Sunday, December 14, 2008

Beautiful Girl (Closed Friends)

Awin

Ni kawan aku dari zaman sekolah rendah lagi. Awin ni kecik je orangnya. Ingat lg klw time skolah2 dulu Awin ni mesti kena duduk depan sekali klw tengah beratur. Sebab dia kategori budak pendek. haha bestnya ngutuk Awin. Tapi bila kitorg form 4 ke form 5 tah, Awin ni meninggi dengan jayanya. Kira tumbesaran lambat la dia ni. Tulah kecik2 tak nak minum susu dutch lady..hehe. Sekarang ni bila dah besar makin jelita la plak aku tgk dia ni. Status : Single but not available soon. Buat Awin : Selamat bertunang. Semoga tabah menghadapi segala dugaan time bertunang nanti. Orang kata time bertunang mcm2 dugaannya..tapi seingat aku la dulu kan..xde apa2 pun dugaan nya. Semoga Awin bahagia selalu bersama pasangannya

Dila


Ini Dila. Dia budak gemok. Haha. Mula2 kenal ngn minaci sorang ni kurus je orangnya. Kira glemer btol dia time tu. Klw ada ceramah apa dalam dewan, sure abg2 kameraman tu fokus muka dia. Mmg slalu la muka dia masuk TV. Eleh stakat TV bdk letrik bolehla. Lainla ko masuk TV3 ke astro ke bolehla nak dibangga jugak. Hehe. Then start dari sem 2 baru la aku baik ngn Dila ni. Walau dia jahat aku tetap berkawan baik dgn dia. hu. Dan dia lah puncanya aku jd mcm ni skrg. Semunya salah Dila. Sbb kawan dgn dialah aku dah gemok. Sikit2 ajak makan. Kan aku dah takmo kurus balik. Huwaaa...Tapi dia pun gemok jugak. Huhu. Padan muka ko. Sorila Dila aku xde gambar time ko jelita dulu la untuk ditepek. Dulu2 tak mampu pakai kamera digital. Huk huk. Papun Dila mmg tetap cun mcm dulu(nnti blanja aku KFC tau untuk pujian ni..wink). Yang aku respek dengan dia ni, dia bkn seorang yg prasan diri dia cun (aku puji tak ikhlas ni), then klw ada org ngorat sure muka dia jd merah..haha. Klw time tgh jln ramai2 org ngorat dia brani la nk menjawab..klw sorang2 kecut perut tros. Dan yang plg aku respect tentang Dila ni..dia setia btol dgn En Daus. Weh korang...kawinla cepat2..nanti aku sponser bunga telur tau tau.

Azza


Azza..hemm nk ckp apa yer psl Azza ni. Dia ni pun cantik jugak. Mmg kategori bdk cun kat skolah aku dulu. Kulit putih melepak btol. Bulu mata lentik. Skrg bila tgk gambar Azza sure aku tersenyum, Azza kini bahagia bersama suami yang hensem (ehem..ehem) dan anaknya Aulia yang comel..eee geramnya kat pipi Aulia. Yang aku suka psl Azza bkn sbb dia cantik tapi sbb dia lemah lembut. Sopan je klw dia bercakap, pastu gaya ketawa dia pun sopan jugak. Sweet je tgk. Dia seorg anak yg baik..hormat btol kat ibu ayah dia. Nanti ada anak maybe aku suruh anak aku pggil aku "ibu"..sbb suka dgr bila Azza bercerita psl ibu dia..dia sebut ibu...cam menusuk je kat hati ni. Hehe. Kira Azza ni seorang yang cantik...luar dan dalam. Sejuk perut ibu mengandungkan anak mcm ko Azza:-)

