Tuesday, December 16, 2008

Jangan Nak Malas-malas

Kdg2 aku pelik la dgn prangai manusia ni kan. Mcm2 prangai ada. Ada yang rajin sangat,ada yang pemalas,ada yang suka pura-pura rajin. Hemmm macam2 ada.

Kita hidup kat muka bumi ni sbg khalifah Allah. Sebagai hambaNya. Makanya kita hidup kat dunia ni bkn unt bersenang lenang untuk goyang kaki. Sapepun engkau, kita masing2 ada tanggungjawab sendiri. Walaupun kau seorang yang bertuah dilahirkan dalam keluarga di raja sekalipun.

Kdg aku pelik dengan sikap orang pemalas ni. Katanya dia tak nak hipokrit. Klw depan bos selamba badak dia je main internet. Tak cover2. Mmgla bos tahu kita pakai internet sesuka hati mak bapak kita kat ofis ni. Tapi berpada2lah. Klw ada bos bagi kerja dia nak cepat, settlekan dulu kerja tu. Ini tidak selamba dia je download lagu la gambar la. Bos ada ke takde ke sama je, bila trasa nak buat kerja baru buat. Bagusla dia tidak hipokrit. Tunjuk diri dia sebenar depan bos. Tapi as a boss yang bayar duit kat kita tiap2 bln tgk pekerja yg dh mcm boss la pulak, rasa2nya apa prasaan ni. Mesti dalam hati dia cakap "Aku ke diani yang boss ni?"..Haha.

Ingat tak cerita psl Nasha Aziz umah bersepah2 tu. Aku pun ada kenal member2 yang mukanya suka ditepek bedak 14kilo. Kira cun habis la. Tapi pemalas. Aiseh slek btol! Klw bukak almari dia..mau jatuh semua barang2 dlm almari tu. Disumbat2 je brg2 dlm tu. Dengan baju tak berlipat. Hemmm...

Itu yang anak dara. Yang belum ada tanggungjawab dlm rumahtangga. Mcm mana pulak klw isteri yg pemalas? Kesian si suami tu. Mmgla lelaki sekarang ni jenis tak kesah. Awak nak masak ke tak nak ke, nak kemas rumah ke tak nak ke suka hati awakla. Lgpun kita sama2 kerja, nak buat biar sama2 buat. Klw taknak buat biarkan jelah. Untung betul isteri2 zaman skrg ni yer. Bkn mcm mak2 kita zaman dulu2. Dahla nak masak kena susah2 tiup kayu api, nak masak kena redah parit sungai cari sayur. Ini semua depan mata, suis on je dapur letrik ke, mikrowave ke, tunggu 10 minit mcm tu dah masak. Tapi itu pun susah nak buat.

Pada aku, tak kisahla kita ni isteri bekerja ke apa. Tanggungjwb sebagai isteri tu kita kena buat jugak. Biarlah ada orang gaji pun. Tapi air tangan isteri ni lagi mulia. Lebih2 lagi bila dah ada anak, masakla ibu2 sekalian. Sebab makanan kat luar sana belum tentu terjamin kebersihannya. Belum tentu terjamin halalnya. Ini melibatkan apa yg masuk dlm badan kita, yang jd darah daging kita. Klw benda yang masuk tidak halal, maka akan di bakar di neraka kelak. Mahukah kita?

Ini tanggungjwb kita sbg seorang wanita. Yang Allah telah cipta unt menjaga segala kebajikan lelaki bergelar suami. Kenapa perlu kita abaikan? Hanya kerana "zaman dah berubah..dunia makin moden"...Hanya sbb tu? Dah dijadikan Allah pemikiran perempuan dan lelaki tdk sama. Kita perempuan sampai bila2 pun tak boleh mendahului lelaki. Sbb perempuan smpai bila2 pun tak boleh jd imam.

