Friday, December 19, 2008

Arghh!Belagak je lebih.

Pernah tak korg kenal dgn org yg suka berlagak ni? Adoila malas aku nak layan org mcm ni. Tapi dah kawan sendiri kan..terpaksalah kuturutkan kata hatinya. Walau hatiku menyumpah seranah pada dia, aku dgr jelah crita2 kekayaan, kecantikan, kemewahan, segala ke ke kera yang dia ada. Aku dgr je. Padahal..he/she has nothing!

Org2 yg suka belagak ni biasanya crita je lebih. Klw bab2 bercerita tu mmg suka tokok tambah tak boleh la dia kurang dr pada org lain. Dia mesti nak lebih.

Kdg aku malu la dgn org mcm ni. Dia tak malu ke bila bercerita itu ini begitu begini tu..padahal kita kenal dia dah lama. Kita tahula apa yg dia ada. Nak jugak tu cerita yang dia ada rumah besar, kereta 2 3 bijik. Padahal bila dtg umh dia..."hemmm"...pastu bila jumpa asyik pakai kereta tu je. Tolonglah! Bkn nak ckp ko miskin ke tak mampu ke apa kan..tapi tolong jgn belagak boleh tak?!!!

Orang yang suka belagak ni kan, kdg malas kita nak tolong. Contoh klw dia buat majlis harijadi, cerita riak takbur segala...bernanah telinga aku ni dengar..cam grand je lah majlis nya. Alih2 bila dtg...aiyak..bihun je? Wakaka...rasa nk gelak golek2 je aku tgk hidangan dia. Tulah..klw dia tak berlagak, boleh la kami kawan2 dia ni smua pakat2 sponser makanan ke, kek ke, goodie beg unt tetamu ke. Tapi ini tak..cerita seperti semuanya dia dah ada.

Aku teringat lagi sorang makcik kat umh mak aku tu dulu. Belagak bkn main time anak dia nak kawin. Katanya tetamu yg dtg tu ramai, maklumla anak dia lawa ramai kawan. Pastu siap nak jemput org2 kat sebuah rumah warga emas lg. Memang kecoh setaman la kitorg (makcik2 mesyuarat tingkap je) time tu. Si Senah tu ada baget berpuluh2 ribu nk wat mjlis kawin anak dia..bla bla. Alih2 bila majlis dtg...lengang je majlisnya. Wakaka. Yang plg lawak bila org tanya mana warga emas yg di jemput tu? Kata dia diorg takde transpot nk dtg sini. Hok aloh..dah ko yg jemput..provide la bas skali cik senah oiii..Tak tahulah itu sekadar alasan atau apa. Atau mmg dia tak jemput pun org2 tua tu..tp yg pasti dlm tak ramai org dtg kat mjlis dia tu pun..Bukan tak ramai la cuma ala kadar cam org2 kawin biasa la. Anak dia tu bkn artis pun nk ramai2 dtg..Tapi cara dia bercerita tu cam gempak je majlis nya. Yang nasib baiknya bila org2 tua tu tak dtg ialah...makanan pun tak cukup. Adehhh...sudahla nak berlagak je kejenya tapi kedekut or mmg tahap tu je kemampuan dia. Hemmm..tulah makcik..lain kali jgn suka belagak tau!

Ok.Hbs cite Cik Senah tu. Aku nk cite psl sorg makcik ni. Sedara aku jugak la. Adehh malu nk ngaku sedara. Sori yerr makcik. Hik hik. Makcik ni aku boh nama Si Murni la plak.Cik Murni ni kitorg mmg kenal dia sekadar kerja kilang je. Laki bini kerja, so nampakla mewah sikit. Yang tak suka nya peel dia klw dtg umah org suka nak spotcheck dari 1 bilik ke satu bilik. Tanya2 harga sofa harga katil beli bape. Sebok je. Pastu yang tak tahannya bila kita ckp.."Sofa ni beli masa diorg wat promotion, dptla harga 2k"...then dia jwb.."Ye ke?Akak dulu ada jugak sofa mcm ni. Tapi dh bg org. Old fesyen dah. Dulu akak beli 4k. Yelah, mula2 keluar style mcm ni kan..mestilah mahal."...Arghhh...dahla nak belagak..sempat lagi dia ngutuk kata old fesyen tu. Hampeh btol!

