Tuesday, March 16, 2010

Saya Dah Beli Rumah Sebelum Umur 30 Tahun.

Ada seorang kawan saya ni masuk MLM tau. Yang tak boleh blahnya dia taruk gambar kereta BMW sape2 tah kat dalam facebook dia pastu tulis description yang berbunyi :
"Saya telah berjaya memilikinya..anda bila lagi?"
Haha sungguh tidak boleh blah. Sedangkan kami kawan2 yang mengenali dia di luar sana tahu yang dia pakai kereta Wira second hand je pun. Huhuhu. Macam gambar flyers MLM yang lain2 jugak la. Dan dan je posing kat kereta Mercedes bagai, tah sape2 punya kereta tah.


Dan inilah rumah yang saya beli tu. Haha sila kagum dan percaya yer. Ini adalah antara rumah-rumah Billionaire di dunia. Dan ini bukanlah satu2nya rumah yang diorang ada pun. Dah kata orang kaya kan, confirm ada 2,3 bijik rumah. Mungkin berpuluh2 bijik rumah mereka ada. Beli rumah besar2 pastu bukan duduk pun. Yang bestnya tukang sapu rumah diorang tu la, dapat dok rumah orang kaya. Yipppie..

Kat atas ni rumah Bill Gates. Dan macam Impiana Cherating punya bentuk dah. Yang comel kat bawah ni rumah Steven Spilberg. Pemandangan dari helikopter mmg nampak comel, kalau masuk dalam rumah dia ni mau seluas mata memandang nih.


Yang ni rumah Billionaire Ralp Lauren. Anda yang suka beli brand polo lah punca kekayaannya.
Bawah ni rumah billionaire dari Sydney, Australia. Nape org2 kaya suka dok rumah dalam hutan ni?
Salah satu rumah Oprah Winfrey. Tapi dia biasa duduk kat town house di New York tu. Senang nak pergi studio dia.
Ni pulak dalam pembikinan rumah billionaire dari India. Dasyat..bilamana ramai rakyat India lain duduk bergelimpangan takde tempat tinggal, dia bina rumah bernilai bilion2 US dolar.
Yang bawah ni rumah dekat London. Laksmi punya rumah...nama macam orang dari India. Tak tahula dia kaya sebab apa. Tak kenal.
Rumah George Lucas. Macam Istana.
Rumah jutawan hartanah, Donald Trump. Mau bersalut emas satu bangunan nih. Tak tahu kenapa saya tak suka la tgk muka Donald Trump ni. Nampak angkuh.



Dasyat sungguh rumah2 mereka ni yer. Yang saya tak mention nama tu sebab saya tak kenal mereka kaya sebab apa. Tapi mereka2 inilah orang yang anggap duit macam daun je. Petik daun dapat sebijik rumah berharga berbillion2. Fuhhh...

Sumber gambar : forbes.com

Dah setel pun urusan pembelian rumah saya tu. Alhamdulillah. Tak sangka angan2 saya untuk memiliki rumah sebelum umur 30 tahun menjadi kenyataan. Tahu tak saya beli rumah apa? Of course la korang tak tahu kan. Ni nak bagitau (berlagak la kiranya nih..lalala), saya dah beli rumah teres satu tingkat. Muahahaha. Teres 1 tingkat je? Huhu..kecoh je lebih erk. Dah la rumah intermidiate plak tu. Dulu pepoyo kata kalau beli rumah teres taknak beli rumah kat tengah, takde ruang nak extend la, nak rumah corner lot terus..ada banyak tanah...bla bla bla. Haha biasalah cerita kena lebih. Hehe.

Apapun rumah teres 1 tingkat memang impian kami pun. Sila refer 1st entry pasal rumah impian kami dulu. Memang awal2 dah mention nak rumah 1 tingkat je. Mulanya kami nak ambil rumah 2 tingkat, tapi pikir2 balik leceh. Bayangkan bila saya balik kerja nak kena naik atas dulu taruk kunci, handbag, bukak tudung dalam bilik kat atas, pastu nak kena turun balik ke dapur bawah untuk memasak. Arghhh kurusla saya macam tu. Heh heh..leceh sungguh.

