Monday, May 25, 2009

Katakan TIDAK kepada KEGANASAN RUMAHTANGGA

Assalamualaikum wbt….

Anda BERDEPAN DENGAN MASALAH KEGANASAN RUMAHTANGGA tetapi tidak tahu dengan siapa untuk dirujuk?

Anda SERING TERDENGAR JIRAN SEBELAH RUMAH ANDA DIDERA SUAMINYA tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk membantunya?

Anda INGIN MEMBANTU SAHABAT-SAHABAT ANDA DI LUAR SANA tetapi anda tidak mempunyai sebarang info yang boleh anda jadikan panduan?

Ingin menjadi sukarelawan?

Bantulah mereka yang memerlukan bantuan anda kerana tidak semua daripada kita boleh mengecap nikmat bahagia di luar sana.

JOM kita tambah ilmu dan pemahaman kita mengenai isu ini.

ISU KEGANASAN RUMAHTANGGA
ISU HAK YANG DIABAIKAN
ISU MEREKA YANG TERANIAYA


Sertai kami di

SEMINAR KATAKAN TIDAK! KEPADA KEGANASAN RUMAHTANGGA, LITERASI UNDANG-UNDANG WANITA, KELUARGA DAN KANAK-KANAK

Pada
30 Mei 2009 (Sabtu)

Masa
8.30 pagi – 1.30 tengahari

Tempat
Dewan Suria,
Construction and Industrial Safety Training Centre Sdn Bhd,
Ground Floor
Bangunan Pro Centre,
Lot 3301, Batu 8, Jalan Ulu Kelang,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan



ANJURAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor
Seksyen Sektoral, UPEN
Sekretarial OSCC
Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang
Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Ampang Jaya

OBJEKTIF
1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu-isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.
4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.


TENTATIF PROGRAM

MASA
TENTATIF
8.30 pagi
Ketibaan dan pendaftaran
8.45 pagi
Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis. Ucaputama oleh YDP JIM Ampang Jaya
9.00 pagi
Modul 1 : Keganasan terhadap wanita, isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksualiti

PENCERAMAH : Dr Radziah Jabir
Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Selayang Baru
10.00 pagi
Rehat dan Kudapan
10.15 pagi
Modul 2 : FORUM OSCC – Maklumat dan peranan OSCC disertai persembahan multimedia OSCC
PANEL :
Dr Ridzuan Bin Dato’ Md Isa
Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Ampang

Encik Abd Razak bin Aziz
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Ketua Polis Daerah Gombak

MODERATOR : Dr Badiah
11.30 pagi
MODUL 3 : Literasi Undang-Undang yang melindungi wanita & Biro Bantuan Wanita
PENCERAMAH : Puan Afzan Harison , Peguam Bela Peguamcara, ahli BAR Council Kuala Lumpur.
12.45 tengahari
PERASMIAN PENUTUP oleh YB Hj Saari Sungib, Adun Hulu Kelang
1.00 tengahari
Penutup dan Bacaan Doa
Makan tengahari dan bersurai

InsyaAllah, setiap perbentangan yang dilakukan boleh membantu kita sedikit sebanyak untuk membantu mereka di luar sana.

Untuk pendaftaran, hubungi:

Pusat Khidmat Adun Hulu Kelang (Tel:03-42602205)
Wanita JIM Ampang Jaya (Hjh Jeriah Manap-013-3404343 /03-41073379)
atau sms nama ke 019-5053008.

Masuk: PERCUMA
p/s : Ish...menyampah btol dgn seorg yg kononnya Ustaz tu..adake tak balik umah sampai 5 bulan..agak2la kan. Huh!

12 comments:

Queen said...

alamak,....best nie..tapi tak dapa pergi...weekend nie jadual dah penuh dgn aktiviti...huhuhuuhu

ber bbq di PD...lalalalaalala

S u H a I d A said...

gulp!hehe...

ain said...

orang2 yg dok dekat tu..jgn lupa pergi, bagus ni. emy gi tak???

AyKay said...

nota footnote tu macam kenal je org nye,,,, betul ke berita tu? isteri dia yg 'sah' buat statement kan....eishh ieshhh

Diamilikku said...

oowhh jauhnya buat....
camner den nak pegi..hiks

fazemy said...

Queen - Wahhh bestnya Queen. Akak lama dah tak g PD..

Sue - Ko kena g nih Sue..cegah sblom kena. Ceewah!haha

Ain - Yup..program yg bagus..dpt info dari forum masjid. Kdg2 program free2 camni saya pergi jugak kak ain. Ada yg ajar tajwid la..bla bla..yg dh lama kita tgglkan zaman skolah dulu. Ilmu..tp kebayakan program free cenggini tak dpt sambutan la. Sgt sedih. Saya tak dpt pergi. Coz kerja + ada kenduri tghari tu.

Aykay - Yup. Lawa isteri dia. Muda pun lagi. Tp itulah. Bila org berilmu yg "buat hal"..kita yg tak berilmu ni tgk jelah. Nak tegur nnti dikatakan tak cukup ilmu. (^_^)

Diamilikku - Program mcm ni kdg2 ada jugak di masjid berhampiran rumah kita. Kdg kita je tak alert. Hu. Ckp kat diri sndiri nih.

Ok..sape yg available..jemput dtg. Jiran mak saya yg selalu kena dera ngn laki dia dh pindah rumah. Apapalah agaknya nasib dia skrg ni..

NekPP said...

mmmmmmmmmmm menarik menarikkk tapi malangya tak dpt pegi lerrr..jauhhh ekeke...nnti habaq yeeeeeeeeeee ;))

Dearie Pearls said...

nota kaki yg penting...

cm ku kenal saper..
huhu..

Dee said...

hahaha..akak bru tgu2 kalo2 emy buat lg story psl ustaz tu..x patutkan..dh dpt green lite nk kawin..dhlah..syukurlah..ni kes nk bolot sorang je ke..hahaha..eh..ko nyer statement yg kecik kt bwh tu jugak akak komen..hehehe..

Darling Pya said...

erk..nie utk org yg dah berumahtangga je ke?

p/s::dh makin haru biru idup "ustaz" tu..huhuhu

fazemy said...

Acu - sape22 pun blh pergi. blom kawin pun blh. tp kena register awal2 yer. Call d nombor.

S u H a I d A said...

HAHAHA..lawak la emy ni..