Thursday, March 3, 2011

Bukan Rakyat Yang Perlu Ambik Iktibar Kejadian di Mesir dan Libya Tu Tapi Kerajaan Dan Media Malaysia. Tolongla!



Dah lama aku tak buat entry pasal politik kan. Malas nak ambik tahu ok. Kalau ada pilihanraya kecil kat tempat aku ni sekarang...sumpah aku dok rumah je layan HBO dari pergi mengundi.


Sakit hati betul la tengok TV kalau pasal politik ni. Bukan sejak akhir-akhir ni tapi dah lama dah. Media kat Malaysia...tolongla!!! Erh diorang makan gaji je pun...bkn boleh buat apa pun kan.



PM kita suruh kita ambik iktibar kejadian kat Mesir dgn Libya tu. Jangan sampai kita pun jadi macam diorang. Perang saudara. Dato' Seri Haji Mohd Najib oiiii...patut anda dan puak2 andalah yang ambik iktibar dulu. Diorang kat sana rambut sama hitam, kulit sama gelap pun bergaduh...inikan kita di Malaysia...rambut ada yang kaler-kaler, mata besar sepet semua ada, kulit cerah gelap kelabu asap apatah lagi...dah tentu hati lain-lain. Tolonglah ambik iktibar. Rentikanlah kata2 nista untuk parti pembangkang kat media massa tu. Nak kutuk boleh kutuk...tapi biar dengar kedua-dua pihak. Ini dengar sebelah kerajaan je. Yang betul semua dari kerajaan yang salah semua dari parti pembangkang! Watdehel?



Revolusi rakyat boleh terjadi bila-bila masa sahaja kalau kerajaan semakin melampau. Hati-hatilah dengan generasi baru Malaysia sekarang ni. Sebab mereka lebih banyak menghabiskan masa layan Facebook dari tengok TV. Wink.

Ok takmo tulis panjang2...bukan PM add blog aku pun. hahaha.


Bawah ni video orang Libya yang nak lari masuk sempadan Tunisia. Semua lelaki je..mana perempuan ngan kanak-kanak?

">


Apapun saya tetap berbangga lahir kat Malaysia yang semuanya ada...cuma kadang-kadang kita je yang tak tahu nak hargai kan.

9 comments:

cikbedahlaser said...

ala.. xde button like ke?
mau like jugak.. byk2 okey?

well. aritu baru bincangkan dgn somi.. cite nye lbh kurang.. pasal revolusi pembangunan generasi muda.. eheheh ayat x nak kalah k..
mmg btol pon.. sy mmg ban la sotkabar n berita tv, nk nak RTM.. mmg say babai la..
ade satu hari tu.. dok umh mentua.. tau la org tua.. rtm mmg feberet.. dgr la ceramah/ucapan menteri2 nih.. sumpah sy rasa nk muntah..
org len wat ceramah x leh.. die wat ceramah politik x pe.. tlg jgn berat sebelah..

dlm bosan2 tgk politik negara ni. kena gak amik taw kan.. kang org dh gulingkan ketua kg.. kite baru nak wat gerakan.. heheheh

ayat dlm kak limah balik kg.. byk btol nye.. ;)

cubaan said...

ya emy..aku setujuuuu...
walaupun aku keje ngan kerajaan, tak semua aku setuju ngan dasar kerajaan..(wah berani ko cakap macam ni AnaLyana.=p)pedulik!

susah tul N17 nak naik N27. bertahun2 baru dapat naik..sob sob sob..

cubaan said...

emy, pls pasang button like tu. sebab aku pun nak like..haha sokong cikbedahlaser!

Queen said...

ramaiyang sokong..yang penting masa buang undi nanti kita buang elok2..sampai die tak leh nak cover dah...


taraf hidup rakyat kat malaysia ni makin membebankan..

gaji kalau pendapatan isi rumah 5k sebulan pun belum tentu cukup nak tampung living cost di malaysia ni..lagi pulak nak beli rumah yang harga 300k- 1.5million tu...itu pun yang ala2 je..belum lagi yang high end....

jadi sampai sudahla..rakyat malaysia...bumiputera..ditawarkan rumah bantuan kerajaan (low cost flat)...

yang kaya terus kaya..yang susahterus dihimpit susah

Dee said...

akak mmg x berapa gemor ngan kerajaan skrg ni..tp kan..yg pembangkang pun 2x5..jd kita dok umah tgk hbo sama2 jelah ye emy masa pilihanraya nti..

fazemy said...

Cik Bedah- Haah kena ambik tahu jugak sikit2. Senang nak join revolusi nanti. haha. Ok nnti study psl butang like tu yer.

Ana- Alasan kuat tu nak buat revolusi- pangkat lambat naik! hahaha.

Nik -Yup...nnti ko blh tulis kat manila kad besar2 psl harga rumah dan kos sara hidup tu yer. Kita jumpa masa demontrasi kelak:))

Itulah Kak Dee...kita sokong sapepun takde gunanya...hari2 tetap makan nasi lorrr.

atty's said...

kadang pikir benornya tah mana part demokrasi yg diuar2kan kat malaysia nie..

Diarihatiku1976 said...

setuju gak ngan apa yg disuarakan... cuma kita yg waras ni fikirlah secara matang.. buat per demontrasi??? buat per bertikam lidah??? yg penting mengundi... jgn masa mengundi nanti mcm-mcm citer plak yg kuar... satu lagi... bab gaji ciput ni... saya pun kejer gomen... saya pun terasa tapi saya pegang pepatah melayu.. besar periuk.. besarlah keraknya.. so besar mana pun gaji tetap tidak akan mencukupi... manusia mempunyai nafsu yg berkali-kali ganda...
bab umah plak.. tgklah di flat-flat rumah kos rendah...cth lembah pantai.. sentul.. bandar tun razak... keter sapa lebih besar??? sampai bila nak kata tak mampu sedangkan mampu???? cuma saja nak mengecapi subsidi lebih supaya org lain tak berpeluang dapat menikmati subsidinya...

fazemy said...

Kak Atty- Inilah namanya demokrasi terpimpin.:))

Kak Ina- Ialah..takkan kita nak bakar negara plak. Revolusi rakyat mcm tu hanya merosakkan negara sahaja. Tgklah contoh yg terjadi kat Kota Bangkok..Iraq. Tapi dgn adanya revolusi macam ni lah baru pemimpin atasan tengok pada yang bawah. Ni asyik naik jet peribadi je:=p

Klw ada revolusi mcm ni kat Msia kan...mesti 30% je yang keluar buat demonstrasi tu. 60% lagi dok rumah layan dvd...10% akn jadi mcm dlm video kat atas ni. tapi diorang naik Air Asia la. Winkkkkk!