Monday, August 31, 2009

Ramadhan saya tahun ni...

Ramadhan tahun ni sangat best bagi saya. Tak tahulah kenapa..tapi rasa besttt sangat. Jadual saya every weekend penuh dgn jemputan berbuka puasa. Sampaila nak raya nnti. Nampak sangat tiap weekend saya tak pergi terawikh kan. Syg betul. Tapi klw blh 10 mlm terakhir tu tak nak tinggal. Bonus yang Allah beri ni bkn blh dpt selalu. Itupun belum tentu kita sempat bertemu Ramadan tahun depan.

Ini Akil. Anak buah saya. Kusyuk betul tgk upin ipin. Umur 1 tahun pun dh pandai main laptop..kdg dtg angin dia menekan..jgn kata guna jari..tekan pakai montot. Haha. Pagi2 dah bgn sahur..seronok sekali-sekala ada org dtg umah bersahur bersama (6_6). Walaupun sblom tido dh masak sambal siap2 kononnya nak buat ayam masak merah..alih2 pagi esok pandai2 lak oter sambal dgn menambah kicap berjenama lain dari yang biasa digunakan dan baru saja di beli malam td. Ambik kau masin giler. Nak masak lain pun tak sempat dah. Makan ayam grg sudah lorrr...
Cucu2 mak saya. Tak phm betul kenapa nak jugak pakai tudung dalam rumah. Bagusla sbg menghormati bulan Ramadan. Tapi jgnla sampai mendapat panggilan telefon dari jiran..

"Hello Kak Zie..cucu2 Kak Zie dok panjat pokok mangga tepi jalan nih."

Mak : "Cucu aku yang mananya?"

Cik Tee : "Ni ha yang pakai tudung ni. Tee takut diorang jatuh je. Bahaya main tepi jalan nih"

Elok2 je azan..yang ni plak dah melalak. Adehhhh. Layankan aje. Pas makan stil tak elok lg mood dia. Ambik helmet kesyangan Pak Sue(adik saya) dan letakkan di kepala Danish. Owh sgt comel kelihatan bkn sprti mat rempit langsung dan Danish pun senyum dgn bangga sbb dia kelihatan seperti seorang angkasawan negara. Gambar bukti telah terdelete konon tak nak Pak Sue tahu kisah helmetnya di curi pakai oleh seseorang. (o_o)

Lauk masakan kakak yang apasal menunya sama mcm emak masak. Ada kerabu..ada ayam msk merah..ada daging rendang. Nasib baik daging mak buat sop. Kueh yang dimasak tak agak2..mcm nak jual kat bazar ramadhan je. Tringat dulu masa kakak mula2 kawin. Masak bubur untuk kitorg satu kawah. Masa tu kami kutuk kata dia tak reti memasak..mmg dia tak reti memasak pun masa tu. Tapi rupa2nya dia sdg training masak byk2 sbb dia tahu akan ada anak2 yang ramai unt makan. Jd hari2 kena masak guna periuk besar. Dan telah menjadi tokey kantin yang berjaya dgn mempunyai byk periuk2 yang besar di kantinnya.


Ini lauk masakan emak.



Ini plak lauk 1st time beli kat bazar ramadan. Ini untuk 2 orang makan saja tau. Giler tamak pastu tak hbs makan. Dah tu tak nak mkn atas meja sbb bln ramadan mkn nak kena mengadap TV. Maklumla sebab nak tgk iklan2 seperti mydin yang jrg dpt ditonton iklannya. Kecuali setiap kali sebelum azan maghrib di TV1. Mydin...mengapa bayar lebih?!!



Ini ketika berbuka puasa di luar bila dtg restoran pukul 6.30..pukul 6.45 telah dihidang makanan dan pukul 7.24pm grape shake telah menjadi air anggur berais.


