Friday, April 2, 2010

Petua Untuk Mengandung

Saya kan sebenarnya tak kesah pun tak ada anak lagi. Suami saya pun tak kesah. Kami cool je. Kalau lekat dalam masa terdekat ni alhamdulillah. Kalau tak mahu lekat lagi, takpela..belum rezeki lagi.

Yer, "belum rezeki lagi".
-----------------------------------------------------------------------

Makhluk Allah : "Baru kawin ke?"
Saya : "Tak la..dah lama dah." (Malas nak bagitau berapa tahun..nanti lagi banyak soal)
Makhluk Allah : "Anak lelaki ke perempuan?" (Cecey..soalan berkias yang best)
Saya : "Anak tekak takde jantina, anak kucing makcik jiran sebelah rumah tu saya tak pasti pulak jantan betinanya. Hahaha."
Makhluk2 Tuhan Sekalian Alam: "Takpela, belum rezeki lagi tu." (Sometimes diungkapkan dengan nada simpati, kadang diungkapkan dengan nada perli caci, kadang diungkapkan dengan nada jeles=Jeles takleh honeymunan selalu. hehe)

-----------------------------------------------------------------------

Biasanya permulaan topik seperti itu akan disusuli dengan beberapa PETUA. Antaranya :

1) Pergi urut perut kat Cik Timah, Cik Senah situ situ sana.

2) Makan pil ni, pil tu, ubat ni, supplement tu, jangan lupa join MLM ni sekali yer-haha takleh blah. (Saya kagum dengan testimoni BIODEX, kalau betul2 makan one set dia tu insyaAllah berhasil. Tak salah kan mencuba)
-Untuk kes haid tidak teratur boleh amalkan makan EPO (Evening Prime Rose Oil) yang boleh didapati di farmasi2 biasa. Guardian ke. Harga dalam RM30,RM40 kot sebotol. Bila period teratur baru lah senang nak menghitung hari subur anda.
-Makan ACID FOLIX-baik untuk bayi dan bakal ibu mengandung juga kerana menguatkan lagi rahim.

3) Jumpa doktor. Berubat cara moden. Scan perut...check kesuburan suami isteri.

4) Mintak doa kat Mekah.

5) Dan macam-macam petua la saya dapat. Ada "seseorang" tu suruh kami ambil air telaga di Melaka (Bukan dari perigi Hang Tuah), katanya air telaga tu lebih mujarab dari berdoa kat Mekah. Astagfirullahalazim. Itu masa kitorang nak pergi Melaka.

6) Masa nak pergi Langkawi pula ada yang pesan suruh suami berenang kat tengah tasik Dayang Bunting tu, ambil air tasik tu dalam 2 botol air mineral, pastu amalkan minum sampai habis. Ada sorang kawan saya ni buat tau. Dia dah kawin 8 tahun then tiba-tiba termengandung. Kuasa Allah bukan sebab air tasik tu pun. Husband saya kata dah la dia tak lalu nak minum air payau tu, lepas tu dia bukan tahu berenang pun. Kang tak pasal-pasal dia mati lemas tak ke naya. Sudahla tiada anak, suami pula tiada. Sob sob..hehe.

7) Ambil anak angkat. Min kawin 5 tahun kalau tak dpt2 anak lagi elokla ambil anak angkat. Orang cakap boleh berjangkit kasih sayang yang kita berikan pada anak angkat tu akan membuahkan benih hasil. Mudah-mudahan. kalau tak melekat pun pahala menjaga anak yatim tiada tolok bandingnya. Sekurang-kurangnya kita sudah ada penjaga di hari tua kelak.

8) Makan buah dengan sayur banyak2, minum susu, jaga kesihatan dan kuruskan badan. Yehhhh (Petua yang agak semput untuk diikuti..hehe). Makan sirih, makan kurma.

