Wednesday, March 17, 2010

Kalau Seumur Hidup Tak Pernah Pergi Langkawi Kenapa Pepoyo Nak Pergi Bali?

Ramai kawan-kawan saya yang sebelum kawin plan nak honeymoon kat Bali. Sambil bercakap dengan angkuh lagi riak menunjukkan isyarat sedang berlagak kepada kawan-kawan, si dia bersungguh-sungguh menyatakan Bali ialah destinasi honeymoon mereka. Kitorang tak tanya pun:=p

Ending dia : Lepas kawin mereka tak sempat berhoneymoon pun. Alasan "bunting pelamin". Eleh...kalau betul2 dah order tiket, boleh je pergi. Bukan mengandung perut terus sarat jadi 8 bulan lalu pihak penerbangan tidak membenarkan anda menaiki pesawat tersebut. Cerita je lebih, duit nak kawin pun hutang sana sini, ada hati nak honeymoon kat oversea. Huh!
Melancongla ke Langkawi...tak kurang cantiknya pun dari Bali tu. Ciptaan Allah semuanya indah-indah belaka. (Saya boleh jadi agen cuti-cuti Malaysia tak? Kutuk2 tempat pelancongan lain pastu promote tempat sendiri. hahaha kejam).
Gambar "derma"an dari makcik google ini ialah Hotel Awana Porto Malai, Langkawi. Inilah tempat yang akan Nik Hakimah duduk nanti. Ingat yer Nik, voucher tu expired 26 April 2010. Cepat2 booking yer.
Hotel ni cantik tau. Dia terletak jauh dari Pekan Kuah(Bandar besar Langkawi-tempat yang ada burung helang besar tu-Org2 yang naik feri dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis turun kat sini la). Dari hotel korang boleh naik kereta pusing satu pulau ke Pekan Kuah tu tanpa melalui jalan yang sama. Kira satu Pulau Langkawi tu korang redahla. Syokkk..
Jangan lupa minta bilik "seaview". Kena tambah RM50 sahaja. Best tidur malam mengadap laut. Akak dulu tidur tak tutup tingkap. Sangat batak untuk mendengar deruan ombak. Kadang-kadang terdengar bot kapal layar yang berlabuh betul-betul di belakang hotel. Kalau bernasib baik boleh tengok Star Cruise berlabuh. Besar giler...
Masa kitorang duduk kat sini dulu, ada cerita tamil kot buat filem kat situ. Siap menari tunggang terbalik kat dek belakang hotel ni.
Pagi-pagi breakfast korang dudukla kat meja luar dek tu kalau hari tak hujan la. Sambil makan, buang tulang ayam dalam laut. (Sila jangan cemarkan alam sekitar yer). Nanti boleh tengok ikan-ikan berenang berebut2 nak makan. Jernih je air kat situ. Ikan pun very colorful.
Pemandangan dari satelit, yang U itu adalah hotelnya.
Time malam pun cantik hotel ni. Romantik je suasananya.
Bawah ni garden view. Kolam renang dia pun cantik.
Lobi hotel cam biasa-biasa je. Tak gah pun. Kekurangan hotel ni daris egi perabot diorang kot. Katil pun pakai katil rotan. Maybe dulu-dulu cantikla, konon traditional concerp, tapi kalau dah lama-lama nampak mcm old skoll.
Jangan lupa bergambar byk2 kat dek ni yer Nik.

Time malam diorang buat BBQ kat dek ni. RM40 je seorang. Makan la sampai buncit perut tu. Huuu




Pergi Langkawi jangan lupa :

1) Sewa kereta bila dah sampai Pekan Kuah. Jangan layan orang2 yang offer kat Kuala Kedah/Perlis tu. Kalau bukan musim cuti sekolah, kereta Myvi pun boleh sewa RM30 sahaja untuk 3 hari 2 malam.

2) Ambil peta di Pekan Kuah. Diorang bagi free je. Senaraikan tempat yang korang nak pergis epanjang di sana, pandai-pandai la arrange masa. 3 hari tak cukup rasanya kalau nak pergi semua tempat. Underwaterworld, Cable Car, Rumah Padi, Mahsuri dan banyak lagi tempat menarik untuk dilawati di sana.

3) Pakej 7 pulau. Boleh ambil di Pekan Kuah atau dekat tepi pantais ebelum masuk hotel tu pun ada. Tanya je abang2 bot tu. Selama 4 jam diorang akan bawa ke 7 pulau macam Beras Basah, Dayang bunting dll lagi. RM40 seorang. Pandai kautim boleh murah lagi.

