Friday, December 26, 2008

Aku Jatuh Cinta Pada Blog

Mula2 start tulis blog dulu rasa nak update sekali sekala je. Kdg2 je nak jenguk blogspot nih. Alih2 skrg ni hari2 dok bukak blog nih. Klw tak update sebok terjah blog orang lain. Sudah addict kah aku? Haha.

Tapi ok apa blog ni. Aku rasa dah mula jatuh cinta padanya. Ceewah. Aritu sesaje je nak buat blog ni. Tengok orang lain buat nak buat jugak. Ni semua Liyana ni punya pasal. . Hehe. Aku klik link blog dia masa dia buat status kat YM dia tu. Then link to link to link. Rasa seronok pulak baca2 blog orang nih.

Orang tulis macam2 perkara dlm blog. Yang elok dijadikan sumber inspirasi. Ada yang bila kita baca smpai bergenang air mata nih..ish ish..syahdu, pastu ada jugak yang cerita pasal hantu la, rumahtangga, anak2, mahupun kehidupan harian mereka. Tapi yang pasti dengan membaca blog2 ni macam2 perkara yang boleh kita dpt. Kadang2 idea yang diorang bagi tak terfiker dek kepala otak kita sebelum ini. Belum lagi cerita2 tragis yang boleh kita jadikan sempadan dan sbg peringatan. Dengan baca blog kita boleh kenal seseorang itu. IQ tinggi kah..orang kayakah..suka berlagak kah dia..atau seorang yang low profile d luar tetapi idea di blog dia bergunung2 tingginya.

Bagi aku blog ni lagi ok dari network perkenalan or whatsoever yang lain. Sebab kita boleh masukkan picture-no limited. Video..dan kita boleh bercerita berdasarkan gambar2 tersebut. Selain itu klw kita nak bercakap dan taknak orang kenal kita pun boleh jugak. Tapi melalui tulisan tu kita boleh kenal orang tu mcm mana bagaimana dan tahap mana dia tu.

Kira seronokla blog ni. Dan rasanya amat sesuai untuk luahkan perasaan. Boleh buat diari harian kita ke. Nak cerita pasal seseorang ke. Pasal anak kita ke. Then nanti bila diorang besar suruh diorang baca balik blog ni..biar diorang terharu sikit tengok mcm mana kita besarkan dia. Blog jugak sesuai unt bg pendapat mengenai sesuatu perkara, yelah kita bukan sesape pun unt bagi pendapat. Sekurang2nya bila ada blog ada lah tempat untuk berkata2..klw ada orang baca itu dah kira bagus. Kot2 ada orang nak forwardkan pendapat kita kat newspaper ke. Ha mana tahu.

Kesimpulannya..aku dah benar2 jatuh cintan sama ini blog. Ahaha. Thanks Nurliyana..jasamu akan ku kenang:-). Nurliyana ni kwn aku yg plg lama aku penah kenal. Since umur 5 tahun. Kitorang 1 tadika dulu. Hope pasni aku akn dpt lebih ramai kawan dekat blog ni. Sukala baca blog2 korang. Sorila klw aku main terjah je. Saje tinggal jejak. Ahaha. Nak la jugak orang komen apa yang aku tulis ni. Penat tau perah otak nak menaip bla bla. Tapi biasanya aku menulis bila ada idea je. Tapi oklah kan blog ni..umur ku dah tak sesuai unt My Space ke Friendster ke. Itu tempat nak cari jodoh oklah. Haha.

Selain boleh dpt info baru, boleh tambah kenalan jugak kan kat blog ni. Macam sukalah dgn bloger2 sekalian ni. Sbbnya dari penulisan tu boleh tahu tahap profesinal korang. Then sbb dah pandai menulis kan..maknanya korang amatlah bijak2 belaka. Wahhh sukanya saya ber blog2 ini..

7 comments:

TiNiE said...

yer samala kita..akak pun memula dok suka baca blog org jer..tup tup ter create blog sendiri..memula cam ala2 jer updet..tapi skang since kelengkapan sumer ada..zasss jerla almost ari2 ada entry..

dimanakah level kakakmu ini?? profesional kah?? syok sendirikah?? suka berlagak kah..kahkahkah!!!

izzah said...

saya sokong!!!(kita kan ala2 menyertai dunia blog nie..sama2..hehehe..)saya pun suka gak ngan fazemy...(*0*)V

fazemy said...

hehe..Kak Tinie levelnya tkt 80 KLCC..haha. Yang bestnya kan blogger2 ni skalian mcm2 pekerjaannya..sngla nak cari keje kosong pasni..ye tak?Cik Izzah cikgu kan:-)

Tie said...

Hi hi...kak tie pun mcm ketagih je kalau tak bukak blog sehari...

Blog kak tie ni blog makcik je...sekadar utk memeriahkan dunia bloggers..hihi.. Kekadang rasa emo, lalu mulalah jiwang siket...he he..jangan lak terjangkit, ekk.

cendawanintim said...

dah berjangkit dah nampaknyer...jangkit melalui network kah???!!

honeysour's blog said...

hikhikhik..ko siap taruk muka aku ek emy...
malunyer aku...
anyway thanks...

bytheway, lagi satu tujuan aku berblog ni di samping buat diari ala2 visual kan, kita boleh carik duit maa...tak kesahla sikit ke banyak ke, mmgla lambat tapi kalau kumpul sikit2 jadi banyak maa...hikhikhik...

fazemy said...

Kira blog ni sesuatu yang berfaedah jugakla kan.

psss: Aku rasa aku dah berjangkit dgn korangla..hasilnya akan ku tepek gmbr giler glemer aku byk2 nnti.haha