Wednesday, March 10, 2010

Saya Nak Cutiiiiiiii...

Akibat ke"best"an review dalam blog Queen Desire a.k.a Nik Hakimah masa dia pergi honeymoon kat Bali last month kan..saya telah menjadi teruja untuk ke sana jugak. Kebetulan Air Asia buat promosi untuk ke sana minggu lepas...yeh NOW EVERYONE CAN FLY.


















Gambar2 cantik ni telah saya cilok dari flick seseorg. Lupa nak save linknya. Maaf yer tuan punya gambar sbb no kredit for u. But if someday u found my blog and claim this is your pictures...saya janji saya top up kredit henpon u k. Jangan marah tau. Hehe.


Saya pernah terbaca tau kat satu blog ni. Dia complaint yang Air Asia ni menipu je buat promosi murah2 tu. Hish..agaknya tak pernah masuk web Air Asia kot dia ni. Menyerlahkan kebodohan yang sedia ada. Keh keh ayat kejam. Register la dengan Air Asia tu. Setiap kali diorg buat promosi diorang akan alert uols kat email. So korang boleh check it out kat website diorg cepat2. Promosi2 murah yang agak H1N1 ni biasanya dalam 2 hari je. Pastu untuk travel 3,4 bulan akan datang. Jadi rancanganlah percutian anda.


Dan ini adalah bukti mmg Air Asia punya pakej murah giler. 5 hari 4 malam, KL-Bali Return Flight Ticket + Hotel = RM292 seorang. Murah tak murahla kan. Sila terjojol bijik mata anda.


Dah alang2 murah cenggini kan. Kitorg ambikla hotel yang berbintang2 sikit. Kalau yang Tune Hotel tu penginapan dia basic je. No aircond..just pakai ceiling fan. Pastu takde TV kat bilik. Boleh mati kutu kat kepala kalau 5 hari tak bukak TV. hah hah.



Rajin2 la check it out website Air Asia tu. Sekarang saya tengah skodeng untuk flight ke Tianjiang(Beijing). Sebab ada travel pakej RM228 seorang untuk 4hari 3 malam. Wahhh best ni kalau dapat bergambar kat Tembok China. Boleh la nanti cuci gambar tu besar2 pastu taruk kat Billboard tepi jalan nak masuk kat rumah tu. Yelah nak eksyen kat orang kampung yang saya dah sampai Tembok China. Hahaha sungguh kaum Batak.






Nota : Entry kali ini tidak sesuai di baca oleh orang2 kaya yang always pergi oversea tu. Sebab korang kalau nak pergi tempat2 macam ni petik jari je dah sampai...tapi orang macam saya ni kena petik suis komputer hari2 untuk dapatkan harga termurah. (^_^)

8 comments:

Queen said...

saya dah termiss promo kali ni sebab nak sangat ke beijing..boleh tak..ekekkeke.....tapi takpela..org kata, nak plan, plan betul2..kalau tak nanti nyesal je...ekekkeke

fazemy said...

Nik..pergi bulan 6 ni nak tak? RM1255 per person for 4 hari 3 malam hotel + return tiket + makan + tour guide.

@cu SaYaNg said...

Emy,

kalau ke China jgn lupa bawa duit banyak2 & beg besar...hehehee

Queen said...

alemek...bulan 6 nie ke..ndak sempat kumpul wang la kak emy...nak pergi china kena pakai visa..itu uang lagi...tahun depan ok tak?awal tahun...ekekke..
takpun kak emy bayorkan dulu..nanti saya bayar ansur2 dekat kak emy..ekekke

arryani said...

Best woooo..

mmg terjojol bijik mata...

Dee said...

emy..kalo pegi tu jgn lupa belikan akak souvenir tau..nak fridge magnet je..hahaha..

ye..akak tau..akak x malu..kuikuikui..

fazemy said...

Queen- Visa ke china RM100 je. Oklah next year. Pakej bln 6 tu unt 6 org ke atas. Family akak ajak jln2 jgk..tp tak tahu nk g mana ni. Klw lebih 6 org barulah murah.

Aryani- Kan kan...seb baik ada Air Asia..klw tak blm tentu mampu nak ke sana sini slalu. huuu

Dee- Peti sejuk nak jugak tak kak dee? hehehe

fazemy said...

Queen- Visa ke china RM100 je. Oklah next year. Pakej bln 6 tu unt 6 org ke atas. Family akak ajak jln2 jgk..tp tak tahu nk g mana ni. Klw lebih 6 org barulah murah.

Aryani- Kan kan...seb baik ada Air Asia..klw tak blm tentu mampu nak ke sana sini slalu. huuu

Dee- Peti sejuk nak jugak tak kak dee? hehehe