And this is our feveret. Ayam panggang. So yummy..Smlm pergi berbuka di medan sate kajang with our best fren. Sate pun our feveret n must masa bln puasa mahupun ketika bln2 Islam yang lain.



Minggu depan En Husband sudah berangkat ke umrah. No more makanan lazat2..sob sob. Sahur pun maybe bangun wat air milo cicah biskut je. Tapi syukurlah..rezeki kami murah sangat akhir2 ni. Alhamdulillah..Selamat berpuasa semua. Hari ke-9. Dan..

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 52 MALAYSIA.
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Hepi besday to Kak Wong too.

14 comments:

saypOOL rafhtello said...

ckp anak sedara ko 2 nak panjat pokok bukak tudung dulu..haha..
anyway selamat berpuasa & merdeka
!!!!

kakngah said...

meriah btl cucu2 mak emy. cucu2 ayh aku lom lg buka bersama thn ni psl aku tak blk kampung lg ler huhuhu!!! insyaallah this weekend. ontua tu.. asalkan lg 5 min nk buka.. kompem call. pastu kerek ngn aku dia buka dulu hahahahaha!!!

Diamilikku said...

biasalah budak2 kan..masa nak membuas...nanti dah besar..dah pandailah behave....

Fazemy said...

sayPOOL- hehe.Selamt berpuasa 2 u too.

kakngah- Mak ayah ni klw blh nak kita ada selalu ngn diorg. Agar dpt diorg bebel2 selalu. Ni klw kita takde dgn sape diorg nak bebel.

Diamilikku- Sekali sekala riuh camni ok. Klw hari2 mau kena buka pose dgn panadol soliber dulu. haha

fantaghirolynn said...

tu ler masalahnya budak2.. perut mak pak dia dah menyayi riang nak diisi dia pun melalak nak perhatian.. kekadang mcm dia lak pose. semua dia nak... xpadan dgn kecik..sabar je la...

fahana_ann said...

hehee..macam best je tu kak..post kat sini..huhu..bile nak makan lauk pauk banyak cam tu ni..duk bungkus jek..tak pe2..nanti masih sempat, kalau pnjang umoq..

nekPP said...

meriahh meriahh umah mak emy!! teringat masa kecik2 duluu.. mm smlm pon nekpp baik kampong..riuhhhh hehe..rindu kenangan lalu..sobb sobbb

selamat berbuka!

atty's said...

meriah ar family emy ..

ieyla said...

Seronok dah meriah rasanya bila berbuka puasa ramai2 bersama adik beradik dan kedua ibubapa....

izzah said...

seronoknye buka puase beramai2..meriah gitew...
semua nampak berselera..kalau makan beramai2 mesti berganda2 selera..

fazemy said...

fantaghirolin- Haha..takpe..sbb anak2 mcm nilah ramai mak2 org yg kurus2 tanpa perlu ke slim world. hehe

fahana ann- puasa byk hari lg nih.segera dptkan di bazar ramadhan berhampiran anda. hehehe.

nekPP- Itulah bukak posa kat tmpt kita membesar lg best dari bukak pose kat umh sndiri. Walau umh kita lg besar skalipun dari rumah mak. Betul tak?

Atty - Itu blom family husband saya lg kak Atty. Lg meriah. Syukur dpt keluarga yg bahagia camni.

Ieyla - Btol btol btol. Bestt..

Izzah - Itulah..pastu mkn pun berganda2 bila nk kurus. Hehe

Dee said...

napa x ikut hubby gi umrah emy..sian kena tinggal sorang2...hehehe..

@cu SaYaNg said...

hahaha...tetiba rasa nk tergelak lak terbayang budak2 pompuan pakai tudung beramai2 dok panjat pokok..dgn baju kurung..huh..
kalau jatuh tu...memang cari pasal betul..eeee...

Monicasqmr said...

ckp anak sedara ko 2 nak panjat pokok bukak tudung dulu..haha.. anyway selamat berpuasa & merdeka !!!!