya. Dan setiap kejayaan itu pasti ada pengorbanannya. Jika taknak berkorban..kerjalah kerajaan. Wink!

4 comments:

Dee said...

itulahkan..xpelah emy..dh rezeki kita keje ngan swasta or berniaga..lg bagus dr makan gaji buta mcm byknyer org kerajaan tu..oppss..hehehe..

mYpRecious said...

saya ni dah 44 kali gi interview keje kerajaan.. satu pun tk dpt.. ok saya tipulah 44 kali tu adela 10 kali kut.. sbb mmg tade kabel pon kak.. itu yg tade naseb tuh.. kdg merapu meraban je tau die tanye soklan.. nyampah..

kakngah said...

ms aku sklh dulu.. ayh slalu ckp cenggini..
"ko sok.. keje jd misi je dah... pangkat tinggi ke.. rendah ke.. bj sume putih. xder iri hati. kalau jd cikgu.. berlawan2 bj.. kene ada bnyk bj..."
hahahaha!! las2.. ankanda beliau... tak jd misi @ cikgu pun...

fazemy said...

Dee- Btol btol btol. Klw kita mkn gaji buta dok berblogging je spanjang hari kat opis..upsss...takpe. sbb bos kita je yg rugi bangkrap segala. Tp klw gomen yg dpt pekerja mcm kita ni..rugilah rakyat. wink.

Rafidah - Akak pernah pergi interview gomen yg ramai2 tu. Sekali interview 20org candidate. Sah tak dpt.

Kak Ngah - Betulla kata ayah kak ngah tu. Tp misi zaman skrg colourful bajunya..ada biru..pink hijau..smua ada dah.