Kesimpulannya, walau sebesar mana pun jawatan ko kat opis tu, kat umah ko lbh kecil dari suami tau. Ingat yer wahai isteri2 bekerjaya sekalian. Sekali sekala masaklah. Nilai sentimental tu boleh dpt dalam setiap pinggan nasi yang di masak oleh isteri. Suami akan rasa dihargai dan sedar bahawa ada seseorang yang sedang menjaga kebajikan dirinya. Kemaslah rumah, kerna rumah yang bersih mencerminkan kebersihan hati tuan punya rumah. Klw rumah berselerak, berhabuk selalu...hati kita pun akan jd kotor. Sekotor habuk kat kipas syiling rumah tu. Macam mana nak beribadat kepada Allah klw rumah sendiri pun kotor. Bukankah kebersihan itu adalah sebahagian dalam Islam. Bukankah kebersihan ini bab asas yang diajar cikgu dari sekolah tadika?

Kdg aku pelik dgn orang pemalas ni. Tak serabut ke otak dia yer? Tgk rumah bersepah, baju tak berbasuh, baju kat ampaian tak berangkat..eee bestnya kepala otak dia. Tak yah nak piker2. Aku kdg2 sblom pegi keje jemur baju, kat opis hujan, tringat2 baju kat ampaian umah tu. Hbslah hilang bau soflan. Hu.

Orang yang pemalas ni jugak biasanya dia tak memikirkan hati orang2 kat sekeliling. Sbb dia dah takde perasaan malu dah kot. Untuk mereka2 yang pemalas tu, tak kesahla nak tunjuk kat bos korang ke, kawan korang ke yang korg ni pemalas..tunjukla. Tapi jgn tunjuk kemalasan korang tu depan mak mertua. Hipokritla sikit. Klw balik umh mak mertua tu rajin2kanla diri tu. Walau mak mertua anda bkn spesis yang suka "buat ketupat"..hormatlah dia. Kdg kesian tgk org tua trkial2 masak, anak menantu rileks je lepak kat ruang tamu. Tahulah balik kampung untuk berehat, tp tolong jgn buat mak mertua anda seperti bibik okeh. Sekian terima kasih.

Psss : Tak elok malas-malas ni. Sekali-sekala hipokrit apa salahnya.

9 comments:

Oya Mokhtar said...

eeehhh...bukan ko ker yg malas t nob!! hihihi..

Puan Emy...akak x bwk kamera ler time kawen merah kuning tuh. nnt klu ader..akanku tepek di mana2 yerk...

fazemy said...

Org pemalas tahap skema je kak wong..Ni org ngutuk pemalas tegar tapi muka cun aje. Haha. Ku pemalas tp x lawa so takpe:-p

TiNiE said...

hai..tq pasai dropping by kat my blog..so salam kenal ek...

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relative interested, visit my blog!

Tie said...

Ha ha...kak tie paling tak suka orang yang malas ke dapur..

Suami belikan dapor lawa2, peti sejuk besar gedabak, tapi malas lagik nak masak!! Asyik beli je...

Anonymous said...

pasal bini tu aku sokong. hehe... jgn la sebab laki buat dek je, anda pun jd pemalas. kadang2 ada suami yg malas nak bising2, tp awas, bila depa mangamuk, macam bom atom da...

fazemy said...

Ku crita di atas ni kisah benar tau, 1st time jumpa org pemalas tegar cenggitu, laki dia pun jenis x kesah, tp yg pelik blh diorg hidup bahagia dgn rumah bersepah2...habuk kat kipas tahap boleh wat span kusyen dah..makan sndiri2 mau beli. Yang suami oklah kan mmg dicipta pemalas(ahaks)..yg bininya tu. peliknya aku...lg pelik diorg hidup aman bahagia (yg kitorg nmpk la)..sehati sejiwa! 2 2 pemalas.

Anonymous said...

betul tu emy..
kekadang muka cun bebenor tp pemalas..kalau tgk muka mmg tak percaya pemalas kan...nape mcm tu ek

~~K.Ida (honeysweetbaby)~~

fazemy said...

Mekap muka lawa2 4 jam sblom kuar bolehla pulak kan..