Alih2 baru2 ni dia nk renovate rumah. Tak cukup duit,dia mintak dgn kitorg. Pastu siap pesan lagi jgn cerita kat org lain yg dia pinjam duit tu. Tapi dia..siap canang kat sedara mara lain yg dia wat rumah pakai duit bonus. Ayooo makcik nih. Hemmm kami pun redho je lah. Harap2 bayarla nnti yer. Jgn tak byr sudah! Tapi kan klw korg tgk makcik ni..dgn gelang emas ala2 mami jarum, rantai leher 2 3 utas cam rantai basikal dah besarnya..kenapalah tak jual je barang2 kemas tu? Ke zulian tu makcik? Wakaka. Tapi diani mmg..suka over tau! Baju nak mahal2..emas berselirat bagai..tak takut kena ragut potong leher apa. Pernah dulu dia sound laki aku kata tak mampu belikan aku brg kemas. Seb baik aku tak dgr time tu. Klw aku dengar sure aku jawab "Old fesyen dah tu makcik..org sekrg pakai rantai2 manik2 tu..murah pun murah..lebih bergaya. Pastu confirm takde org nak ragut". Kdg hangin jugak dgn org mentality mcm ni..org2 kampung la kebykannya..bg diorg..emas di badan tu ukuran kekayaan seseorang. Hemm..unt pengetahuan semua..saya ni elegik pakai emas. Mmg dari dulu tak suka pakai, klw pakai nnti naik ruam2..tak tahu nape. Kena pakai yang plastik manik2 tu blhla. Sujud syukur laki aku masa mula2 aku bgtau "i dont like barang kemas"..Haha.

Tapi mmg mcm tulah org yang suka berlagak ni. Perempuanla biasanya. Lelaki jarang lah ada yg prangai cam gini. Klw ada..ish ish..Apapun buat mereka2 yang suka berlagak tu, sudah2la. Cakapla bertapis2..klw ada cakap ada..klw takde cakap..mana tahu kitorg blh tlg mana yang mampu. Orang yang berlagak ni suka tgk hak org..pastu dia nak lbh. Cth: Jiran sebelah beli TV plasma 29"..dia nak jugak..yg 43" punya. Pastu dan2 tu jugak nak beli tu. Unt belagak la kan konon dia lebih berkemampuan. Tapi sesungguhnya apa2 yang korg berlagak tu kan, takdelah kami heran pun..yang rugi sape? Ko jugak! Dahla hutang keliling pinggang..tak psl2 laki bini boleh jd gaduh. Sudah2la tu berlagak..ukurlah baju di badan sendiri.


Psss : Semua nama dlm cerita aku adalah nama yg aku main boh je..pastu jln cite dh edit2 sikit. Mampuih aku klw diorg terbaca nnti. Tak psl2 putus tali pusat kena bunuh! Heh heh

12 comments:

Anonymous said...

biasala emy..
yg berlagak mesti owg pempuan..
bkn aku nk kata owg pempuan tp ni la hakikatnya...
dhla blagak, mengata n merendah2kan owg plak2..
dhla dpt title "berlagak" ni tambah plak title "poyo" !!!!

Anonymous said...

betul tu emy...
mostly yg berlagak ni mmg perempuan sbb selalunya dorang rasa bagus..
Actually, tak elok bermegah2 & berlagak dgn apa yg kita ada..kita kena ingat kalau kita kaya sekali pun ingat semuanya dr Allah..dia boleh tarik bila2 masa jer..sepatutnya kita perlu mensyukuri dgn nikmat yg diberikan bukannya berlagak...
~~K.Ida(honeysweetbaby)wakakak~~

Irine Nadia said...

arrgghh...nama gue MURNI seyhh..bahaya2 nih sama nama ngn dlm citew tuh..huhu

fazemy said...

Ahaha...ko ke yg belagak tu cik benjo..hahaha

Irine Nadia said...

bukan2...bukan saya,,ngeh3x;p

Tie said...

Hmm...harap2 Tie tak tergolong dlm orang yang gitu..tak best laa..hu hu..

TiNiE said...

ooo saya ada ramai kawan macam ni..tapi dah kita kawan dia kan..redha jerlaa

Oya Mokhtar said...

ish...yg nyata tu bukan akak tau!! hik..hik..hik..
tp kan nob..klu kat GM tuh..ader tau specis camtu..akak x nak ckp saper..yg penting..akak tgk ko slalu smash dia!! haaa..sapa itewwww..????

fazemy said...

Haha. 2la pasal. Org yg suka berlagak ni kan muka tak malu. Dahla menipu orang kenkonon dialah yg plg bagus..klw kita tak tahu sape dia oklah kan. Ni dah terang lg bersuluh..haha..malas nk ckp lbh2..kecik ati makcik tu nnti. ahaks.

S u H a I d A said...

hehehe..ada2 je emy ni tau..hehe..biasa la tu emy..manusiakan banyak ragamnya..=)

Anonymous said...

aahh emy..
org suke belagak ni mmg merata2 kt muka bumi ni..
kdg2 cakap je besar..ikot sedap ati n mulot dorang jer..tp padahal biase je level cam kite2 ni..huuhu
smga org yg camni cepat2 berubah n smga kite pn xtegolong dlm golongan org2 camni..
syukurla dgn ape yg ade~ (^_^)

fazemy said...

Betul tu, kena bersyukur dgn apa yg ada. Tapi kdg2 sakit hati dgn org yg berlagak ni. Menyampah! Rasa nak luku2 je time dia dok belagak dgn kita tu. Geram!