Dan time rajin-rajin baca blog orang kan, saya jumpa LINK ni. Topik ANTARA PUNCA ISTERI SUKAR MENGANDUNG. Tapi bila baca betul-betul yelah. Sekarang ni ramai betul orang yang kawin susah nak pregnant.. Dan dalam blog tersebut si penulis telah berkongsi tips untuk mudah mengandung. Saya rasa ini adalah PETUA TERBAIK yang pernah saya baca.

----------------------------------------------------------------------
Katanya :
Elakkan:
-->Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
-->Makan junk food.
-->Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai.
-->Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.
-->Makan burger dan naget
-->Makan jambu batu.

Amalkan:
8) Suami isteri minum susu berkrim.

9) Berhenti merokok bagi yang merokok.

10) Sebulan sebelum merancang untuk bagi mengandung, mulakanlah projek dengan menjamu anak yatim dan emak-emak mereka di rumah sdr atau belikan makanan untuk mereka. Tidak perlu buat tahlil atau baca yasiin.Kemudian buatlah solat malam berturut 11 rakaat iaitu 8 tahajud dan 3 witir. Sebaik-baiknya sebulan atau kalau lebih baik lagi 40 hari.Sebelum witir, berkomunikasilah dengan Allah dan disudahi dengan doa. Lakukanlah kesemuanya dalam bahasa Melayu. Allah faham bahasa Melayu!!

11) Amalan ini insya-Allah boleh menyuburkan wanita. Buatlah taugeh sendiri. Taugeh beli tidak boleh. Taugeh buat sendiri tidak panjang seperti taugeh beli dipasar. Gunakan kacang hijau. Masaklah taugeh buatan sendiri ini kalau dapat buat sayur air. Ia juga boleh digunakan dengan mencampurkan ke dalam sayuran lain. Amalkanlah setiap hari. ~~~Makan tauge banyak2. Ni mak saya pun selalu cakap. Tapi setiap kali dia masak bihun taruk togeh tu confirm penuh keliling pinggan saya kutip tak suka makan. Hehe. Terima kasih kat seorang blogger yang tidak mahu dikenali ramai siap mention bawah email jangan posting pasal ni kat blog tapi mungkin nak earning nuffnang yang banyak kerana email kat saya pasal petua makan taugeh tu yer. Petua yang paling senang nak buat dan paling murah. Ambik banyak2 pun 50sen je harganya. Saya suka masak taugeh ala-ala Tempayaki ^_^


12) Selain itu ambil/beli nenas yang orang Cina buat sembahyang. Nenas ini boleh dibeli dikedai yang menjual perkakas sembahyang orang Cina. Nenas ini kecil sahaja. Buang kulitnya dan makanlah isinya. makanlah dalam kira-kira 2 kali seminggu.

Dan ada seorang makhluk Allah ni turunkan komen di entry tersebut dengan soalan : "Apakah lagi tip-tip untuk mengandung selain tip-tip yg telah dinyatakan?"

Jawab penulis : Tips di atas sudah memadai. Kalau tahun depan selepas mengamalkan semua tip masih belum mengandung, email saya. (Saya: Hehehe)
Sebenarnya bagi setiap masalah atau penyakit, tidak ada satu jalan penyelesaian mudah. Bagi diabetes, bukan semudah makan satu ubat lalu sembuh. Kesembuhan adalah milik Allah SWT. Proses saya merawat diabetes adalah bermula dengan memperbaiki agama dan kemudian diikuti oleh ubat. Insya-Allah apabila Allah redha barulah sembuh dengan izin Allah SWT. Begitulah juga dengan hasrat untuk mendapatkan anak. 13) Ia perlu dimulakan dengan inkuiri amalan agama, penambahbaikan agama melalui ilmu barulah kepada rawatan ubatan.