Bila mak saya bising suruh ambik juga corner lot yang ada basic je (rumah baru), saya fikir 40 juta kali. Hemmm nak kumpul deposit rumah ni pun sampai makan tulang ayam (means bila makan ayam gigit smpai ke tulang...slurpp slurpp ayam penyet) , dah masuk rumah nanti nak kena kluarkan duit lagi untuk pasang lampu, grill dan lain2 lagi. Mana nak cekau duit lagi?

Last2 kitorang ambik rumah teres 1 tingkat. Rumah berusia 8 tahun tu dah siap renovated habis. Dari depan sampai ke belakang. Tiles penuh, ceiling penuh, pakai lampu downlight, dekat garaj ada kolam ikan, 2 bilik ada almari psg siap lekat kat dinding tu, kabinet dapur and shoes cabinet also. Yummmy. Nanti pindah susun barang masuk dalam lemari je. Takyah nak susah2 lagi. Memang cantik rumahnya. Orang tu pun baru je renovated rumah, so cantikla lagi..idakler cat dah kusam2 ke tidak. Lawa...like new house gitew.

Pastu ada pulak yang berkata dengan nada jeles. (Tidak. Nada cakap dia tak jeles tapi saya tau dia dengki..heh heh).

"Kenapa kau beli rumah setingkat tu, ambikla yang 2 tingkat punya.
Takpun ko ambik corner lot basic, sama je harganya. Besar pun lagi besar, esok2 anak dah ramai senang nak besarkan rumah ke apa."

Well, haritu dia ni jugak yang cakap kat saya :
"Ko ni kerja berjalan(honeymoon) je. Tah bila nak dapat anak tah. Lama2 nanti
last2 sorang anak pun ko tak dapat tau."
Saya bukan apa. Itu je yang saya mampu buat masa ni. Dah ada rumah sendiri dah cukup bagus dah. Alhamdulillah. Berapa ramai lagi manusia yang takde rumah kat dunia ni. Tinggal dalam kotak, duduk dalam rumah yang hampir roboh. Paling tidak yang duduk dengan mak mertua lagi. Arghhhh lagi ngeri. Saya ni dah kira beruntung sangat2 dah. Syukur alhamdulillah. Ukur baju biarlah di badan sendiri.


Andai kata saya beli rumah corner lot sekarang:
1) Dah tentu saya akan sengkek2 sekarang ni. Kesilapan pengurusan kewangan yang selalu orang lakukan ialah bila gaji RM3000, mereka akan spend about RM1500 untuk ansuran bulanan kereta sahaja. So apa je yang tinggal. Mampu memangla mampu, tapi balance yang ada ciput je. Dan saya taknak melakukan kesilapan yang sama.

2) Memangla sesuai untuk pelaburan masa depan. Sebab harga rumah makin lama makin naik. Kalau beli rumah besar dah tentu makin mahal harganya esok2. Tapi itupun kalau esok masih ada. Saya kenal dengan seorang arwah ni, siap je rumah yang dia idamkan, dia jatuh sakit lalu meninggal sebelum merasa kemewahan rumah tersebut. Itu ok lagi, anak2 boleh berebutkan rumah tersebut, tapi andai kata berlaku gempa bumi ke, tsunami ke-hilang sudah rumah tu. Insurans pun tak cover kalau bencana alam ni. Sebab hidup ini sementara cuma..apalah sangat harta dunia yang dikejar itu. Melaghokan semuanya. Menjadikan kita manusia yang riak dan takbur lalu lupa pada kuasa Ilahi.

3) Lagipun kami tinggal berdua je. Buat apa rumah besar2. Kang sorang kat dapur sorang lagi kat atas. Masa bila nak berkomunikasi tah. Lagi satu yang sekarang ni duduk rumah flet kecik pun saya jenuh nak mengemas rumah. Itu belum ada budak kecik (anak) yang berlari2 memunggah barang mainan sana sini. Kita kemas kat sini dia pergi sepah kat situ. Nak kena budak nih! Grrrr..

