Wednesday, May 6, 2009

Cara2 nak jadi blogger yang fofular

Saya prasan 7 orang add saya as a follower masa saya buat posting rumah style Inggeris tu. Diorg yang add tu semua peminat style camtu. Sungguh best dapat berkongsi minat yang sama..kan korang kan..



Dan saya perasan bila saya buat topik ada perkataan Siti Nurhaliza, followers saya jadi genap 80 orang. Wahhhhh...sangat ramai sehinggakan saya tak berkesempatan untuk mengenali semua orang. Apapun selamat berkenalan yer kawan2 semua(^_^). Nah ambik bunga ros ni sebagai tanda perkenalan kita. Ceeewah! (Sila tepek di blog korang-nanti saya dtg komen..jeng jeng jeng..).

Dan gambar masa saya kecik ni untuk followers yang lama. Dan dan je gambar masa kecik. Keh keh. Ok sila tepek jugak di blog korang agar saya tahu gambar saya masa kecik telah disebarkan dan saya merasa sangat popular. Yeh sungguh perahsantan.


Dulu saya fikir blogger ni unt org politik je. Saya tak tahu pun ada ramai org buat blog. Bila tgk org lain punya followers beratus2..saya sangat kagum. Ramai juga yer yang berblogging nih.

Saya berblog ikut suka saya. Ada benda nak luahkan saya tulis la kat blog. Akhir2 ni semuanya indah2 je dalam hidup saya, jadi takde apa unt diceritakan di sini. Saya copy paste je gambar2 dari email. Sekadar untuk update blog. Takdelah berabuk kusam blog saya ni kan.

Bagaimana cara nak jd blogger popular? Layakke saya terangkan kat sini. Saya bkn popular pun:-p. Apapun saya tgk blogger2 yang popular itu..yang sangta saya jelesi, mereka:

1) Sangat tegar tentang sesuatu perkara..cth agama, novel, politik, fotografi n etc.


2) Suka memuji diri sendiri..yang buatkan org menyampah, jd org suka ke blog dia lagi. Untuk menyampah sama dia. Haha. Ini realiti sbb saya suka ke blog2 yang saya menyampah itu.


3) Pastu blogger tu seorang yang up to date, perasan bagus, suka berangan, cerita poyo2...hah lakukan hari ini unt jd femes seemesnya.


4) Cara penyampaian blogger tu bagus. Jadi kita suka membacanya.

5) Blogger yang rajin update. Dalam sehari blh ada lbh dari 5 posting. Giler ko. Pegi jamban pun nak cerita dgn orang. Tapi itulah realitinya. Mereka2 yang rajin
posting ini sungguh ramai followersnya. Tahniah!


6) Dan cara terakhir unt femes ialah meletakkan nama artis sbg tajuk posting anda. Confirm ramai jenguk. Klw wat posting tajuk "Doa yang mustajab lagi menarik"...jgn kan ada org nak add as ur followers, followers yang ada pun taknak jengah. Muahaha.


7) Ada lagi..tp sila tambah sendiri:-p


Apapun terima kasih kepada mereka2 yang sudi membaca dan mengunjungi blog saya. Maaf andai saya tdk memberi kunjung balas. Blog2 yang saya follow pun saya jengah bila topik2 yang best naik. Klw tak best tak kuasa I! (Kena berlagak unt jd femes..ingat tu). Haha. Idakler..saya ni kebusyan skrg ni. Sehinggakan terlupa untuk save top komentar last month. Sape rasa dia top komentar blog saya bln lepas sila mengaku. Akan ku taruk namamu di sudut kanan blogku(#_^). Bukan nak bg hadiah. Cis cis kedekut!:-p


Korang tgkla carta pengunjung blog saya tuh. Kdg2 ada 4 org je dtg blog saya. Itu pun 2 daripada pengunjung tu adalah diri sndiri yang menggunakan 2 laptop yang berbeza. haha. Yang bar tinggi skali tu masa topik "pengaruh Siti Nurhaliza". Very impres mak siah..

***Camne saya nak kaya dgn nuffnang ni klw tdk femes. Aduhaiii...

22 comments:

Anonymous said...

setuju cangat2...hehehehe
buh jerk nama artis..tapi entry buh lain..ghamai le..hehehe...

NekPP said...

owhh itu mcm kaa...bb itew cute!

kakngah said...

br aku tau kene letak mn artis br blog blh jd femes.
tp kan, aku mmg heran ler camne org blh posting berentry2 sehari. aku nk buat 1 n3 shari pun payah...
mengerikan....

ain said...

ooooo....x le susah sgt nak popular upernyaaa!!!!hehe

MuMMy 2 Haqq said...

ahahahaha...kena poyo ek?? susah tu..