Nota tak baik taruk kat kaki : Buat kawan-kawan yang ingin mengandung cubalah PETUA NO 13 ni dulu baru disusuli dengan petua-petua lain. Yang syirik seperti air tasik, air telaga, tangkal itu ini tu tak payahla buat. Sesungguhnya setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kalau orang tanya-tanya kita pasal anak ni fikir positif sahaja. Kadang niat orang tu memang baik sekadar bertanya khabar kita, tapi sebab terlalu memikirkan soal anak, kita jadi fikir bukan-bukan pula. Fikir yang orang tu saja perli kita pulak. Tidaklah. Mereka bertanya itu tandanya mereka "caring" tentang kita. Bila ada orang ambil berat itu tandanya kita disayangi ^_^. Sementara takde anak lagi ni, hargailah masa berdua dengan suami tu. Lakukan apa yang orang "angau bercinta tapi belum kawin" selalu lakukan dan tidak boleh dilakukan oleh pasangan yang sudah ada anak lakukan. Setiap kekurangan itu pasti ada kelebihannya bukan. Jadi hargailah saat-saat manis ini tanpa tangisan anak lapar susu di tengah malam hari, saat minum petang yang tenang tanpa anak-anak berlari sepahkan rumah lepas tu bergaduh sesama sendiri...OWH INDAHNYA HIDUP INI. Ingat! Bila kita terlalu pikirkan nak anak, kita jadi stress, bila kita stress..berudu pun lari jauh-jauh dari kita. Renung-renungkan dan selamat malam jumaat. Hehehe.

8 comments:

kakchik said...

salam emy. kakchik tengok tajuk je terus zapp datang. mesti la kan sb tajuknya mmg berkait benar dgn kita.

petua yg selalu org bagi tu no 1, 2, 3, 4 dan 6 tu kakchik pun selalu dpt.

yang ptg segala usaha yg kita buat jgn sampai khurafat atau mensyirikkan Allah. hanya Dia pemberi rezeki.

Diarihatiku1976 said...

samalah... saya pun suka tajuk ni.. memang suka sgt.. sbb ada related dengan kita kan..

Queen said...

setuju dgn kak emy...

kalau dah ada anak2 dah tak boleh lari bogel2...

jadinya sebelum ada tu nikmatilah apa sahaja..nanti bila ada rezeki tu insyaAllah...

kayteeze said...

Ha ha... kak tie baru nak cadangkan makan taugeh, hehehe.....

Tak pe laa.. esok-esok nanti sekali beranak berderet-deret (macam arwah kawan kak tie dulu). Dah 10 tahun tanpa anak, bila beranak, setahun satu pulak!

Dee said...

akak setujulah ngan emy..amalkanlah jelah doa2 tu..tp haruslah dipastikan juga dulu yg kesihatan suami isteri tip top..dh kalo isteri ada fibroid atau cyst..atau suamii tidak mempunyai berudu yg tiptop..pegilah berubat..jgn tunggu miracle je..kita pun kena gak usaha..

awin... said...

mcm2upenye petua ye...yg atas2 tu ni br 1st time dgr...mcm2 sungguh....

fazemy said...

KakChik- No 6 tu pun kak Chik pernah dgr? Mcm2 la org ni kan. mentang2 bukit tu bentuk cam perempuan mengandung tros ckp leh mengandung klw pegi situ. Huu sungguh kurafat.

Kak Ina- Wink wink

Queen -Wahhh ko lari bogel2 ke Nik? Nak berjiran dgn ko lah mcm ni. haha

Kak Tee- Itulah...skali lekat mau tiap2 tahun yer.

Kak dee- Petua perubatan 2 dan 3 yer. Hehe. Ni petua unt kes2 yang dah cuba berubat segala la kak Dee. Dari makan pil hormon, subur smpaila ke IUI tak jugak2 pregnant..jalan terbaik berserah pada Allah lah. Kdg Allah uji mcm ni sbb dosa kita kepadaNya. Smoga dengan sujud kepadaNya Allah kurniakan kami zuriat buat membaca doa selepas kami mati nanti.

fazemy said...
This comment has been removed by the author.