Thursday, March 18, 2010

Bila Model Baju Pengantin Berjalan Kucing

Last week saya pergi pameran Matta kat PWTC tu. Baru masuk Hall 1 dah pening sebab orang ramai sangat, terus saya beralih naik ke tingkat atas tengok Pameran Pengantin. Tapi bila dah balik menyesal plak tak masuk Hall 2 dan 3 tu. Kawan-kawan cakap kat Hall tu lah banyak Pakej Ground yang murah2. Arghhhh..Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian sob sob sob..

Kebetulan masa naik kat atas tu diorang baru start show baju pengantin. Apa lagi, kami dudukla kat tepi pentas tu, menghilangkan lenguh di kaki sambil mencuci mata. Huuu.
Banyak butik yang terlibat dalam pameran ni. Dah tentula butik-butik mahal belaka. Mana tidaknya, sewa untuk join pameran ni je pun diorang dah charge berapa. Kalau takat butik-butik cikai...hermmm..



Kitorang duduk tak lama pun. Jadi tak banyakla contoh baju yang dapat di snap. Kat atas ni mak nyah. Bila dia naik pentas je semua orang feewit feewit kat dia.



Saya suka baju kat atas ni. Ala2 gaun tapi dress. Cantik, nak buat baju raya camnilah satu. Lalala.

Bila tgk budak-budak ni pakai baju cantik-cantik je, teringin nak kurus balik. Tapi tulah...nak exercise malas. Makan rajin sangat. Gulp..
Ni baju yang saya suka tu..budak yang pakainya pun cumel je.

Kalau saya baru nak kawin kan, mesti saya pilih fesyen baju ni. Kebaya jubah. Cantik dan sopan(^_^).



Sebab suka baju ni jugak, budak tu kena posing byk kali special untuk kitorg je. Kameraman lain berdiri hujung pentas..kitorg duduk atas kerusi tepi pentas. Heh heh. Fesyen ni pun untuk baju raya nanti. Gegege..

Sejak Mawi Ikin kawin warna grey, dah jadi trend dah warna ni. Dulu orang tak berani nak pilih kaler kelabu ke hitam ni. Sekarang semua kaler jadi pilihan.












Mak nyah tu lagi..siap menari2 U.

Oklah itu je gambar yang ada. Ni sape punya kawan ni? Suka benar posing. Tiap kamera orang dia berhenti posing. ^_^

7 comments:

Queen said...

santek2..ade duit dengan tak jela kan..ahahah

zai@jai.../kak long@alang said...

ko baik2 komen...gambar yg ko snap tu ada lah salah sorang bloger yg selalu saya follow...nk tau sape...?! tu yg pakai baju stail ala jawa...mak andam tuh... ha ha ha...

fazemy said...

Ye ke. Cakap kat dia gmbr dia ada kat blog saya. Nak copy bayar! hahaha..

♥princess bongbong♥ said...

kak, nape tak jumep sy time MATTA fair kak oi...sy secretariat tau!! kalu akak jumpe sy, sy kasi tiket masuk free tau!! siap beg lg..xyah beratur panjang2...adoiyai...

mmg kt hall 2 & 3 bnyk pakej international..hehehe xpe la, september ni ade lg..

fazemy said...

Maziah- Tahu..ko update stiap jam aktiviti kat Matta tu dalam fesbuk. Malas la nak jumpa ko. Akak ni pemalu. hehehehehe

nUR_rOsALiNdA said...

fuh!!! tgk pic2 tu rasa cam nak kahwin lg jer..tp ng org yg sama

LotsOfLove-Pearls said...

Rambang mata..

Lawa2 belaka..