Hanis


Hanis yang manis. Seorang yang sangat berkeyakinan tinggi. Dia ni punya suara yang sedap. Boleh jd penyanyi nih. Seorang yang sangat peramah dan pandai bergaul dengan orang tua. Pastu ringan tulang, masa aku kawin dulu dia lah kawan yang paling rajin menolong. Sampai malam pertama aku, dia dengan Syafa dengan kakak sedara aku yang tidur atas katil pengantin aku. Eeee budak2 ni. Sebabnya masing2 keletihan buat kerja dari siang smpaila ke malam. Semuanya gara2 mak andam aku yang tak boleh pakai tu. Seb baikla ada kawan mcm Hanis ni yang sudi membantu. Pakej tolong jagakan skali anak kakak aku yang masih baby lg time tu. Haha..kesian diorang. Tapi mmg aku hargai sangat..Hanis mmg tak berkira. Klw ada orang buat kenduri apa2 pun dia mmg ringan tulang nak tolong. Aku kadang malas, biarlah makcik2 tu yang buat. Hehe. Lgpun sbb aku ni pemalu sikit nk bercakap ngn org2 tua..klw Hanis ni petah je dia bersembang ngn makcik2 tu. Takde ke yang nak buat menantu nih? Hehe. Dia ni jiran aku, walau masing2 punya best friend kitorg still "closed" jugak..sbbnya mmg dari kecik kawan dgn dia. Darjah 1 sekelas..g ngaji ponteng ngaji sama2. Semuanya dengan dia. Dan kini setelah aku berkawan, dia masih SINGLE..Hanis pesan suruh aku carikan dia jodoh. Ni kira promosi unt ko la ni tau Hanis..kot2 ada yang berkenan. Hehe. Dulu ingatnya Hanis ni yang akan kawin dulu..tapi dah orang kata jodoh masing2.Kita hanya merancang dan Allah yang tentukan segala2nya. Buat Hanis semoga ada seorang lelaki baik yang akan hadir dalam hidup ko nanti. Ingat : Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik2 je..

----------------------------------------------------------------------------------

Cantik tak kawan2 aku? Aku bknlah seorang yang memilih untuk berkawan dengan orang2 yang cantik je..tapi entah..sape suruh korang cantik..kan dah kena kawan dengan aku. Haha. Papun diorang ni bkn cantik dari luaran saja..tapi dalaman jugak. Kawan2 yang lain pun cantik jugak. Nanti aku tepek gambar korang kat sini jugak k. Ikut turn.

Keihlasan diorangni berkawan dgn aku..blh aku rasakan. Walau masing2 dah punya kerjaya sendiri, kehidupan sendiri..sedikitpun persahabatan ini tak pernah luntur. Mereka masih orang yang sama mcm yang aku kenal dulu. Masih orang yang buat aku ketawa bila melihat gambar2 bersama mereka. Orang kata bila kita ikhlas dengan orang, orang tu pun akan ikhlas dengan kita. Tiada perasaan hasad dengki, cemburu dengan kelebihan masing2. Malah aku berbangga punya teman seperti mereka. Bukan sbb diorangni cantikke apa..tapi sebab diorang kawan aku yang paling baik.

Persahabatan tanpa kesetiaan..ibarat awan di langit. Di tiup angin berlalulah ia. Semoga kita tidak menjadi seperti awan-awan di langit. Janji..kita akan tua kerepot sama2 k. Time tu confirm akulah yang plg jelita dlm ramai2 ni. Haha.

4 comments:

awin said...

huhu...x sangka...
muke aku pon terpampang dlm blog ko..."closed friends" gitu...
thanks emy...
ko la kwn aku selama2nye...

fazemy said...

Ceeewah!hehehe

honeysour's blog said...

mmm..awin ni macam aku kenai...
mase sekolah kat klang gate n sek agama falahiah tu...mmg dulu dia kecik je...kalau tak silap aku mazwin namenye kan...

hanis...:
hahahahha..geng aku mase ponteng sekolah dulu..kuikuikui...
geng makan, ngumpat, nangis, suka suki...mmg pakejla hanis ni...hehhee...rindu plak kat dia...

ko :
geng aku mase tadika ngan sekolah agama...hahahha...dan dan teringat kat ustazah yang garang tu, ustazah yulidar..kan kan kan...

fazemy said...

Hehe..ha ah la. apa khabar ye ustazah tu..Weh masa bila ko ponteng skolah ngn Hanis tu?Jahatnya korg..aku tahap ponteng ngaji je ngn Hanis tu. wakaka.

p/s: Hanis skrg lbh baik dari kita daa..