Dah seminggu saya duduk kampung suami ni. Harini bermula aktiviti belajar masakan kesukaan suami yang selalu arwah mak masak. Dulu masa mak ada kadang2 je saya masuk dapur. Tahu2 makanan dah penuh meja. Mak tak pernah mengata sikit pun perangai menantu2 atau sapepun yang tak mahu tolong dia kat dapur. semuanya dia lakukan dengan ikhlas. Tanpa mengharapkan orang lain tolong.
Bila ingat2 balik kesian kat mak.Kadang2 selepas balik cuci buah pinggang terus dia masuk ke dapur. Kelentang kelentung masak. Bilik kami betul2 tepi dapur. Jadi dengar aktiviti dia ke hulu hilir ambik periuk ke goreng ikan ke kat belakang bilik tu. Tak pernah dengar dia mengeluh kata penat ke apa. Kadang2 lepas makan semua dah ke ruang tamu atau masuk bilik masing2. Tapi emak still kat dapur mengemas tak habis2. Bila tanya ada yang blh bantu. Dia kata takpe, duduk je. Mana nak jumpa mak mertua camni. Dengan makcik sendiri pun kena sound kalau keje asyik "mengbongkang" je. Tapi mak tak pernah. Tahu2 dah panggil makan. Tahu2 baju kita dia dah siap jemur siap lipat lagi walau seluar dalam sekalipun. Mulia sungguh hati mak. Sebab tu Allah lebih menyayanginya.
Ok resipi pertama belajar harini Ayam Masak Serai. Master Chef nya makcik ngan kakak saudara husband. Kekuatan mental dan fizikal diperlukan untuk belajar resipi ni. Kena tahan panas telinga kena tahan maki. Hahahaha.
Resipi Ayam Masak Serai
Bahan-bahan
Ayam
Serai 3 batang
Bawang merah lagi banyak lg pekat kuahnya
Bawang putih
Halia
Cili api merah dan hijau campur2
Cili kering
Serbuk kunyit
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Minyak masak
Santan
Cara-caranya
1- Blender bawang putih, bawang merah, serai, halia, cili api sampai hancur.
2- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 yang telah diblender.
3- Masukkan serbuk kunyit dan cili kering.
4- Bila bahan2 tersebut hampir kering masukkan ayam. Biarkan masak hingga empuk.
5- Masukkan santan, garam, ajinomoto, asam keping secukup rasa.
6- Kacau2 sampai masak. Siap!
Ayam masak serai ni arwah mak selalu buat time raya. Untuk makan dengan nasi impit. Makan dengan nasi pun sedap:))
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Monday, January 30, 2012
Wednesday, October 26, 2011
Resipi Apam Polkadot
4 cwn tepung gandum
2 1/2 gula
2 sudu teh tepung penaik (Kalau boleh pakai yang double action tu)
1 sudu besar ovellate. Ovellate ni korang tau kan yg kaler kuning tu. Saya baru berkenalan dgn ovellate ni. Hehe.
220ml @ 1 cwn air
10 biji telur
Sedikit garam
Pewarna ikut suka
Taruk semua bahan dalam mangkuk. Mix kan terus. Jangan lama sangat takut dia tak kembang nanti.
Bahagikan ikut warna yang kita suka. Masukkan dalam plastik filing.
Tuang sikit sikit ke dalam kertas cawan. Jangan lupa kukus air awal2 yer. Guna kertas cawan macam yang kita guna nak buat biskut almond london tu. Kecik2 comel.
Masuk filling dia kat tgh2. Guna jem strawberry ke, blueberry ke, kaya ke...ikut suka. Pastu buat corak dot2 guna warna lain.
Kukus selama 10 minit atau kurang. Taraaaaa...siap! Dot2 saya tak cantik sebab tak terer nak buatnya.
Pakai resipi yang sama untuk buat kueh Puteri Ayu. Cuma kena tambah kelapa je kat atas dia..dan pakai acuan. Selamat mencuba:))
Tuesday, March 1, 2011
Makan Steamboat Comel
Comel je steamboat ni. Nak makan pun rasa kesian kat dia.
Tapi sbb saya spesis dinosaur...belas kasihan tu tolak tepi...
Aiskrim yg saya buat..tapi en suami yg habiskan...huwaaaa gemok sorg2 dia nih!

Macam2 pilihan haiwan peliharaan laut ada kat sini. Saya suka lahat tu. Korg kenal lahat? Saya pun baru berkenalan dgn dia. Panjang2 rupa dia..isi dia rasa cam lala gitew. Kenyal2...sedapppppppp...

Fishball..hotdog..ketamball..udangball...bola2 api semua ada.

Bihun...megi..

Telur burung puyuh tu wajib ambik..klw nak beli mahal. heh heh.
Tempat buat aiskrim.

Flaming Steamboat Buffet, Danau Kota. Dia ada 2 cawangan..satu lagi kat Sunway. Murah je harga dia...RM23.80++ sekepala. Nasi2 goreng rendang pun ada. Kuah steamboat tu sup dgn tomyam...bolehla tahan. Berbaloi la dgn harga dia. Berbaloi-baloi la makan sampai kedai nak tutup tak reti2 nak balik lagi. Hehe:))

Friday, January 28, 2011
Bebola Daging IKEA....nyum nyum...
Tuesday, May 25, 2010
Kalau Masak Sambal....
Tak kiralah sambal ikan bilis ke, sambal udang ke, sambal telur ke, ayam masak merah ke kan.

1) Kalau nak bagi sambal tu nampak gelap sikit warnanya, tak terlalu merah cilinya kan =Masukkan gula dan garam di awal masakan.

2) Hilangkan biji cili kering :
a-Guntingkan cili kering tu kecik2..ketampi bagi biji dia terasing. Kemudian rendam dalam besen. Biji2 tu akan terasing dengan sendirinya.
b-Kalau nak cepat, malas nak potong2 rendam segala..campurkan minyak masak sekali masa blender cili kering tu. Jadi biji tu akan mudah hancur.
Ok sekian sahaja petua kali ini. Kita kembali ke angkasapuri.
Gambar hiasan : Saya dah pandai buat kek coklat kukus. Yeyyy..

Subscribe to:
Posts (Atom)