Ini bukan program AKPK ok. Dan tak sesuai dibaca oleh anak2 orang kaya, kerabat diraja, orang yang baru kena nombor ekor, orang yang baru dpt rasuah (sbb diorang tgh ada duit) dan tidak sesuai jugak untuk student yg tengah amek Master in Akaun mcm Suehaida ni. Sue..i already put ur pic here. Boleh yer..walau takde kena mengena dgn tajuk. haha.
Tetiba terasa nak cakap psl ni. Sebab tgk kawan2 yang selalu sengkek dan suka pinjam2 duit ni. Nak tegur tak sampai hati. Hemmm entahlah. Umur semakin hari semakin meningkat, tapi tiap2 bulan dapat gaji, tak smapi hujung bulan dah habis. Kadang siap negatif lagi balance dia. Sampai bila nak hidup macam tu.
Kita ni kan..kalau dah tahu bukan anak orang kaya tu, berpadalah. Shopping tu silalah ingat dunia sikit. Tak bolehla nak ikot kawan2 yang dah sah2 mak bapak diorang tu berharta, kawan2 yang bulan2 gaji dia 10, 20ribu. Ukurlah seluar di pinggang sendiri dan elakkan sikap terlalu boros itu. Arghh tak tahu nak cakap mcm mana. Aku ni bukanlah golongan profesional yang layak bercakap psl duit ni. Walau gaji aku kecik tapi sekurang2nya aku tak de lah smpai berhutang sana sini. Hutang PTPTN ngn kereta tu adalah..heee.
Ok sini aku listkan idea untuk menguruskan gaji korang. Tak kiralah sesikit mana gaji korang ok. Klw ada idea lain..sila tambah nasi..jemput jemput.
1. Bila dpt gaji, tros tolak duit untuk bayar hutang mcm Kereta ke..bil air, letrik, rumah, PTPTN ke. Mana2 yang penting yang mmg perlu dibayar tiap2 bulan. Jangan skip walau sebulan pun. Klw sebulan tertunggak, baget kita untuk bln depan akan lari. So ingat..terus bayar smua hutang wajib bila dapat gaji.
2. 1 per 5 dari gaji tu sila simpan dalam akaun mcm ASB ke, Bank Islam ke atau mana2 bank tapi korang jgn buat kad ATM. So walau mcm mana sengkek pun agak payah korang nak kluarkan duit tu. Buat yang dh bersuami ke, klw boleh rahsiakan akaun simpanan korang yang ni. Klw diorang tahu nanti nak pinjam. Haha. I do that, coz esok lusa klw ada emergency ke hape boleh la korek kat akaun ni.
3. Ketepikan duit untuk makanan, minyak kereta atau perkara2 wajib yang perlu dibeli dari amsa ke semasa untuk kegunaan sampai dapat gaji seterusnya. Contoh anda spend dalam RM200 untuk benda2 tu semua. Klw g shoping kat Tesco tu beringatla..biar tiap2 bulan sama je baget barang rumah kita tu. Lebih sikit2 takpe.
4. Beli keperluan sahaja. Jangan beli kemahuan. Tapi dah nama orang pompuan kan. Sah2 la tiap2 bulan nak beli baju, kasut handbeg smua. Bukan penting pun, tapi dah tabiat. So baget kewangan anda sebaiknya. Belilah tiap2 bulan pun takpe..tapi make sure klw gaji korang 1k je sebulan, janganla masuk kedai GUess.
5. Klw korang nak beli perabot ke, laptop ke, handphone baru ke..belilah. Tapi jangan berhutang. Bayar cash. Kumpul duit sikit2 then dah ada baru beli. SO takdelah hutang keliling pinggang nanti. Lagipun klw beli bayar ansur2 ni nak kena bayar interest tu yang lebih. Bayar cash je. Takyah nak pike lagi. Ini tidak, klw beli kamera sbg contoh, kamera tu dah calar balar, hutang kat kedai kamera tu tak setle2 lagi.
6. Klw boleh biarlah ada balance dalam bank (tak termasuk duit dalam akaun rahsia tu tau) masa gaji seterusnya masuk. Jangan sampai berdadih2 mcm bekas kueh raya tu dgn serbuk2 dia nak makan.