Anonymous said...

Ada satu lagi kak tie nak tambah...

Bila kita buat sesuatu entry, kita mestilah berasa bertanggungjawab. Ertinya kena pastikan entry itu benar (boleh huraikan jika was2).

Jika kita hendak jadikan seseorang sebagai ikhtibar, seelok2nya janganlah beritahu dirinya yang sebenar. Insyaallah, kita dapat mengelakkan dari mengaibkannya .

Kak tie blogging hanya untuk menghiburkan diri yang kesunyian,menambahkan pengetahuan dan mungkin dapat membantu jika diperlukan.

Namun tujuan asal hanyalah untuk mencari kawan2 lama. Cuma hingga kini belum bertemu.

Memang senang je nak popularkan blog ni, pilihannya ada pada kita. Kak tie lebih selesa dengan cara tersendiri.... (seorang mokcik yang innocent, pemalu dan kepoh semacam )he he...

Selamat berblogging... :)

fazemy said...

ira82 - btol btol btol..klw buh nama sndiri kat tajuk entry sape je nak tgk..hu

nekPP - itu saya ketika kecil..lalala

kakngah - Haha..itulah kak ngah. Diorg ni ada je idea nak berblogging..rajin betul.

ain - Idakler susah mana aihh..

arnirina - Iyer..poyo itu penting. Kena lebihkan poyo dari kecantikan diri sndiri. haha.

Kak Tie - Sokong kata2 kak Tie. Saya pun berblogging suka2 dan ikut suka. Saje wat entry ni sbb sgt kagum ramai view blog saya bila saya boh nama Siti Nurhaliza. Heh heh. Saya kan taruk iklan nuffnang tu...org lain 2,3 bln berblogging dah dpt duit. Saya 5,6 bln baru iklan masuk..7,8 bln duit tak masuk2. Ahahaha. nampak sgt tak pemes.

kuIna said...

sy setuju dgn kak tie...

mcm2 tau-tau aje sy copy cerita siti tu.. msh dlm draft.

MaZNi PutERi said...

bagus gak idea kak emy ni ye..
nnt sy pk nk wat entri pe ye...

Kujie said...

kak jie mcm mana erk...takut giler kalau tergelincir..

blog kak jie...ayat skima, utk makcik2...

fofuler tu....utk kebaikan tak pe la....
hati2 menulis..jari kita akan jadi saksi di akhirat

Ayu Zan said...

thanks2..cadangan yg baik..hihi..

Atiqah Adnan said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bagus infO ni..
sya pun rase suka berblogging juga..
hhheheh!!!
huhuuu emy sUka blog saya x? kenape?
soklan cepu mas... jawab tau~

ala bukan saya top komentar laa..erm..
seday...

<3 with love, Qa
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

izman said...

kena tiru jugak lah, akupun nak gak rasa famous amos ni.

Dearie Pearls said...

wahahaa..
caya ar Fazemy..
ramai giler pengunjung and followers hang..

femes ar fazemy..

nak jadik femes cam hang ar..

huhu..

AyKay said...

Emy,

semuanya bergantung atas niat. nak femes / kongsi pengalaman / ilmu / cari kawan / jodoh / luah perasaan - perasan / berdakwah / sebar dakyah / apa2 je la...

dan semuanya nanti kena soal balik...

Darling Pya said...

iskh..nk kena poyo lebih lagi le mcm nie...hehehehe

nurdaniella said...

adusssss... rupanya si emy ni buat blog sebab nak kayo..

Anonymous said...

Nurdaniella - akak silap. Saya bkn nak kaya. Klw saya nak kaya dh lama saya masuk MLM. haha. Saya register nuffnang tu supaya saya tdk membuang masa berblog ini. Sekurg2nya saya dpt duit. Tapi itulah..klw tak femes camne nak dpt duit. Haha. Tp alhamdulillah..duit saya dah masuk. Baru2 ni setelah lama berblogging. (^_^)

fazemy said...

Atas ni adlh komen saya.

Dee said...

padanlah ko jenguk blog akak arini..sbb tajuk dia "sakitnyer hati"..hahaha..

akak berblogging..saje suker2..mengisi masa lapang..menambah kenalan...apa2 pun akak suka je singgah blog emy ni..

Tirana said...

Emy...

Tak jadi famous pun tak ape...hehehe.. Yang pentingnya niat kita menulis.. Ikhlaskan hati..insyaAllah orang yang baca tulisan kita pun akan ikhlas juga....

Anonymous said...

[url=http://casinoonlinebonussverige.com ]internet casino [/url]of using any neutral port to watch neutral vessels and then to dart out http://sverigeonlinecasino.net/ online casino hack casino online ('Orse Gunners, listen to my song!)