4) Island Hoping-Pulau Payar. RM60 seorang. Kalau ada 1 hari yang free ambilla pakej ke Pulau Payar ni. Pergi dekat kaunter Pekan Kuah tu tanya. Diorang akan datang ambil dengan bas pagi dan bawak ke Pekan Kuah, naik feri lalu ke Pulau Payar. Jangan lupa bawa baju dan makanan yer. Lunch disediakan. Jangan lupa juga bawa roti gardenier untk bagi ikan makan. Kat sana diorang jual roti expired pun RM4 sebungkus. Dahla mahal kesian pulak kat ikan2 tu makan roti expired. Sob sob sedih. Kat Pulau Payar ni best, boleh berenang2 dengan ikan. Air dia jernih je. Kalau kita dok bersidai tepi pasir pantai tu pun ikan datang dekat dgn kita. Nak manja2 dengan kita la tu. Haha. Macam2 kaler ikan ni ada..besar kecik sampai ke anak jerung pun ada. Huhu best.

5) Untuk shopping, jangan lupa bawa pulang minyak gamat, kain batik, pinggan mangkuk dan coklat. Semuanya tidak dikenakan cukai. Tapi limite RM500 sahaja seorang. kalau kita datang balik hari memang harapan la kena tahan pagwai kastam kat jeti. Takde bukti tidur hotel, cukai dikenakan.

Makan-makan kat Langkawi tu pun murah-murah je. Takyahla makan kat restoran2 besar tu mmgla mahal. G makan kat gerai2 orang kampung tepi pantai tu. Dah la harga murah siap disapa angin laut lagi time makan tu. Romantik sungguh rasanya. Ceeewah.

Oklah that's all. Kalau belum pergi Langkawi takyah la nak pergi Bali. Sebab macam2 ada kat Langkawi ni...kalau sebab batak nak naik kapal terbang sangat, naikla Air Asia ke Langkawi ni. Kena time promosi RM9 je sehala. Berbaloi-baloi.

Pesanan khidamat pelancongan ini dibawakan khas untuk Nik Hakimah (budak yang dah sampai Bali tapi Langkawi tak pernah jejak lagi..ko lah orang yang akak kutuk tu...hahaha gelak kejam) . Btw selamat bercuti...jangan lupa ole2 untuk akak yer. hehehe.

9 comments:

CikPuanMiera said...

langkawi mmg best...
tp aritu pegi xpuas jalan..
sbb xlarat nk manage xtvt family day lg.. nk jalan lg..

tapi mmg nak pegi langkwi lg.. huhu xpuas xpuas

Queen said...

cess....siap kutuk...ahahhaha..gile kejam tak hengat....
tapi thanks utk info yang berguna nie...sebab kitorang dua ekor laki bini nie memang tak pernah pergi langkawi....ahahhaha..hile batak...padahal bali dah pergi..(bali tu jela satu2 nye saya keluar negara...ahahha..lagi nampak batak..)


kami sukakan adventur...pergi langkawi ni nak naik bas wooo..ahahahhaa..matila pengsan tengah jalan...pergi bali jimat2 tak ingat...


tapi bila saya kira2 balik...kos saya ke bali..dengan kos saya ke Langkawi dah jadi sama..baik saya gi Bali..wahahahhahahahhaha

fazemy said...

Miera- mmg klw pergi sekali tak cukup masa. Klw pergi lama pun cam kita dah penat berjalan. Takpe lain kali dtg lagi. Saya last year pegi 2 kali. 1 jalan2, 1 kali lg semata2 unt shopping. huuu

Nik- Memang pun. Hotel2 yg Air Aisa sunggest smua mahal2. Klw ambik pakej Sabah Sarawak contohnya lg mahal dari pergi Endon. Bek pergi endon kan..duit diorg pun murah.

Unknown said...

alahai..lamanya tak jejak kaki kat sana huhuhu

Unknown said...

Yeah. Awana Porto Malai mmg cantik. Tapi sekarang better than dulu masa aku pegi. Time dia baru2 bukak tu..

And Bali jek kot. Takde apa yg nak dibanggakan. Hahaha.

Unknown said...

salam emy. wah... memang wajar emy jadi ejen pelancongan domestik. banyak betul maklumatnya untuk bercuti di langkawi. teringin nak pergi lagi tapi bajet tahun ni nak ke tempat lain.

Dearie Pearls said...

Waah Emy..

Best nie..

*Bercutilah di dalam negara..

Segalanya ada di sini..

Dee said...

hahaha..akak honeymoon kt langkawi je..lg sempoi..naik bas jew..hihihi..

fahana_ann said...

betul betul..langkawi pun ok ape..tempat2 lain kat malaysia ni oke..best.,.cantik. kot la nak merasa iklim tempat lain, go on je..tapi be prepared>_<

thnx 4 sharing maklumat brmakna kot nak p langkawi tu..senang2 je kena tipu nnti