Malam ni malam new year. 31 Disember 2008. Esok dah masuk kalendar baru. Rasa kemeriahan nak sambut tahun baru esok ni lg meriah dari tahun baru Hijrah yang baru berlalu 2 hari lepas. Sedihnya kan umat Islam sekarang ni. Mengagung2kan sesuatu yang bukan dalam ajaran Islam. Sampai kdg aku terconfius ini amalan wajibke, bidaah ataupun dah kira haram hukumnya.
Aku dpt email yang bertajuk jgn sambut 1 Januari. Petikan email tu berbunyi:
"Bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31 Disember bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah. Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah."
Aku mmg tak terer bab2 agama ni, tapi PMR, SPM dulu Pendidikan Islam dapat A. hehe nak jugak bgtau tu. Aku tak kenal sape dia ulamak2 kat atas tu..tapi ada benarnya kata2 mereka itu. Yang menyedihkan anak2 remaja..arhh bukan remaja je..orang tua pun sama...terkinja2 nak celebrate new year. Tah hape2. Apa nak dibanggakan pun aku tak tahu. Apa yang dapat dok celebrate new year omputih tu? Konon nak tuju yang ko maju ke depan ke? Hemm..kesian aku rasa.
Kadang aku nak jerit bgtau kat orang2 yg dok bangga g tgk konsert, g tgk bunga api mlm new year tu yang bila korang mati malam ni,dah takde apa unt dibanggakan. Grrr..hish tak tahu la nak ckp mcm mana. After SPM dulu aku pernah kerja fastfood. Teringat lg kata2 manager aku. Katanya malam ni ramaila yang akan hilang dara. Aku time tu dahla inesen sangat. Malu dengar kata2 dia. Petang tu kitorang buat persediaan. Nak hadapi budak2 yang mabuk, sosial tak ingat dunia yang akan singgah ke store kami.
Tahla..takde apa pun unt di bangga celebrate new year tu. Bukan dpt ilmu pun. Klw nak kata nak tgk artis, bukan dpt tgk depan2 pun..kan ramai orang tu. Pastu sisih2 badan pulak. Eee dahla ada macam2 orang. Tak busukke diorang tu? Klw silap haribulan ada yang kena raba la..rogol la malam ni. Aku pun bkn baik pun. Aku taknak pun ckp lebih baik korg pegi buat qiamullail dari pegi tgk konsert new year tu. Sebab aku pun tdk sealim itu. Cuma aku nak bgtau yang mmg takde pekdahnya pergi tempat2 mcm tu.
**Yang bestnya tentang new year ni kan..sebabnya ESOK CUTIIIII!!!Yeyyyy..hehe
Wednesday, December 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment