Monday, March 21, 2011

Manusia Boleh Berubah Bila Dah Glemer

Sekarang ni macam2 cara orang buat untuk jadi glemer. Tak perlu jadi artis pun anda boleh glemer. Salah satu cara paling mudah ialah guna fesbuk. Jadikan diri anda "sesuatu" yang boleh membuatkan anda ada fan page sendiri dan di like oleh too many people.



Kalau pandai menyanyi. Itu bonus. Kalau muka cantik, taruk gambar anda banyak2. Kalau anda kaya show off segala harta anda. Pasti ramai yang add anda dan ingin menjadi seperti anda.

Yang tak cantik berangan nak jadi cantik macam anda. Segala gaya anda di tiru dan erh kenapa tak cun macam Hana Tajima pun. Wahaha...kalau dah makcik..makcikla jugak...ngak boleh jadi pari-pari. Kalau yang meniru tu agak cun, kurus, muda, boleh tahan lagi. Tapi kalau makcik2 yang menirunya...tak boleh tahan oiiiii!!! Pedih mata!




Kalau anda kaya..semua orang nak jadi cam anda. Boleh terbang sana sini. Pakai kete mewah. Barang branded2..kasut handbag. Wahhhhh smua berangan nak jadi macam anda. Tapi diorang tak sedar yang diorang cuma orang biasa2 je...untuk jadi macam anda diorang perlu mengambil masa yang agak lama. Kena kumpul model dulu..bukan habiskan duit simpanan yang anda dan gadai semua tanah kat kampung semata2 nak tubuhkan syarikat macam anda dan jadi macam anda. Kaya gila!

Rezeki kita atas nasib kita. Kalau nasib kita baik bila2 pun kita boleh jadi glemer macam mereka...lalu dapat mengubah wajah yang hodoh kepada lebih jelita menggunakan duit yang ada...dan kita pun menjadi idola mereka2 yang lain pula.


Hakikatnya..menjadi glemer memang mudah..tetapi bila dah kaya, dah cantik, dah terkenal..kita pasti akan berubah. Takde manusia takkan berubah. Sedikit sebanyak perasaan riak dan takbur dengan rezeki yang Allah bagi kat kita tu akan membuatkan kita alpa. Kita terpesona dengan keindahan dunia. Percayalah...orang yang tulis2 kat blog tentang handbag baru..kasut baru tu memang niat dia nak eksyen kat korang. Takde maknanya dia saje2 upload gambar tu semua untuk kenangan diri sendiri. Cuci gambar taruk dalam album kat rumah la weiii kalau nak buat kenangan sendiri. Ahaks.


Apapun..bila kita dah glemer..dah dipuja...jgan lupa ramai juga yang mencerca. Itu hakikat. Kalau ada 10 orang suka kita..pasti ada sorang yang tak suka. SO bayangkanlah kalau ada beratus2 ribu fan...bape ratus orang yang tak suka kita tu? kan kan. Mahal harganya bila dah jadi glemer ni. Kalau glemer sbb cantik..nak kena cantik je selalu. Kena jaga trampilan.


Papun tak salah jadi kalau nak jadi glemer. Harap tak lupa mak ayah sudahla. Lupa kawan2 takpe lagi. Dan ingatlah harga yang kita kena bayar bila dah jadi glemer ni. KEBEBASAN. Kebebasan kita takde lagi..dan kita perlu menjaga banyak perkara supaya orang tak mengata kita. Sape suka diumpat keji orang kan. Dan untuk menten keglemeran tu pun satu hal. Bukan kerja senang..sebab hidup ini ada naik dan turunnya. T__T




Gambar hiasan : Yuna yang glemer dari zaman Myspace dan Cikgu Shida dari Youtube.

3 comments:

~mrs azmi~ said...

ape barang kolot - kolot lagi cam dulu kanns...

kenela bertudung ikut arus fesyen, barula orang respect.

boleh gitu?!

Peri PiA said...

Hmmmmm,memang tak minat dia kembangkan career kat sana

bintang u tube tu,hmmm

izzah said...

lumrah alam..
bila di atas..selalu lupa apa yang ada kat bawah kan...