Tuesday, January 12, 2010

Selamat Pengantin Baru Awin

Cuti sekolah yang lepas, tiap2 minggu saya hadiri majlis perkahwinan rakan-rakan. Seronok meraikan majlis orang lain. Dapat lihat pengantin yang cantin, pelamin yang cantik, dekorasi yang cantik dan juga dapat makan free. Hehehe. Save baget. Asal hujung minggu dapur tutup. xoxo

Dimulakan dengan gambar kek yang cantik.

Tetiba je pada hari kejadian Awin suruh saya jadi pengapit dia. Haish...kalau dia sama besar dengan saya oklah balance. Ni kan bridesmaid dia lg menyerlah atas pelamin tu kang. Haha. So dengan bangganya saya ambil job sebagai camerawoman pada hari tersebut.
Skill mengambil gambar dah ada. Dicelah2 orang ramai terkocoh2 saya berlari untuk mendapatkan angle yang baik. Dengan cabaran pengantin lelaki yang tak suka pandang kamera saya..huwaaa. Dan juga kamera yang terpaksa dikecilkan megapixelnya sebab tak sempat nak transfer gambar bercuti selama seminggu sebelum tu, jadi kamera memory full.
Skill dah ada...cuma DSLR je takde. So inilah hasilnya. Cantik kan pengantin perempuan tersebut. Puji mintak belanja nih. Hehe.
Perkahwinan Awin ni dibuat di Felda Villa, dalam kawasan Dewan Felda tu. Cantik juga tempatnya. Kira perkahwinan dalam taman la. Kalau ada DSLR ni mau saya suruh pengantin tu posing2 dengan kolam ikan Restoran tu. Cantik.
Dekorasi dalam restoran tu pun cantik jugak. Yang penting makanan ni ok. 1st class. Semua kitorg cuba. Ok jangan cakap dah tahu kenapa saya tembam sebegitu. Haha. Lauk dia adalah dekat 7,8 jenis tak silap. Yang penting ayam goreng tepung time panas2 baru masak kitorg ambil lagi. Haha. Desert dia cendol..keuw tiaw smua saya cuba. Haihhh bila lagi nak merasa Awin belanja makan mewah ni kan. Tenkiu tenkiu Awin. Nanti anniversary korang tahun depan buat macam Birthday Dato Siti semalam yer. :-p
Dah lama saya mengidam nak bergambar dengan kek macam ni secara dekat2. Biasa kalau majlis kawan2 lain tak merasa la nak posing2 kat kek ni. Malu. Tapi sempenan majlis Awin ni saya siap korek2 lagi kek ni. Keras rupanya. Haha.
Masa saya kawin dulu nak order la kek macam ni. Takde yang harga seribu ke bawah. Nak yang harga ratus2 dapatla yang setingkat ciput tu. Ending nya saya order kek harijadi bertingkat2. Murah pun murah. Makan pun konyang. hehe.
Apapun untuk sahabat baikku Awin. Selamat Pengantin Baru. Ko kena terharu tau ni Awin. Dalam byk2 majlis yang aku pergi, majlis ko je yang aku rajin buat liputan dalam blog ni. Tu pun sebab bos aku takde nih. Line clear. Haha.

Kudoakan smoga korang berdua kekal bahagia sampai bila2. Belajar untuk bertolak-ansur dan sentiasa berfikiran positif tentang pasangan kita. Hidup ini adalah sebuah perjalanan. Bila kita berkahwin, bermakna kita telah melalui separuh daripada perjalanan itu...teruskan berjalan. Semoga kelak bila mana kita sampai dipenghujung jalan kehidupan ini, kita masih seiring dengan si dia. Si dia yang berjaya menawan hati kita dan membuat kita bahagia.

Dan ini adalah baju nikah Awin yang saya temankan dia beli di Jakel. Siap tipu salesgirl Jakel tu lagi cakap saya ni Taylor Swift. Erhh bukan. Saya cakap saya tukang jahit. Terus dia bagi diskaun dengan banyaknya. Ni tips tau. Kalau korang pergi Jakel, cakap je korang tailor, sure dapat harga murah. Ni kawan saya Yati yang ajar. Dia memang ada butik. Kalau kain tu harga RM250 camtu...boleh dapat diskaun sampai RM80 tau. Kalau korang betul2 tailor berbaloila..kalau korang menipu..ish tak halal kain tu. Haha.

So sape2 yang nak tunang ke nak nikah ke yang sedang mencari baju lace putih, Awin nak jual baju nikah dia ni. Dengan harga RM200 sahaja. No nego2. Harga kain je dah berapa erk ko beli haritu Win. Upah jahit lagi. Ni kira tolak harga murah2la. Saiz S, ada lebihan kain dalam 3 inci kalau nak besarkan lagi. Apapun berbaloi-berbaloi. Email saya untuk sebarang pertanyaan yer.


:::Selamat Pengantin Baru juga buat semua kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan pada bulan lepas. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya. Buat rakan blogger saya, Maziah dan Nik Hakimah- Happy Honeymoon(^_^)

6 comments:

Dee said...

first time dgr org jual baju nikah..hahaha..akak ko ni simpan molek2 lagi..kenangan tuh..

awin said...

ooo...baju nikah org slalu simpan ke kak dee...kena pk panjang ni...nak simpan ke nak jual...nanti nyesal..ermmm....

terharunye aku kawen masuk dlm blog emy....hehehe....

eya said...

sy pon still simpan bj nikah, ade sedare nk tunang,boleh pinjam..jimat kan.

Dearie Pearls said...

Wah..
Wah..
Wah emy..
siap buat liputan langsung lagi tue..
bertuah awin ada kwn sweet mcm emy nie.

*gua pun ada kwn nama awin gak tapi yg tu tak kawen lagi.
Hehehe..

fazemy said...

Dee- Kak Dee..ramai je jual baju kawin diorg kat mudah.my nuu.

Awin - Terharu kan, klw ko masuk newspaper pun org Msia je baca. Ni masuk blog aku ni satu Msia tu baca. Femesnya ko. haha.

Eya - Saya dulu sewa je baju nikahnya. Kenangan hanya tggl dlm gambar jer. sob sob. haha

Lol - Kawinla cepat Pearls..nnti aku wat liputan mjlis perkahwinan ko jgk tau.

Queen said...

awin..takpe...nak jual pun boleh...
Sebab masing2 ade cara tersendiri untuk menyimpan nostalgia mereka...

tapi cra kak dee tu pun betul jugak. Masa kita dah bam bam..boleh tgk size kita dulu cane..ekekkeke...

thanks kak emy...honeymoon...eheheh..padahal berjalan je lebih..takde manja2 pun..tak sompat...