4) Bila beli rumah baru, banyak yang nak kena renovate. Duit satu hal, masa pun satu hal. Dahla kadang sampai sebulan rumah bersepah tak siap2, dibuatnya tokey Cina tu mula2 cakap kos renovation dalam 20ribu je..alih2 kerja dah siap ada plak charge tersembunyi dalam 10ribu. Dah kena korek segala tabung bagai masa tu. Bukankah lagi bagus duit yang ada tu buat makan2 besar ke, melancong ke...kan best. huhu.

Pasal masa depan tu biar Allah sahaja yang tentukan. Kalau ada rezeki lebih, anak yang ramai esok2, kami belilah rumah yang lagi besar kan. Memangla beli rumah "terpakai" camni kita tak boleh decorate ikut citarasa sendiri. Sebab smuanya dah sedia adakan. Dan takde harapan la nak ada entry yang bertajuk seperti "Kitchen Cabinet Idaman Saya" ataupun "Berapa Cost Untuk Extend Dapur Korang?". Takpe, saya still lagi boleh buat entry seperti "Cat minyak ke cat kapur yang cantik?" ataupun "Saya lebih suka konsep rumah moden daripada english style sbb nampak simple dan kemas je". Bila beli rumah sebelum umur 30 tahun ni, interest dia takdela tinggi sangat. Lagipun bila menyewa rumah orang ni, bulan2 kita bayar sewa, last2 rumah tu bukan dapat kat kita pun kan. Jadi apa salahnya bulan2 bayar lebih sikit daripada biasa, sekurang2 ada sebijik aset masa depan kita.

Saya bukanlah billionaire yang boleh beli rumah sesuka hati je, tapi saya beli rumah yang boleh menyenangkan hati. Home sweet home bak kata omputih. Dan mungkinkah ini rumah pertama yang dimiliki oleh seorang billionaire masa depan? Who knows? (Berangan la..apa lagi..huhuhu).


Rumah baru saya. Taraaaaa....


-GAMBAR DAH DELETE! NNTI KORANG DATANG ROMPAK LAK UMAH AKU TAK PASAL2. HEHE-

22 comments:

CikPuanMiera said...

haish.. xhabes2 org nak mengata....

xpe xpe...
biarkan die...
huahuahuahua

Ana Lyana said...

uwaaaa...cantek umah ko mi....ni kat area mane ni?

fazemy said...

Miera- Itulah pasal. Orang ni kalau keburukan org lain laju je dia nak mengata..kelebihan org dia taknampak pulak..keburukan sendiri apatah lagi. Haha.

Liana- Dekat2 shah alam. wink wink

Queen said...

fuh..rumah tu dah santek...dah tak payah pening2 kepala nak hias ke hape kan...syabas kak emy..saya pu ne jugak berusaha keras meras..ekeke

sufiza said...

cantik arrr umah ni
masuk cuci kaki je
best2..
sy pon suka umh mcm gini je
susah umh beso2 ni
duk pon berdua kn
xsabo nk umh sendiri...

Diarihatiku1976 said...

pi lantak apa org nak kata.. bukan kita minta duit dia pun.. yg penting kita dah ada umah sendiri... nanti jgn lupa jemput open house ekkk.. ahahksss

SYANI said...

cantiknya rumah.... tak rugi beli rumah nih..

Dee said...

kalo akak pun beli rumah setingkat je emy..nak2 kalo dh tua sok..xdenya larat nk panjat2 tangga..kalo ada anak2 kecik pun x jenuhlah..kalo x main tangga je keje deme..

buruk2, kecik2 pun umah sendirikan emy..lain rasanya dr byr umah sewa..hehehe..

mYpRecious said...

ala comlenye pagar.. canteklah umah akak neh...

bile stat duk sane kak?
mesti tak sabar kan?

