Saturday, August 14, 2010

Jam Dinding Yang Ada Gambar Anda^_^

Saya dah selamat pindah rumah baru. Yeeehuuu! Haritu angkat barang main punggah2 je. Kluarkan dari kotak taruk2 je dalam lemari. Tak kemas pun. Janji kat luar nampak clean and clear...klw bukak lemari mau terjun smua brg2 tu kluar. Alkisahnya bila tiba2 je jadi pindah. Tak nyempat2 nak mengemas. Lepas tu dah kena balik tempat jin bertendang ni..hujung bulan baru dapat balik sana unt kemas2. Inilah akibatnya klw ada byk sgt rumah unt didiami. Ke sana sini situ sinun.

Bulan ni saya still byr duit sewa umh kat Gombak tu. Sape nak buat homestay sila hubungi saya^_^.

Untuk rumah baru ni kitorg nak buat konsep moden je. Takmo dah english2 style ni. Tak sesuai coz rumah kecik. Nak yang simple2 ala kadar je. Tapi yg problemnya sofa raya tahun lepas sarung dia ada bunga2. Haritu saya call kedai perabot tu tanya klw nak beli sarung kusyen je berapa RM. Ikut kain...paling murahpun boleh dapat RM500. Gilo kau. Harga camtu dah blh beli 1 set sofa L-shape dah. So dengan redho...dalam rumah tetap ada bunga. Heheh.

Ini saya jumpa jom dekorasi moden. Kira sebagai gambar dan jam skali. Menarik. Ada mcm2 design.
Terpulang pada kita nak taruk dekat2 ke jauh2 gambar dia.
Ada 1 frame..2 atau nak 3 paling berkenan dihatiku.

Harga around RM100 gak la unt satu set. Saya dah try search2 yang murah tetap tak dapat. Tringat masa trend wall sticker dulu. Saya beli rega puluh2 hampir ratus. Alih2 sekarang ni 5 keping RM10 jek. Sedih tak sedih rasanya. Sob sob..

Jam ni pun boleh trendy sangat. Nanti dah ramai2 buat mesti boleh dapat murah.

Tapi cantikla. Berkenan sangat di hati. Nampak simple dan very the moden style.

Kena pilih gambar ikot kaler cat dinding rumah kita barulah kena.


Taruk kat kepala katil pun cantik.








Kalau kat meja makan pilih gambar makanan pun cumel. Tapi bulan2 puasa ni haihhh...lapar..lapar.







Di bawah ni senarai harga dari hourhome.com.my.

Rectangular frame

Available in 35cm X 50cm and 25cm X 35cm

1-Piece Set

25cm X 35cm: RM68
35cm X 50cm: RM78

2-Piece Set

25cm X 35cm: RM88
35cm X 50cm: RM128


3-Piece Set

25cm X 35cm: RM118
35cm X 50cm: RM148

Square frame

Available in 28cm X 28cm, 36.5cm X 36.5cm and 46cm X 46cm

1-Piece Set

28×28cm: RM58
36.5×36.5cm: RM68
46×46cm: RM88



2-Piece Set

28cm X 28cm: RM78
36.5cm X 36.5cm: RM98
46cm X 46cm: RM128



3-Piece Set

28cm X 28cm: RM108
36.5cm X 36.5cm: RM128
46cm X 46cm: RM168



Dan yang paling best boleh buat gambar kita sendiri kat jam2 tu. Wuhuuu menarik. Nak order la satu^_^

9 comments:

Kujie said...

whoa...kedai perabut dah buat sale..hehe

Diarihatiku1976 said...

wahhhhhhhh.. sgt.sgt berkenan ni...

Queen said...

selamat beraya di rumah baru,,

Oya Mokhtar said...

cantek yer!

attyfir said...

selamat pindah rumah baru emy .taun ni raya umah baru lah gayanya

Darling Pya said...

acu sama spt emy
dah lama dok usha benda alah nie
tapi smp la nie belum beli2 pun lagi...hehhehee

fazemy said...

Kak Kujie- Wohooo..

K. Ina- Beli2...unt raya. heheh

Nik- Nanti dtg tau umh akak raya tahun ni. Dekat je dari damansara tu..

Kak WOng- Uik tiba2 muncul di sini...lama tak nampak.

Kak Atty- Selama 3 tahun ni saya beraya di rumah yg berbeza. Tiap2 tahun kena deco baru. huuu

Acu- Emy dah beli...tp kasi gambar kat dia. alang2 kan. Dia charge RM20 je klw gambar kita sndiri.

SiManja Berendoi said...

cantik..tapi klu dapat design unit lagi..lagi cun!

Anonymous said...

Salam...mcm mn nk oder....