7. Orang kata klw taknak berhutang jgn ada kredit kad. Hemm, mungkin betul untuk mereka2 yang tak boleh nak kawal nafsu serakah untuk bershoping tu. Tapi bagi aku ok apa kad kredit ni. Contoh klw beli perabot kat COurts Memot tu tros swep je kad kredit tu. Kira hutang dgn kedai perabot tu dah setle. Hanya perlu bayar hutang kad kredit je yang boleh kita byr sikit2. Lagipun klw berhutang tros dgn COurt Memot tu insteres dia tinggi. Kita yang rugi.
8. Pastu klw nak beli kereta ke, bayar downpayment dia tinggi. So montly akan jadi sikit. Takdela kita tersedak2 tiap2 bulan. Bayangkan gaji 2k sebulan, nak bayar kete 1k...So apa je yang tinggal?
9. Then klw dgn gaji 1.5k korang mampu beli myvi. Jangan beli myvi itu. Belilah kereta Viva. Makanya anda akan dpt menyimpan lebih. Kdg kesian tgk kawan2 yang baru hbs U ni..dpt kerja bagus tros, gaji ribu riban tros beli kete selayaknya dgn gaji dia tu. Tapi duit simpanan takde. Semakin besar pendapatan kita semakin besarlah kereta rumah kita..semakin tinggi jawatan kita semakin tinggilah kawasan rumah kita. Itu yang tanah runtuh tu. Heee.
Hemm itu aje. Walau gaji aku tak tinggi tapi aku tak miskin. Hati pun senang klw takde hutang ni. Hidup pun enjoy je. Lagipun bila ada duit balance gaji ni, klw nak jalan2 tak kesah. Tak perlu nak baget2 sana sini situ.
Kita ni (Mereka2 yang berpendapatan sederhana)..buatlah cara sederhana. Ukurlah baju di badan sendiri...arghhh dah size L..tidak!tidak!. Berpadalah time enjoy tu. Ini tidak, biar papa asal bergaya. Apa guna? Baju je branded..kereta mewah..tapi duit dalam bank kering..hati pun jadi kering. Ish ish..kesian..
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
mmg kena buat camtu kalau tak.. makan batu ngan pasir jela..hihihi
akak ada sikit la peel 'setan' tu..tapi kkdg ukur jugakla suar di pinggang sendiri..so far belen jer insya-Allah
Tak smua orang mcm kita rasanya. Ramai kwn2 saya sblom hujung bulan dh kering. Nak ajak berjalan pun kena tunggu gaji. Klw lambat 2 hari cakap, gaji dh hbs. Hemmm..sampai bila nak hidup mcm tu. Lps tu nak kawin buat loan. Tambah lg beban. Klw menyimpan dari awal kan senang. Dapat isteri yang pemalas, yang tak boleh jd akauntan rumahtangga lagilah..mau bil air bil letrik tertunggak smpai nak kena potong. Saya kenal orang2 mcm ni.
hahaha..em..nape gambar su kan?hehehe..
em..duit ek?biasa la tu..antara perkara yang susah nak kawal..
nak bagi tips, takla master sangt tapi apapun simpanla duit anda selalu..dan disamping simpan fikirkn jugak apa akan jadi sekiranya kita hilang upaya, salah satu cara lindungi diri dengan insurance ke k...=)
Hi hi..kak tie ni memang dari masa student, hingga masa kerja dan kini jadi house manager...sentiasa jaga budget tu...
Dapat duit, kena simpan sikit, bahagi2kan kepada yang penting. Pastu tinggalkan utk upah diri sendiri..he he..
betul3..tiap2 bulan mesti ada saving..tak banyak pun sikit kena masuk dalam saving..yang penting jgn pendek akal bila dapat gaji..kalau tak pendek gak la umur duit gaji kita..
Beringatla slalu kan. Yup Sue..kena beli insurans, make sure tmpt kita keje ada potongn KWSP..socso..
Heylo dear,
if interested with replica designer handbags (good quality and an affordable price) feel free to visit
http://qiqinz.webs.com
ade LV, Anya Hindmarch, Coach etc.
=)
dear....
u jgn t'kezut bce blog I...
i juz luahkn jerk ape yg I rse...
makin hamun tue, biase je la...
huhuhu....
melepaskn ape yg patut...
[strezzz]
i xkesah... lantak la...
bak kate Mr V > Ada Aku Kesah!!!
btw, thanx coz jd follower I...
Post a Comment