Unknown said...

alhamdulillah..rezeki murah dapat beli rumah awal..congrats ye awak =D

awin... said...

lawa2....x sbr nk p open hse umah ko raye nti...huhu

Nurulhuda|Adlie said...

aku suka! well, ur own money u handle it well, ATLEAST sudah ada aset, haha.. yang bercakap2 tu agak aku adalah DENGKI. haram jad sikit kan mulutnya.

pas ko stabil dgn rumah ni, bg masa sikit ko dah boleh invest satu lagi property, sewakan pastu beli lagi prop, sewakan.. lama2 ko senang goyang kaki jadi tuan tumah.. haha sesuai dah dengan gaya ko emie.. =)

ape pun aku masih nak kata, i likeee! haha..

Ctnurkhijah said...

ct dok bayang umah teres biasa2 ja tp tgk las pic tu....hu yoooo santek maa...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Bestnya!
Dah ada rumah sendiri.
Zara entah bila.
Sekarang ini mahu kumpul duit beli kereta dahulu.
Hehehe~

Hanisumayyah said...

tepat tindakan beli rumah ni...syabas!

mama uzma said...

jahatnya mulut org tuh...EeeEE klu iena kat tempat emy...x tau la apa jadi..


itu ke rumahnya..cantik sgt weii...
mesti puas hati kan...x yah buat apa2 lg..

fazemy said...

Queen - Huhu..make sure simpan duit byk2 dulu. Nak beli rumah ni bukan cam beli kereta. Paling koman 20ribu kena ada dlm tgn. Tu blom termasuk bayar loyer, charge bank smua lg. Byk pakai duit.

Sufiza- Haah takyh pening2 dah. Tp ada jugak yg tak suka. Kata tak boleh nak dekorate mcm citarasa sndiri. Tp klw dah lawa buat apa nak dekorate lg kan.

Kak Ina- InsyaAllah. Dah jemput nnati jgn lupa dtg pulak yer. huhu

Aishah Hani -Tenkiu..

Kak Dee- Betul2...ada org pernah tanya saya tak takut ke duduk rumah sorang2 kdg2 tu. Alah dah rumah sndiri apa nak takut. Kalau berhantu pun rumah tu, dah jadi bestfren pun kita dgn hantu tu. kekeke

fazemy said...

Rafidah - InsyaAllah dlm masa terdekat. Akak nak berenti kerja dulu. Rumah ni jauh drai tempat kerja akak.

Adlina - Terima kasih. Itulah rezeki. SYukur.

Awin - Ko kena dtg awal tau WIn..tolong masak. Haha

Huda - Perluke aku pakai sluar pendek dan berbaju T pagoda sambil meminta duit rumah sewa tu? Hah hah. InsyaAllah klw esok2 ada rezeki lebih yer. Manalah tahu kan. Tunggu semput yang ni hilang dulu la.

Siti-Cantek erh..kredit to house owner before this.

fazemy said...

Zara - Slow2 la dik. Yang penting duit deposit tu kena byk. Mcm beli kereta klw boleh byr deposit byk2..bln2 takdela sakit. Pastu make sure ada byk simpanan jugak. Pakai kereta ni nak kena isi minyak la..servis kereta la..dibuatnya kereta mogok mau kena charge 2,3 ratus merepairnya. So duit kena ada byk. Banyak cakap je tak guna. Hah hah.

Hanis- Thanks akak.

Iena- Aku kutuk2 ni orang tu tahula Ina..dia baca blog aku. Hah hah.

Mitchell said...

haish.. xhabes2 org nak mengata.... xpe xpe... biarkan die... huahuahuahua

Anonymous said...

I do not know if it's just me or if everyone else experiencing problems with your
website. It appears as though some of the written text within your content are
running off the screen. Can someone else please comment and
let me know if this is happening to them too?
This could be a issue with my web browser
because I've had this happen before. Kudos

My blog: webcamporno

Anonymous said...

Given a choice, would you like to wander on the dusty and rusty streets
or you would like to walk inside a mall that is neat and clean, and provided
it is the hot humid day of summer season. Whenever searching for a great cleaning company it is also
best to observe the materials they will use. It won't cost that much to
hire, which in turn is perfect for people who would
like to try it out and see what are the results.


Feel free to surf to my webpage: upholstery cleaning
balmain (www.womo.com.au)