Tuesday, December 2, 2008
Katakan TAKNAK pada PEROKOK!
Sejauh mana keberkesanan kempen TAKNAK merokok tu yer? Ada tak sape2 yang korang kenal baru benti rokok akibat kesedaran kempen tu?
Bukan nak ckp la..tapi klw kat Malaysia ni buatla apa2 kempen ke boikot barang ke..confirm tak berjaya! Haha. Sbbnya orang Malaysia ni kepala batu..degil! hiks.
Aku ada idea untuk jayakan kempen TAKNAK merokok ni. Untuk perokok tegar cam abah aku tu mmg tak dapek den nak nolongla. Kita tlg perokok level 3 dulu. Iaitu pemuda2 yang berangan nak kawin. Diorg ni biasanya start merokok lepas habis skolah. Ingat macho sangat la tu klw merokok.
Caranya ialah : Untuk gadis2 kat luar sana katakan TIDAK pada boypren perokok. Klw ada orang mintak couple. Tanya dulu...anda merokok? Klw dia kata Yes..korang kata babai je. Amacam? Sebabnya bila korang dpt suami perokok, kos kewangan keluarga anda akan kurang sbb suami anda akan beli rokok setiap minggu, atau mungkin setiap hari. dahla cukai untuk rokok ni makin lama makin tinggi. Cuba buat kira2 klw diorang beli RM3 sekotak. Itupun rokok jenama murah. Klw dah sebulan dah brapa? Itu blom time diorg tenshen la ada mslh la..hek eleh..ingt blh hilang mslh ke dgn merokok tu? Makin jd masalah kewangan adalah.
Faktor2 lain untuk korang reject pakwe perokok ni ialah sbb mulut diorg berbau busuk. Eeeyak. Bygkan camne nak cium mulut nanti (sensored). Haha. Kusyen2 kete berbau..rumah pun berbau. Blom sebut lagi aspek kesihatan. Lama2 korg hidup ngn suami perokok korang mati dulu nanti. Klw dpt lelaki yang nak mati sorang2 xpe..diorang boleh merokok kat luar rumah. Ada disiplin untuk tidak merokok dlm kereta. Takpe jugak klw suami mcm tu. Tapi yang aku slalu nampak dekat taman2 permainan, si ayah tgn kiri dukung anak umur 3 tahun, tgn sebelah kanan pegang rokok! Grrrrrr...
Ada sorang member aku ni mmg anti perokok. Klw ada orang merokok dekat dgn diapun dia blh batuk2 smpai nk mati..konon nk tunjuk begitu anti dgn perokok. Siap sembur2 perfume lg. Haha. Yang lawak dia..last2 dia dpt suami seorang perokok. Tapi dia tak tahu. Suami dia pandai cover line. Tp tak kan la dia x bau kot baju laki dia..tgk gigi laki dia ke..lbh kuning dari biasa. Entahla. Tp dia cukup bangga sbb dpt laki bkn seorang perokok. Yang suami dia pulak cerita dgn kitorang, dia klw kat rumah macam putus nafas sbb tak blh nak hidup udara segar dari rokok. Itu yang slalu bagi alasan nak keluar rumah. Nak ambik ubat. Haha.
Macam2 hal oarang merokok ni. Nak suruh diorang sedar sendiri entahlah. Dah nak mati kot baru insap. Upsss...Macam sorang pakcik aku ni. Time nak pergi haji, dia cerita dengan abah aku. Tak payah nak risau mana nak dpt stok rokok kat Mekah nanti. Dia dah listkan smua tempat2 yang blh beli rokok bila tggl kat sana nanti. Sebegitu tegar sekali pakcik aku tu kat rokok. Sementara nak tunggu masuk bangunan tabung haji tu ada la dkt 3 4 batang rokok dah aku tgk dia telan. Katanya nnti 8 jam dlm flight tak boleh nak merokok. Buat stok dlm perut dulu. Haha macam2. Pastu aku cakap smoga dapat haji mabrur nanti. Then dia jawab, ini haji Molborolah.
Asal diorg ni merokok dari skolah2 dulu kebanyakannya. Mula2 pengaruh kawan2, pastu ada yang merokok konon menunjukkan yang diorang ni macho. Macho ke bang? Lama2 dah jd ketagih. Cuba duit yang buat beli rokok tu di derma kat rumah anak yatim ke. Dah berapa agaknya pahala yang boleh diorg dapat.
Oleh itu untuk anak2 gadis skalian. Letakkan syarat no 1 untuk cari pakwe - Seseorang yang bukan perokok. Klw diorang berjanji akan berhenti merokok lepas kawin ke apa...lupakanlah janji diorg. Sbb diorng akan lupakannya lps korg dh kawin. Yang rugi sape? Syarikat pengeluar rokok gak yang kaya. huh huh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment